Ahad, 20 Jun 2010

gaji SEGELINTIR polis itu sikit sangat ke?

hidup aku sejak kebelakangan ini banyak melibatkan polis. aku bukan penjenayah, ok. tapi ada sesetengah hal yang perlu terselesaikan, berkaitan dengan polis. walaupun kaitan antara aku dengan polis bukanlah kaitan terus, yakni aku ni macam penyibuk je. tapi dari pemerhatian aku, aku terfikir, gaji polis ni berapa sampai dorang semacam tak cukup gaji waima nak tanggung diri sendiri pun, itu belum termasuk nak tanggung anak bini, sampai dengan bangga diri meminta rasuah, dengan bangga diri menjadi ahli suruhan waima bangsa asing pun, aku rasa sebab tu bangsa asing slumber je buat malaysia ni macam kampung sendiri.

orang melayu, kalau berdengki sesama sendiri, ada iri hati yang wujud, lalu macam biasa lah, khidmat bomoh digunakan mandrem sana, mandrem sini. tapi, orang lain selain melayu, bila wujudnya hasad dengki dalam diri, maka khidmat polis digunakan. senang sajo, aku bagi kau rm$$$$$, kau pergi tangkap orang tu, pandai-pandai lah kau buat tuduhan apa pun. senang cerita, SEGELINTIR polis itu, bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat yang terianaya membantu membanteras jenayah, malah turut menjadi hamba rasuah yang turut menambah jumlah jenayah dalam diam, dalam konsep kolar putih. fuhh. kalau dah pegawai baru pun dah pandai berasuah, inikan pula pegawai atasan.

dunia sekarang, memang menakutkan. dunia sekarang kejam yang semacam. dunia sekarang mengerikan.

aku bukan menghina polis, tapi sikap SEGELINTIR polis yang terlihatkan itu, siapa mahu hormat polis.
cerita yang seringkasnya, kerja apa pun kau, telus dan jujurlah dalam pekerjaan, insyaAllah selamat.

itu baru polis, belum masuk organisasi yang lain. macam mana lah rakyat nak rasa selamat...

ya Allah ya Tuhanku, aku hambaMu yang amat lemah, yang nipis imannya, aku bermohon padaMu, Kau bimbinglah aku, berilah aku petunjukMu, matikanlah aku dalam iman... amiin.. :')


ps : setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

Tiada ulasan: