Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 22 Mei 2010

tidak semestinya.. boleh jadi, barangkali?


berdendam itu semungkinnya tidak,
kerana aku bisa memaafkan,
tapi untuk melupakan apa yang berlaku itu, sesuatu yang agak mustahil.

apa ikhlas itu boleh dilihat untuk kita pertikaikan keikhlasannya?

dulu aku  ada terbaca satu hadis yang menyebut dan macam yang aku faham, "lupakan kebaikan yang pernah kau lakukan kepada orang lain, dan lupakan kejahatan yang tertimpa ke atas dirimu, tapi sebaliknya, ingat dan kenanglah kebaikan orang lain terhadap dirimu", lebih kurang gitu lah kan. aku pernah dengar dulu waktu kecik-kecik.

tapi aku ini manusia biasa, yang jahil. apatah lagi iman yang hanya senipis lagi nipis dari kulit bawang.
Ya Allah, aku memohon padaMu,  berikanlah aku petunjukMu..

aku kenang kebaikan orang lain ke atas diri aku..
tapi, masih tidak bisa untuk melupakan setiap hitam, perit dan pahit yang berlaku.
untuk dijadikan pengajaran hidup, agar aku sentiasa beringat, barangkali?
dan untuk aku sentiasa jadikan peringatan agar selalu beringat-ingat walau ke mana aku melangkah, walau di mana aku bernafas, walau bagaimana keadaan sekeliling aku, perlu beringat.
heh, kalau kau tak beringat, kang kalau kau kena lagi macam kau pernah lalui terutama yang pahit, sanggup kau nak menahan siksa dalam jiwa? untuk terus berkata kepada hati, hati kuatlah, jiwa bertahanlah, sabarlah fatin syahirah. maka, fatin akan jadi lebih kuat. :')

bak kata pepatah, tak nak bak pisang berbuah dua kali gituuu. jadi, kita ikutlah pepatah orang dulu-dulu, apa guna cikgu bahasa melayu kau penat-penat ajar, kan?


pesananringkas : dunia sekarang memang kejam, kan? sampai nak berkawan pun kena ada syarat. keji pulak tu. memilih kawan itu kadang-kadang perlu, tapi tak perlu lah sampai kau nak pandang hina dan rendah kat orang lain. semua orang bagus, cuma yang membezakan, berlagak dengan tidak. (??)

5 ulasan:

miss hav0c berkata...

orang yg suka merendah2kan org, menghina org, sebenarnya yang patut ragu-ragu utk dibuat kawan..

Aidi-Safuan berkata...

kenapa sukar nak melupakan kesilapan orang lain? manusia kan tak sempuran. mudah melakukan kesilapan. lagipon, apa la yang untung sangat kalau ingat keburukan orang lain nih? hanya menambahkan kerosakan pada hati sahaja.

btw, mana lagi bagus? orang yang sentiasa memuji diri anda atau orang yang sentiasa mengutuk dan menghina diri anda? orang yang memuji mungkin mempunyai agenda yang tersendiri. orang yang mengutuk dan menghina itu hanya mengatakan perkara yang jujur cuma cara sahaja yang salah. smiles! :)

kak ina kl berkata...

salam..betul...skrg ni macam-macam hal boleh jadi..beringat sebelum terkena..

Sidratul Muntaha berkata...

Assalamualaikum fatin~

To forget is to forgive and to forgive is to forget~

Maybe susah nak maafkan org lain sebab sakit hati Tuhan jer yg tahu.

Tapi sis ada jumpa satu ayat dalam buku 'nota seorang lelaki'.

"Tanpa kita sedar,kita menyimpan sifat ketuhanan dalam diri bila tidak mahu memaafkan.Aku mahu segera memaafkan agar aku segera diampunkan"

Lebih kurang macam tulah. :)

FatinSyahirah berkata...

Aidi-Safuan : semestinya orang yang memuji itu kadang-kadang tujuannya untuk menjatuhkan orang lain.
neway, terima kasih :)

Sidratul Muntaha : dalam usaha untuk melupakan.. terima kasih.. :)