Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 21 Mei 2010

oh, wujud lagi rupanya!

siapa-siapa yang baca blog aku dari tahun lepas, maka akan tau lah kot pasal entry aku mengenai post yang aku kena tag dulu. boleh baca kat sini.
dekat situ aku ada cakap pasal permainan waktu kecik-kecik dulu kan? dan salah satunya tah buaya. petang tadi aku lepak-lepak kat rumah lama aku. macam biasalah bermain-main bersama jiran-jiran yang buat aku sentiasa awet muda. kau kawan ngan budak-budak kecik, secara otometik kau akan nampak awet muda. dan semestinya, kau tak ada saingan kalau ada orang nak ngorat. dah tu yang duk keliling kau pun budak kecik, memang sah-sah kau je yang kena ngorat. jadi, tuduhan minah perasan boleh dikurangkan kebarangkaliannya.

aku ingatkan permainan tah buaya tu memang dah lupus, dah tak ada. atau dah dimodenkan mengikut arus teknologi gituu. tapi rupanya wujud lagi, ok. aku tengok dorang main tadi sampai tergelak-gelak. sampai teringat-ingat zaman dolu-dolu. eceh.


video
ok, maybe ada antara siapa-siapa yang pernah main game macam kat atas. kalau zaman aku dulu, mana-mana yang ada tempat tinggi sikit macam tu ke, kat taman permainan ke.. bila tiba-tiba ada suara yang jerit, " main tah boye.. 1, 2, 3 sape lambat jadi!" zaaaaassssssssssss semua berdesup cari tempat tinggi sikit yang penting bukan atas tanah. siapa yang still jejak tanah bila dah kira sampai 3, dialah yang jadi buaya dan berusahalah kau mengejar dan mencuit mangsa supaya orang tu pulak yang jadi buaya. memori, ok. memori yang sangat berharga. sampai jiran aku dulu, main ni punya pasal, sampai patah tangan sebab terjatuh. sekarang dah ada anak dah pun mamat tuh. baby dia sangat comel, ok.





see.. comel gila kan. baru seminggu melihat dunia. berat dia waktu lahir 4.6kg, ok! berat gila.
aku suka bau baby, baby semua bau wangi-wangi kan?
ok, nama baby ni Nurul Airin Farhanah.
tahniah azrul dan kak fiza untuk kelahiran anak sulung korang!


pesananringkas : terima kasih, awak. :)

pesananringkaslagi : kes adik aku kat court tu dah setel, ya. lepas bayar saman, terus pergi balai polis nak clearkan blacklist sebab nak sambung roadtax. boleh pulak ibu cakap, "kalau tak ada kerja dah bosan sangat kat rumah, pergi court dengar kes pun best jugak" erkk.
kita ambil pengajaran dari kes adik aku, dah dapat saman, cepat-cepat pergi bayar sebelum nama kena blacklist atau kau akan sangkut waktu nak bayar road tax. sanggup?

8 ulasan:

Nadia arRumaisha berkata...

comelnyer baby tuh.....geram ngan pipi shomey tuh....

Aidi-Safuan berkata...

la, permainan ape nih? orang sekarang main playstation jer. :P

hans berkata...

tembam nya baby tu

FatinSyahirah berkata...

Nadia arRummaisha : comel gila! :)

Aidi-Safuan : isk. permainan ni lagi best, ok. huhu

hans : tau xpe. tembam gila :)

Berd berkata...

wa dah cakap kali-kali kat lu. lepas kena saman jangan buat apa-apa. pergi depan polis tu kenyit mata je.

konpem lepas.

wakakaka!

FatinSyahirah berkata...

berd : tu la bro. wa lupa plak tang2 tu jugak. haih. xpe. pasni awal2 lagi, jumpa avang polis je, terus kenyit2. apa macam bro?

Frodo Baggins berkata...

kalau berd yg kenyit mata, kompem ... teroosss masuk lokap!


>>___<<



permainan buaya? asal aku x pnh main? hahhahaha. jadik perompak n polis tu pnh lah ..

FatinSyahirah berkata...

Frodo Baggins : masuk lokap kira ok lagi, jangan terus masuk penjara sudahlah. kna plak hukuman seumur hidup atas tuduhan menggoda avang polis lalu mengganggu tugas polis sebab polis tergoda.. uisshhh. jangaaaannnn.

polis ngan perompak tu aku pun penah main. tah buaya ni best oo..