Jumaat, 28 Mei 2010

maaf kerana tak mengundang anda ke majlis pernikahan saya.

salam sejahtera dan salam hari jumaat.

kalau di terengganu ni, majlis perkahwinan biasanya diadakan pada hari jumaat. mungkin sebab nak ambil berkat hari jumaat dan hari jumaat hari cuti hujung minggu. jadi, senanglah pape orang memang akan datang memenuhi undangan. konsepnya lebih kurang begitu.tapi sekarang ni belum start cuti sekolah, tak ramai lah yang buat majlis waktu ni, cuba waktu cuti sekolah nanti, dah berderet-deret kad jemputan sampai. tunggu hari ngan pergi je. tang majlis perkawinan ni, memang excited lebih, berkat orang nak dirikan masjid barangkali? ataupun nak ambil berkat supaya seru kahwin tu cepat tiba. (itu motif yang sebenarnya. :P)




petang semalam, sejak malaysia ni semacam femes tetang berita kehabisan gula dan juga penyeludupan gula, rutin harian aku adalah macam biasa lah, mencari gula dari sebuah kedai ke kedai yang lain. dan bukan semua kedai jugak yang ada gula, maka kau pergi kedai banyak mana pun, kalau tak ada gula tu, air liur kau je lah yang terbazir sebab tanya,' kak, gula ada tak?', dan semestinya bila kau dah pergi banyak kedai tu, kau akan jumpa ramaaaai orang. gituuuu. kalau ada gula waima sekilo tu, kira bernasib baik lah kan, kalau tak ada tu, kiranya halahai... jom kita pergi kedai lain pulak cari gula.

semalam, sementara tunggu jiran aku fotostat ic, aku tunggu lah di luar kedai menjaga barang. tiba-tiba terserempak dengan jiran lama aku, aunty cina nama apa ntah aku dah lupa. aku just panggil aunty sajo. aunty jiran zaman kecik-kecik aku dulu kala. memang panggil aku pun, bukan fatin, tapi panggil aku acik dah macam family. padahal, memang kebanyakan yang kenal family aku memang panggil aku acik kat paka ni, bukan hanya saudara-mara kaum kerabat sajo.

aku : auntyyyyyyyyyy........
aunty : eh, acik, aunty dengar acik dah nikah, ye ke??
aku : haaaaaaa????? mana ada..
aunty : hari tu ada orang bagitau aunty bagitau acik anak pak him dah nikah.. *pak him - ayah aku. 
aku : mana ada, aunty, saya belajar lagi lah. ( padahal tak kisah pun kalau aku kawin  waktu kawin pun ). 
aunty : waktu orang bagitau aunty tu, aunty tak tau lah nak cakap apa, ni lah pasal aunty tanya ni. lagipun aunty kan dah lama tak jumpa ibu.
aku : ish, aunty ni, mana ada saa kawin lagi. anak tiri ayah saya kot yang kawin tu.. saya tak kawin lagi lah.. 

hadoi. macam mana lah hai berita ni tersebar gitu. jatuhlah saham aku kali ni... nampak aku keluar ngan laki lain pun tak pernah. (heh, kat paka lah, kat tempat lain no komen. hiiii.)


pesananringkas : aku tak dapat nak pergi youth'10 kat pwtc. wuwuwu. sedihhhhhhhhhh.



esok kawan tadika aku kawin weyyy. aku lak yang lebih-lebih nak excited. haha.

1 ulasan:

saya berkata...

tin..aghhhhgg..aku yg dkt gle ngn pwtc ni pn x pergi..5 minit je..tp sbb sok ade clas..sume xnk pergi..waaa...nk g youth festivals gkk................:(