Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 20 Mei 2010

kisah semalam, pertama kali masuk mahkamah.

dah lama gila tak update rasanya.
biasalah kot kalau dah sekali tak update, maka malas nak update ni datang berkali-kali. huh. tiap kali nak update je, jadi tak ada idea. tiap kali nak update je terus rasa macam eh aku bz lah waktu ni. ok pentipu. bz merehatkan diri. dalam dua hari ni aku tak berapa nak sihat, sebab tu tak update. sampai aku naik bosan dan jemu tiap kali tengok blog sendiri. tengok tengok, entry yang sama je yang melekat. susah betul nak tunggu mood rajin tu datang. padahal aku ada banyaaaaak yang nak dibebelkan. tapi tu lah. bila aku rasa macam dah rajin sikit, terus lupa pasal apa yang aku nak bebel. time malas tu, bertimbun-timbun pulak yang datang idea nya. !@#$%^&*()

semalam adalah pengalaman pertama aku masuk mahkamah. time kecik-kecik dulu time nak dengar tang hak penjagaan aku adik beradik pun, aku tak pergi mahkamah sebab benda tu boleh setel macam tu sajo tanpa kehadiran kitorang pun, isu mengenai hak penjagaan tu memang dah setel. tapi semalam pergi mahkamah seab nak setelkan pasal saman motor adik yang dah kena blacklist sampai tak boleh nak sambung road tax. cuak kau, fadan lah muka, lain kali ambik ringan lagi pasal kes-kes saman ni semua. tapi naik mahkamah pun sebab nak setelkan cepat dan sebab lainnya nak mintak kurang bayaran saman.

aku ingatkan masuk bilik perbicaraan, akan sebut kes kita sendiri sajo. aku ingatkan kalau perbicaraan kes-kes besar macam dalam cerita drama filem tu semua hanya untuk kes-kes besar dan berat ang memang kau dah book court tu. tapi rupanya tak. semua kes akan dikumpulkan dalam court tu dan kau tunggu sampai tibanya turn kau. selagi dia tak panggil nama kau, jangan menggedik nak masuk kandang tu, kang tak pasal-pasal kena sumbat masuk dalam kamdang kambing. maksudnya, nanti peguambela akan panggil nama kau, then kau akan berdiri dalam kandang, peguambela tu akan baca kes kau, kemudian dia akan tanya, sekarang kau nak mengaku bersalah atau nak bantah. kalau kau mengaku bersalah, then dia akan tanya kau, ada apa-apa nak buat rayuan? lepas dia tanya, baru lah kau jawab, ya saya nak buat rayuan mintak dikurangkan bayaran bla bla bla. dah buat rayuan sambil nangis  kau tunggu hakim tu bagi keputusan. tapi banyak kes semalam yang aku dengar, dapat kurang rm500.

kes adik aku adalah disebutkan lambat gila. lama lah jugak nak kena tunggu sampai nama adik aku kena panggil. so, sebelum tu, aku dengar lah kes orang lain. dan kebanyakan kes yang disebut semalam adalah kes rompak dan dadah, kes saman motor pun ada jugak, tapi tak banyak.
berkenaan kes dadah ngan rompak tu semua muka semacam menakutkan jugak. ada yang mengaku bersalah dan ada yang mintak kes dibicarakan, maksudnya ada bantahan di situ. ada satu kes samun ni, dua orang ni kena atas tuduhan rompak 2 handphone dan rm65 kat stesen bas. dan polis dapat tangkap. dua-dua tertuduh mengaku bersalah. dan kau tau apa hukumannya kalau memang betul tuduhannya? penjara tak kurang dari 10tahun dan sebatan dan apa ntah, aku lupa.semestinya hukumannya tak sama dengan hukum hudud, memang pesalah takkan serik lah kalau kena tangkap sampai mati pun kan? hukuman yang dorang rasa dorang oleh hadapi jugak.
tidak dilupakan, kes-kes dadah pun ada. yang mana, kebanyakan tertuduh ni semua mengaku bersalah dan boleh diikat jamin. aku terfikir, siapa lah yang jadi pengedar dadah ni semua. kau tau, semua yang tertuduh adalah orang melayu. rosak anak melayu sekarang. dan semestinya kesemuanya adalah lelaki. makin pupus lah lelaki melayu sekarang. hadoi. lelaki oh lelaki. jangan pupus lagi, aku belum kawin lagi. maksud aku, lelaki yang berguna lah.

kes-kes berat seperti dadah macam tu, selain daripada perlunya kesedaran diri sendiri, didikan agama dan keluarga semua, bagi mengelakkan terjebaknya ke dalam kancah dadah tu semua, pengedar pun memainkan peranan yang penting. maksudnya, polis dan pihak berkuasa memang kena tangkap pengedar terlebih dahulu. tapi kalau dah polis sendiri pun jadi pengedar dadah, apa nak buat?
kau jangan main-main, ada polis kat tempat aku ni memang  bapak segala setan dadah, sebab dia edar dadah dan mata-mata dia puun jadi kaki edarannya, supaya orang tak tau yang dadah tu dia yang tauke sebenarnya. polis sekarang, aku tak tau nak komen macam mana. tapi kebanyakan polis sekarang ni memang tak jujur dalam pekerjaannya, haa, kau jawab lah kat padang mahsyar nanti.
kenapa polis tu nak edar dadah? sebagai pendapatan tambahan barangkali? ibaratnya macam rokok kat malaysia ni lah. kerajaan duk hu ha hu ha berkempen kata rokok ni bahaya, tak elok. tapi tak sekat import rokok masuk malaysia, sebab? sebab rokok ni punca ekonomi terbesar negara, kang tak ada rokok malaysia boleh jadi miskin lah kot? tapi, yang paling utama, kesedaran diri lah yang paling perlu untuk menjamin kebahagiaan sejagat. ceaaa. ayat BM A1 tu.  :P

pasal isu polis tu, nanti lah aku cerita lain sebab lately aku hidup aku ni memang banyak terlibat dengan polis yang tak guna lately. mana taknya, polis kat paka ni semua polis yang pernah buat kes kat tempat dorang yang dulu, lalu tercampak kat paka nih. memang bodoh habis ah. atau mungkin sebab polis-polis ni nak cepat naik pangkat, yang mana tak persalah pun jadi bersalah.

pesananringkas : dunia oh dunia. makin hari, makin menakutkan, makin tidak selamat..

6 ulasan:

miss hav0c berkata...

aku pun tak penah masuk mahkamah..hahaha batak gila

jane berkata...

masuk court mmg pengalaman paling mencemaskan dlm sejarah!!!!

>____<


smg awak tabah...
big hug

kak ina kl berkata...

salam..janganlah ada kes sampai msk mahkamah..leceh lah

arieff shukri berkata...

wah2.. akak yg bagus nie, haha! tolong adik giteww!

Aidi-Safuan berkata...

awat tak amek gambar dalam mahkamah? :P

FatinSyahirah berkata...

miss havoc : tak masuk pun xpe kot. tak bersalah pun, rasa memang jadi pesalah dah. huuu

jane : tawu xpe. tapi dulu penah ade cita2 nak jadi lawyer. angan2 aje lah tu. ekeke.

terima kasih :)

kak ina kl : tu lah. sebab kena tunggu masa semua tu kan? nasib baik hari tu stel terus.

arieff shukri : well, aku memang akak yang baik pun. :P

Aidi-Safuan : hiks. ambik, tiba-tiba gmbar gelap, cane? :P