Rabu, 12 Mei 2010

jangan baca. bosan.

hari tu aku adalah seperti rajin sampai update beberapa entry dalam satu hari..
terlebih rajin, kauu..

tapi, alangkah sedihnya sebab kerajinan tu tak kekal lama. sebab semalam aku rasa macam tak ada mood nak update pape. langsung sunyi sepi blog aku. cuma, hari ni, aku menggigihkan diri untuk update sebab dah tak tau nak buat apa. baru sekejap balik rumah, tak sampai seminggu pun lagi, terus bosan san san.
macam mana nak tunggu sampai dua bulan yang akan daang niiiii. grrrr

balik cuti ni,macam-macam yang berlaku.
dan lutut aku ni pun dah nak buat hal semula. dulu gara-gara aktif sanat bersukan, inured sana-sini terus rasa tak selesa kat bahagian lutut. rasa tak selesa kat lutut ni start tahun lepas kalau tak silap aku. aku ada jumpa doc, doc kata, muscle sajo. aku pun malas la nak buat check up lebih-lebih, sebab aku memang tak suka nak jumpa doc. tak lama lepas tu, lutut dah ok, tak adalah nak bunyi-bunyi ke, rasa sakit-sakit ke..
lepas tu, waktu sukan fakulti baru-baru ni, gatal la pulak nak masuk basketball ngan netball. untuk ko-Q pun, masuk bola jaring. haa. kau rasa lah akibatnya,
sekarang, malam-malam tak boleh tido sebab rasa tak selesa kat lutut, nak jalan-jalan pun tak selesa. dah rasa macam orang tua dah. kalau dah sakit sangat, baru pergi jumpa doc. last choice lah tu kiranya pergi jumpa doc semua ni.
dan kaedahnya, kena berpantang daripada makan dan minum benda yang sejuk-sejuk. teringat lagi waktu form 5, aku kena pantang ais satu tahuun, ok. satu tahun aku menahan diri sebab injured sukan jugak. tak apa, at least badan aku selim melim, selim river gittuuu..
dan akibatnya sekarang, aku nak buat kerja ke, nak drive pun tak selesa. semua rasa sakit-sakit. dah kata aku ni driver ibu yang betauliah memandangkan ibu pun tak berapa nak sihat. aku drive tekan minyak guna kaki kiri lah kaedahnya. mula-mula try, memang seksa lah jugak. tertukar minyak ngan brek nak tekan yang mana stu. tapi, lama-lama dah ok sikit, maknanya aku kena bawak slow-slow. diulangi, tak ada lah nak bawak laju-laju melebihi 100km/j. tak nikmaaat, ok.

ok, tiba-tiba dah tak tau nak tulis pasal apa.
musim sekarang sangat panas sampaikan duduk dalam rumah pun, rasa macam duk luar rumah.
baju pun lencun dek peluh yang sememangnya berbau masam.

pesananringkas : kebosanan tahap melampau, sampaikan entry ini juga membosankan. grrrr

4 ulasan:

princeduyong berkata...

pegi la mengurut...kasi betulkan urat-urat...

FatinSyahirah berkata...

princeduyong : dalam proses. hihi. :D

Sharinginfoz berkata...

hmmmm nak baca juga.......

eNaSaN berkata...

hai....