Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 22 Mei 2010

hati-hati dengan makanan m***n

setiap kali ada cawangan mydin baru dibuka, berasap-asap manusia pergi borong barang-barang kat sana. terutama rakyat pantai timur. tu je lah aku tau, yang kat tempat lain aku tak tau sebab aku kan duduk terengganu ni. halahai. mana taknya lagi, kat terengganu dan kelantan punya mydin mall humakaih beso nye. dah lah banyak cawangan, dekat-dekat pulak tu. tiap kali mydin tumbuh bak cendawan selepas hujan, tiap kali tu lah jatuhnya kesian aku kat kedai-kedai runcit ngan kedai-kedai biasa ni. ye lah, orang dah tak nampak dah kedai-kedai tu semua, apa yang dorang nampak mydin, mydin dan mydin.
aku bukan cemburu ngan mydin, ya. itu memang bukan, bahkan aku pun jarang nak pergi mydin, jauh weh nak pergi sana. duit aku habis tang minyak dulu, kang tak sempat nak beli barang-barang kang. kuikui

ini aku nak share sajo.
hari tu, dalam minggu ni jugak lah, aku pergi hospital tengok pakcik aku kena masuk kecemasan. waktu aku tengah tunggu pakcik aku ni, ada patient yang masuk kecemasan ni jugak, keracunan makanan sampai kena masuk wad. makcik aku tanya lah kenapa, sakit apa.. bukan lah nak menyibuk, tapi dah tu kita kena cakna dengan keadaan sekeliling gitu. dah tu takkan kau nak buat sombong kan. ok fullstop.
tanya punya tanya, cerita punya cerita, rupanya anak-anak dia ni keracunan makanan lepas makan frozen fries yang dibeli di mydin. sebabnya, fries tu sebenarnya dah expired. tapi pekerja-pekerja nya still jual fries tu jugak. sebab tu jugak harganya bisa jadi murah murah murah! kot?

sebab kau beli pun murah, maknanya kualiti barang pun seangkatan lah dengan harganya. bukanlah aku nak kata barang murah ni semua tak ok. aku pakai baju murah, ok. tak mampu nak beli branded punya. tapi, pandai-pandai lah nak nilai sendiri.
aku test soflan kedai lain dengan mydin punya. dan akan didapati softlan mydin tak sama baunya dengan yang biasa.
ada lah kenalan aku test pakai tuala wanita mydin dan tuala wanita biasa dengan jenama yang sama, kenapa mydin punya gatal heh? opss. sensored.
konklusinya, kualiti barang antara barangan yang dijual di mydin dengan tempat-tempat lain yang harganya berbeza di atas produk yang sama, memang berbeza kualitinya. sebab ada antara kandungan produk tersebut dikurangkan. dan produk yang dikeluarkan untuk syarikat mydin adalah spesel mengikut harga yang dibayar.

kalau diikutkan, pakai sekejap je pun, tak kisah lah sedap ke tak cukup bahan ke tak. last-last makan, jadi tahi jugak. ok, fine. betul. tapi, kita kena alert lah tengok keadaanya elok ke tak, dah expired ke belum, untuk mengelakkan masalah yang bakal menyusul nanti. tak kisah lah kalau nak beli kat mana-mana pun, tapi pastikan keadaan barang tersebut adalah baik, tidak rosak, dan yang penting belum expired.

terfikir : padahal kebanyakan kedai runcit pun borong barang kat mydin jugak.  (??)


selamat membeli!

tiba-tiba rasa macam nak makan fries. nyum nyum.

pesananringkas : ada siapa-siapa berminat nak beli kebaya nyonya?


4 ulasan:

ardinihumaira berkata...

fries? dni pon mengidam ni... nyummm

YOUTHSAYS ADALAH COMPETITOR NUFFNANG ; ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN STATUS GLITTERATI JIKA MENGIKLANKANNYA

Hafiz Ismi berkata...

betul ke ni? ke psikologi?

FatinSyahirah berkata...

ardinihumaira : tau xpe.. jom pakat beli fries. nyum nyum

Hafiz Ismi : betul lah ni. pasal cirit birit tu, doktor yang sahkan. koser aku nak anti2 mydin eh. aku pun kadang-kadang beli kat mydin jugak.

s h e e berkata...

herk...ape2 pon kena berhati2 beli barang...cek expired date x kire kt mane pon kite beli barang tu...