Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 13 Mei 2010

gula oh gula!

sejak balik rumah hari tu, antara tugas harian aku yang agak utama gituu adalah pergi dari sebuah ke sebuah kedai bagi mencari waima 1kilo gula sekalipun. kat tempat aku memang mengalami masalah bekalan gula, ok. kalau bernasib aik, dapatla aku cekau satu kilo gula, lebih bernasib baik sikit, dapat lah 2 kilo gula. pandai sikit, mula-mula ibu pegi beli, pastu aku puak turun kereta pergi beli. pandai banyak sikit, suruh semua kanak-kanak atau mana-mana kawan adik aku pergi beli gula paling koman 1 kilo sorang.
tapi macam semalam, memang tak bernasib baik lah, pergi kedai sana tak ada gula. pergi kedai sini pun tak ada gula. apalah nasib sob sob sob.

kebaikan bila gula kena catu ni, kuranglah sikit pesakit diabetes yang akan mengalami peningkatan kandungan gula. oleh kerana gula antara penyebab penyakit obesiti, maka kuranglah faktor yang menyumbang kepada obesiti kat tempat aku ni haa. kemudian, jimat lah jugak waktu nak beli barang-barang dapur, dah tu gula tak ada dah tolak budget untuk beli gula. habis la, lepas ni orang makan masin-masin pulak. :p

bila dah ada kebaikan dia, mesti lah ada jugak keburukannya. nanti harga gula pun naik melambung. dah cuti-cuti ni pulak, memang ramai yang nak buat kenduri. memang tawar lah air sirap kat tempat pelangsungan kenduri tu kalau tak beli gula awal-awal sebab dah tu sekarang gula tak ada. memang sadis. lebih-lebih lagi kepada peniaga-peniaga dan pengusaha makanan. lagi lah kesian. lepas tu, kesian kat customer jugak, nak beli pun mahal.

gula oh gula.
ke mana pergi nya kau??
dah tu, sunyi sepi berita pasal gula ni.
nasib baik aku ukan penggemar gula. kalau tak, memang meroyan bila gula tak ada.




semalam dapat jemputan pergi majlis kawin kawan aku masa tadika dulu. sebaya, ok. dah nak kawin 29hb ni. oh. excited pun ada sebab first time dapat pergi majlis kahwin kawan aku. :D
tiba-tiba rasa macam nak kawin jugak. awww

5 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

gula pun susah cari ke sekarang

FatinSyahirah berkata...

Sharinginfoz : susah gila. gula kat terengganu kena catu sekarang. haih.

eNaSaN berkata...

xpe kuraNgkan gula... (^_^)

anna berkata...

eleh..member aku ade yg dah ade anak ni weh.siap keje dgn mak aku lagi.ohoho...bile berbual dgn die sekarg,rase cm ckp dgn mkcik2 plak.

FatinSyahirah berkata...

anna : uish. jangan nanti kita baru nak dapat anak, kawan ko dah bercucu dah pun. huh