Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 6 Mei 2010

dah lama tak update, tiba-tiba rasa macam terus tak reti nak update. ok, pentipu.

sebab lama tak update, hari tu sebab konon-konon nak focus on last paper, 4 may hari tu. mana tak kena focus, 4jam kredit, okey. padahal, macam focus lah sangat, main-main je lebih. apa nak jadi ni fatin...
dan sebab final exam dah habis, maka sepatutnya hari untuk bergembira horey exam dah habis, merdeka!
untuk result yang akan diterima kelak, aku just kena prepare for untulk kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, yang aku sendiri boleh agak.
ibuku, maafkan anakmu ini. T__T

aku pun tak tau nak update pasal apa dah. sebabnya, hati dah sedih menggila. sebabnya, ayah yang katanya nak datang ambil aku hari ni, tapi postpone akan dtang jemput esok. walaupun sebenarnya aku macam dah boleh agak perkara tu yang aka berlaku, tapi stilllll macam sedih gilaa. orang lain mostly dah balik, tapi aku kat sini kebosanan. lagipun, baru bercita-cita dapat tidur rumah malam ni, terus hancur berkecai.
barang banyak, sebab tu still menggedik nak ayah jemput. ehehe.
harapnya, esok ayah tak postpone lagi. T__T

broadband pun hampeh, line lambat macam siput. siput pun lagi laju okk. siapa tak baran nak online. kang tengah syok-syok kau tengah loading tiba-tiba failed. memang meroyan. nasib baik ada wifi. ada hikmah jugak balik lambat ni, orang ramai tak ada, jadi wifi pun jadi laju.


pesananringkas : entry adalah macam nak makan selipar. maaf, ya.

pesananringkassendiri : sesi qada' terjah semula akan bermula. :)

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

update jangan tak update...


Buffered Earnings 2 Sekali

asmaria berkata...

selamat kembali ke dunia blogger, mari terjah... akak pun ada petua perangi barah payudara di: http://edarannama.blogspot.com