Ahad, 23 Mei 2010

AF dulu dan sekarang.

Semalam final AF8, shahir menang.
aku yang dekat kenduri tahlil ni pun, lepas tahlil yang muda-mudi ni kecoh nak tengok AF final, lepas tu potpetpotpet pungpangpungpang cakap pasal shahir juara AF8 semalam. aku kan tak layan AF, shahir pun aku tak kenal, jadi aku terselit kat sinki basuh pinggan mangkuk segala. motif sebenar, nak tunjuk rajin kot kot ada yang berkenan kat aku nak jadikan sebagai menantu mithali. eceh. tapi kena buat drama sikit lah, kena tunjuk rajin, lepas tu konon-konon tak nak sebab dah ada calon sendiri, lepas tu dorang histeria sakit demam segala sebab sedih sangat tak dapat nak jadikan aku sebagai menantu. ok, itu bukan menantu, itu hantu.
padahal, motip sebenar ambil tugas mencuci pinggan mangkuk segala sebab salah satu cara nak bersenam. ye lah, kat rumah ni tak ada maknanya aku nak bersenam segala, nak nak bila lutut pun kalah orang tua. plan konon-konon nak pergi joging kat pantai tiap-tiap pagi pun tak pernah menjadi - lepas subuh harus tidur semula. macam mana lah rezeki nak masuk, kan? haih. sebab tu agaknya sampai sekarang pun belum ada yang merisik meminang. ok, itu gatal.

tiba-tiba sebab dah tak ada kerja nak buat sangat, teringat kenangan waktu kat mrsm mersing dulu. pernah waktu form berapa heh mawi menang jadi juara tuh? waktu tu semua nak tengok mawi nyanyi untuk final tuh. dekat blok asrama tak ada tv. jadi, dewan selera lah tempat kitorang nak tengok tv pun. kat dewan selera lah nak lepak-lepak lepas makan pun, selain kolam ikan kat tepi aspuri. kat dewan selera lah petang-petang orang skip dari pergi riadah. waktu aku time tu, (??), waktu riadah adalah wajib bagi para pelajar untuk mengosongkan asrama. jadi, kadang-kadang aku rasa malas nak berjalan ke, bersukan ke, aku lepak kat dewan selera tuh. tapi kebanyakan yang lepak kat dewan selera time tu adalah mereka yang men-study-kan diri dan membuat senaman mulut dengan mengunyah minum petang.

tiap-tiap malam, pukul 11 malam tak silap aku, semua pelajar ni dah kena baca surah al-mulk kat depan pintu bilik masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya gangguan kepada pelajar-pelajar ni. sebab ada lah jugak kes pelajar kena ganggu. tapi waktu mawi nyanyi final tu ( cop, mawi AF brape heh? ), kitorang siap buat rayuan ngan papa ( ketua warden ) mintak extend lagi sikit je nak tengok AF sampai habis. bukan selalu pun, so, kitorang pun berpeluang lah tengok AF sampai tahu pemenangnya. waktu tu, suasana dia sangat seronok, tau. macam mana heh nak cakap, mungkin waktu tu AF masih baru lagi, fresh lagi, belum nak naik bosan lagi, lepas tu pulak tengok ramai-ramai sorak tepuk sama-sama, tu yang jadi seronok tu walaupun tatkala tu, AF masih belum wujud transformasi bagai.

tapi, serius, kenangan tengok AF ramai-ramai waktu tu adalah antara memori terindah, ok. bila ingat balik, rasa rindu datang.

haih. tu je. sebenarnya saya nak cakap yang saya rindu kawan-kawan saya. :')


pesananringkas : ......

4 ulasan:

Loyar Lawa berkata...

a-ah pergi tengok kat dewan selera waktu asrama dulu..pastue warden tak kasi, pastue merayu2 nak tengok... warden cik fatin baek dy benarkan... waktu tue kitaorang nk tengok juara lagu warden neyh boleh2 tak kasi, semua orang tak suka dy, x dpt tengok...sigh....hehhee...

AF skrng dh borink

Encik Tikus berkata...

saya pon rindu rakan-rakan asrama saya. havoc time tengok match bola tiap weekends,haih~ :(

FatinSyahirah berkata...

Loyar Lawa : kan kan? part mrayu paling best. haha.

tau xpe. dah boring dah AF skang. sebab dah slalu sgt kot?

Encik Tikus : sabar ya, encik tikus.. :)

Aidi-Safuan berkata...

mrsm saya takde astro. =(