Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 31 Mei 2010

pengalaman pertama yang memenatkan.

sekarang aku adalah bz bagai kalah datin-datin pergi meeting itu meeting itu meeting ini yang macam dalam cerita-cerita kat tv.

ini pun aku curi-curi masa sendiri.
malam pun dah penat, kompom-kompom tido awal.

demi mencari sesuap nasi,
demi mencari satu sen,
atas titik peluh sendiri, aku bermula dari bawah.
memang penat, tapi amat bermakna.

semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki olehNya. amiinn.. :')

Jumaat, 28 Mei 2010

maaf kerana tak mengundang anda ke majlis pernikahan saya.

salam sejahtera dan salam hari jumaat.

kalau di terengganu ni, majlis perkahwinan biasanya diadakan pada hari jumaat. mungkin sebab nak ambil berkat hari jumaat dan hari jumaat hari cuti hujung minggu. jadi, senanglah pape orang memang akan datang memenuhi undangan. konsepnya lebih kurang begitu.tapi sekarang ni belum start cuti sekolah, tak ramai lah yang buat majlis waktu ni, cuba waktu cuti sekolah nanti, dah berderet-deret kad jemputan sampai. tunggu hari ngan pergi je. tang majlis perkawinan ni, memang excited lebih, berkat orang nak dirikan masjid barangkali? ataupun nak ambil berkat supaya seru kahwin tu cepat tiba. (itu motif yang sebenarnya. :P)




petang semalam, sejak malaysia ni semacam femes tetang berita kehabisan gula dan juga penyeludupan gula, rutin harian aku adalah macam biasa lah, mencari gula dari sebuah kedai ke kedai yang lain. dan bukan semua kedai jugak yang ada gula, maka kau pergi kedai banyak mana pun, kalau tak ada gula tu, air liur kau je lah yang terbazir sebab tanya,' kak, gula ada tak?', dan semestinya bila kau dah pergi banyak kedai tu, kau akan jumpa ramaaaai orang. gituuuu. kalau ada gula waima sekilo tu, kira bernasib baik lah kan, kalau tak ada tu, kiranya halahai... jom kita pergi kedai lain pulak cari gula.

semalam, sementara tunggu jiran aku fotostat ic, aku tunggu lah di luar kedai menjaga barang. tiba-tiba terserempak dengan jiran lama aku, aunty cina nama apa ntah aku dah lupa. aku just panggil aunty sajo. aunty jiran zaman kecik-kecik aku dulu kala. memang panggil aku pun, bukan fatin, tapi panggil aku acik dah macam family. padahal, memang kebanyakan yang kenal family aku memang panggil aku acik kat paka ni, bukan hanya saudara-mara kaum kerabat sajo.

aku : auntyyyyyyyyyy........
aunty : eh, acik, aunty dengar acik dah nikah, ye ke??
aku : haaaaaaa????? mana ada..
aunty : hari tu ada orang bagitau aunty bagitau acik anak pak him dah nikah.. *pak him - ayah aku. 
aku : mana ada, aunty, saya belajar lagi lah. ( padahal tak kisah pun kalau aku kawin  waktu kawin pun ). 
aunty : waktu orang bagitau aunty tu, aunty tak tau lah nak cakap apa, ni lah pasal aunty tanya ni. lagipun aunty kan dah lama tak jumpa ibu.
aku : ish, aunty ni, mana ada saa kawin lagi. anak tiri ayah saya kot yang kawin tu.. saya tak kawin lagi lah.. 

hadoi. macam mana lah hai berita ni tersebar gitu. jatuhlah saham aku kali ni... nampak aku keluar ngan laki lain pun tak pernah. (heh, kat paka lah, kat tempat lain no komen. hiiii.)


pesananringkas : aku tak dapat nak pergi youth'10 kat pwtc. wuwuwu. sedihhhhhhhhhh.



esok kawan tadika aku kawin weyyy. aku lak yang lebih-lebih nak excited. haha.

Khamis, 27 Mei 2010



mengapa perlu rasa sayup bilamana sememangnya jauh

mengapa harus ada rasa gusar dalam bahagia yang kelam

arrgghhh. tak ada mood. semua jadi kacau, kosong...

hati, tenanglah..
damailah jiwa.....









bila rindu dan sayang tidak berpenghujung.. dan jalan mati tidak tertemukan..

kecomelan dan kecantikan itu milik setiap insan.

ni second award kot yang aku dapat.
kali ni award comel. erk. comel ke?
teruskan membaca kalau anda mengakuinya, dan sila skip sekiranya anda setuju.

tapi. kalau sebelum ni aku dapat award pun, mungkin aku macam terlepas pandang gitu.
tag-tag sebelum ni pun aku tak terbuat. hadeyh. mintak sori atas kelalaian diri. haih.

so, marilah kita mulakan. pendekkan sajo cerita, ini dia saya persembahkan.... 



jeng jeng jeng





i) Thank and link the person that give you the award
   terima kasih daun keladi kepada puteri sengal kerana sudi memberi award kepada saya yang comel ini. eh, bukan bukan. kepada saya yang begitu bercita-cita ingin menjadi comel ini. hik hik hik.

ii) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
ramai oh.. kalau saya pass award ini kepada setiap yang terbaca entry ini, boleh? hihi. bau macam malas tak? hiiii

iii) Contact that blogs and let them know they've won the award
beres, bos. kejap lagi, lepas setelkan ni, saya bagitau yo. jangan risau, akan disisapkan secepat kilat. zaaassss

iv) State 7 things bout yourself
  • suka tengok benda cantik, orang cantik, makanan cantik. prang hensem? eh, kena jaga mata. :P
  • pendiam.
  • suka bermimpi di siang hari. erk?
  • simple sajo.
  • suka sup
  • bawak kete laju-laju lepas tu cuak sorang-sorang.
  • gelabah.


pesananringkas : agak-agak kalau orang-orang bercinta ni bosan tak? hurmm..

Rabu, 26 Mei 2010

menu tengahhari ini.



nasik putih
singgang ikan tongkol
ikan goreng
budu.


aku anak ganu jati, ok. 
untuk efek yang lebih menyelerakan, budu itu kau tambah lah bawang hiris, asam limau sikit, penyet cili banyak-banyak, dan juga tempoyak.
ada ummph!

eh, lupa nak snap gambar pulak dah. hadoi.


time berada di rumah adalah time terbaik untuk menambah berat badan wa cakap sama lu.
aku dah sedikit tension bila berat dah makin bertambah ni. grrrr


kebosanan.

rutin harian aku sepanjang cuti, setakat hari ni adalah,
makan-tido-pergi kedai beli barang-kerja ngan ibu-petangpetang mainmain dan beramah mesra dengan jiran tetangga-online-tengok tv-masak-buat kerja rumah-merajuk.
ok dalam sehari memang wajib merajuk, ya. kena marah sikit pun, boleh merajuk. sampai dah bosan dah tiap-tiap hari pun nak merajuk. sebab dah tak ada kerja, sampai merajuk, online, dan yang lain-lain, semua dah jadi bosan. BOSAN.

ok, lah, itu je setakat ni. rasa bosan secara mendadak gituuu.



tadi pergi kedai beli barang sikit, kagum gila dengan sorang budak laki ni. dalm darjah 6 gituu la. pandai gila membeli. mula-mula beli ikan kembung. lepas tu, dia balik. dan kemudian patah balik,
"kak, bagi ikan selar kunyit lagi setengah kilo lah. balik nanti ikan selar ni boleh goreng, ikan tadi boleh masak lain."
cuba kau bayangkan............ bagus budak tu kan? :')

Ahad, 23 Mei 2010

AF dulu dan sekarang.

Semalam final AF8, shahir menang.
aku yang dekat kenduri tahlil ni pun, lepas tahlil yang muda-mudi ni kecoh nak tengok AF final, lepas tu potpetpotpet pungpangpungpang cakap pasal shahir juara AF8 semalam. aku kan tak layan AF, shahir pun aku tak kenal, jadi aku terselit kat sinki basuh pinggan mangkuk segala. motif sebenar, nak tunjuk rajin kot kot ada yang berkenan kat aku nak jadikan sebagai menantu mithali. eceh. tapi kena buat drama sikit lah, kena tunjuk rajin, lepas tu konon-konon tak nak sebab dah ada calon sendiri, lepas tu dorang histeria sakit demam segala sebab sedih sangat tak dapat nak jadikan aku sebagai menantu. ok, itu bukan menantu, itu hantu.
padahal, motip sebenar ambil tugas mencuci pinggan mangkuk segala sebab salah satu cara nak bersenam. ye lah, kat rumah ni tak ada maknanya aku nak bersenam segala, nak nak bila lutut pun kalah orang tua. plan konon-konon nak pergi joging kat pantai tiap-tiap pagi pun tak pernah menjadi - lepas subuh harus tidur semula. macam mana lah rezeki nak masuk, kan? haih. sebab tu agaknya sampai sekarang pun belum ada yang merisik meminang. ok, itu gatal.

tiba-tiba sebab dah tak ada kerja nak buat sangat, teringat kenangan waktu kat mrsm mersing dulu. pernah waktu form berapa heh mawi menang jadi juara tuh? waktu tu semua nak tengok mawi nyanyi untuk final tuh. dekat blok asrama tak ada tv. jadi, dewan selera lah tempat kitorang nak tengok tv pun. kat dewan selera lah nak lepak-lepak lepas makan pun, selain kolam ikan kat tepi aspuri. kat dewan selera lah petang-petang orang skip dari pergi riadah. waktu aku time tu, (??), waktu riadah adalah wajib bagi para pelajar untuk mengosongkan asrama. jadi, kadang-kadang aku rasa malas nak berjalan ke, bersukan ke, aku lepak kat dewan selera tuh. tapi kebanyakan yang lepak kat dewan selera time tu adalah mereka yang men-study-kan diri dan membuat senaman mulut dengan mengunyah minum petang.

tiap-tiap malam, pukul 11 malam tak silap aku, semua pelajar ni dah kena baca surah al-mulk kat depan pintu bilik masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya gangguan kepada pelajar-pelajar ni. sebab ada lah jugak kes pelajar kena ganggu. tapi waktu mawi nyanyi final tu ( cop, mawi AF brape heh? ), kitorang siap buat rayuan ngan papa ( ketua warden ) mintak extend lagi sikit je nak tengok AF sampai habis. bukan selalu pun, so, kitorang pun berpeluang lah tengok AF sampai tahu pemenangnya. waktu tu, suasana dia sangat seronok, tau. macam mana heh nak cakap, mungkin waktu tu AF masih baru lagi, fresh lagi, belum nak naik bosan lagi, lepas tu pulak tengok ramai-ramai sorak tepuk sama-sama, tu yang jadi seronok tu walaupun tatkala tu, AF masih belum wujud transformasi bagai.

tapi, serius, kenangan tengok AF ramai-ramai waktu tu adalah antara memori terindah, ok. bila ingat balik, rasa rindu datang.

haih. tu je. sebenarnya saya nak cakap yang saya rindu kawan-kawan saya. :')


pesananringkas : ......

Sabtu, 22 Mei 2010

tidak semestinya.. boleh jadi, barangkali?


berdendam itu semungkinnya tidak,
kerana aku bisa memaafkan,
tapi untuk melupakan apa yang berlaku itu, sesuatu yang agak mustahil.

apa ikhlas itu boleh dilihat untuk kita pertikaikan keikhlasannya?

dulu aku  ada terbaca satu hadis yang menyebut dan macam yang aku faham, "lupakan kebaikan yang pernah kau lakukan kepada orang lain, dan lupakan kejahatan yang tertimpa ke atas dirimu, tapi sebaliknya, ingat dan kenanglah kebaikan orang lain terhadap dirimu", lebih kurang gitu lah kan. aku pernah dengar dulu waktu kecik-kecik.

tapi aku ini manusia biasa, yang jahil. apatah lagi iman yang hanya senipis lagi nipis dari kulit bawang.
Ya Allah, aku memohon padaMu,  berikanlah aku petunjukMu..

aku kenang kebaikan orang lain ke atas diri aku..
tapi, masih tidak bisa untuk melupakan setiap hitam, perit dan pahit yang berlaku.
untuk dijadikan pengajaran hidup, agar aku sentiasa beringat, barangkali?
dan untuk aku sentiasa jadikan peringatan agar selalu beringat-ingat walau ke mana aku melangkah, walau di mana aku bernafas, walau bagaimana keadaan sekeliling aku, perlu beringat.
heh, kalau kau tak beringat, kang kalau kau kena lagi macam kau pernah lalui terutama yang pahit, sanggup kau nak menahan siksa dalam jiwa? untuk terus berkata kepada hati, hati kuatlah, jiwa bertahanlah, sabarlah fatin syahirah. maka, fatin akan jadi lebih kuat. :')

bak kata pepatah, tak nak bak pisang berbuah dua kali gituuu. jadi, kita ikutlah pepatah orang dulu-dulu, apa guna cikgu bahasa melayu kau penat-penat ajar, kan?


pesananringkas : dunia sekarang memang kejam, kan? sampai nak berkawan pun kena ada syarat. keji pulak tu. memilih kawan itu kadang-kadang perlu, tapi tak perlu lah sampai kau nak pandang hina dan rendah kat orang lain. semua orang bagus, cuma yang membezakan, berlagak dengan tidak. (??)

hati-hati dengan makanan m***n

setiap kali ada cawangan mydin baru dibuka, berasap-asap manusia pergi borong barang-barang kat sana. terutama rakyat pantai timur. tu je lah aku tau, yang kat tempat lain aku tak tau sebab aku kan duduk terengganu ni. halahai. mana taknya lagi, kat terengganu dan kelantan punya mydin mall humakaih beso nye. dah lah banyak cawangan, dekat-dekat pulak tu. tiap kali mydin tumbuh bak cendawan selepas hujan, tiap kali tu lah jatuhnya kesian aku kat kedai-kedai runcit ngan kedai-kedai biasa ni. ye lah, orang dah tak nampak dah kedai-kedai tu semua, apa yang dorang nampak mydin, mydin dan mydin.
aku bukan cemburu ngan mydin, ya. itu memang bukan, bahkan aku pun jarang nak pergi mydin, jauh weh nak pergi sana. duit aku habis tang minyak dulu, kang tak sempat nak beli barang-barang kang. kuikui

ini aku nak share sajo.
hari tu, dalam minggu ni jugak lah, aku pergi hospital tengok pakcik aku kena masuk kecemasan. waktu aku tengah tunggu pakcik aku ni, ada patient yang masuk kecemasan ni jugak, keracunan makanan sampai kena masuk wad. makcik aku tanya lah kenapa, sakit apa.. bukan lah nak menyibuk, tapi dah tu kita kena cakna dengan keadaan sekeliling gitu. dah tu takkan kau nak buat sombong kan. ok fullstop.
tanya punya tanya, cerita punya cerita, rupanya anak-anak dia ni keracunan makanan lepas makan frozen fries yang dibeli di mydin. sebabnya, fries tu sebenarnya dah expired. tapi pekerja-pekerja nya still jual fries tu jugak. sebab tu jugak harganya bisa jadi murah murah murah! kot?

sebab kau beli pun murah, maknanya kualiti barang pun seangkatan lah dengan harganya. bukanlah aku nak kata barang murah ni semua tak ok. aku pakai baju murah, ok. tak mampu nak beli branded punya. tapi, pandai-pandai lah nak nilai sendiri.
aku test soflan kedai lain dengan mydin punya. dan akan didapati softlan mydin tak sama baunya dengan yang biasa.
ada lah kenalan aku test pakai tuala wanita mydin dan tuala wanita biasa dengan jenama yang sama, kenapa mydin punya gatal heh? opss. sensored.
konklusinya, kualiti barang antara barangan yang dijual di mydin dengan tempat-tempat lain yang harganya berbeza di atas produk yang sama, memang berbeza kualitinya. sebab ada antara kandungan produk tersebut dikurangkan. dan produk yang dikeluarkan untuk syarikat mydin adalah spesel mengikut harga yang dibayar.

kalau diikutkan, pakai sekejap je pun, tak kisah lah sedap ke tak cukup bahan ke tak. last-last makan, jadi tahi jugak. ok, fine. betul. tapi, kita kena alert lah tengok keadaanya elok ke tak, dah expired ke belum, untuk mengelakkan masalah yang bakal menyusul nanti. tak kisah lah kalau nak beli kat mana-mana pun, tapi pastikan keadaan barang tersebut adalah baik, tidak rosak, dan yang penting belum expired.

terfikir : padahal kebanyakan kedai runcit pun borong barang kat mydin jugak.  (??)


selamat membeli!

tiba-tiba rasa macam nak makan fries. nyum nyum.

pesananringkas : ada siapa-siapa berminat nak beli kebaya nyonya?


Jumaat, 21 Mei 2010

oh, wujud lagi rupanya!

siapa-siapa yang baca blog aku dari tahun lepas, maka akan tau lah kot pasal entry aku mengenai post yang aku kena tag dulu. boleh baca kat sini.
dekat situ aku ada cakap pasal permainan waktu kecik-kecik dulu kan? dan salah satunya tah buaya. petang tadi aku lepak-lepak kat rumah lama aku. macam biasalah bermain-main bersama jiran-jiran yang buat aku sentiasa awet muda. kau kawan ngan budak-budak kecik, secara otometik kau akan nampak awet muda. dan semestinya, kau tak ada saingan kalau ada orang nak ngorat. dah tu yang duk keliling kau pun budak kecik, memang sah-sah kau je yang kena ngorat. jadi, tuduhan minah perasan boleh dikurangkan kebarangkaliannya.

aku ingatkan permainan tah buaya tu memang dah lupus, dah tak ada. atau dah dimodenkan mengikut arus teknologi gituu. tapi rupanya wujud lagi, ok. aku tengok dorang main tadi sampai tergelak-gelak. sampai teringat-ingat zaman dolu-dolu. eceh.


video
ok, maybe ada antara siapa-siapa yang pernah main game macam kat atas. kalau zaman aku dulu, mana-mana yang ada tempat tinggi sikit macam tu ke, kat taman permainan ke.. bila tiba-tiba ada suara yang jerit, " main tah boye.. 1, 2, 3 sape lambat jadi!" zaaaaassssssssssss semua berdesup cari tempat tinggi sikit yang penting bukan atas tanah. siapa yang still jejak tanah bila dah kira sampai 3, dialah yang jadi buaya dan berusahalah kau mengejar dan mencuit mangsa supaya orang tu pulak yang jadi buaya. memori, ok. memori yang sangat berharga. sampai jiran aku dulu, main ni punya pasal, sampai patah tangan sebab terjatuh. sekarang dah ada anak dah pun mamat tuh. baby dia sangat comel, ok.





see.. comel gila kan. baru seminggu melihat dunia. berat dia waktu lahir 4.6kg, ok! berat gila.
aku suka bau baby, baby semua bau wangi-wangi kan?
ok, nama baby ni Nurul Airin Farhanah.
tahniah azrul dan kak fiza untuk kelahiran anak sulung korang!


pesananringkas : terima kasih, awak. :)

pesananringkaslagi : kes adik aku kat court tu dah setel, ya. lepas bayar saman, terus pergi balai polis nak clearkan blacklist sebab nak sambung roadtax. boleh pulak ibu cakap, "kalau tak ada kerja dah bosan sangat kat rumah, pergi court dengar kes pun best jugak" erkk.
kita ambil pengajaran dari kes adik aku, dah dapat saman, cepat-cepat pergi bayar sebelum nama kena blacklist atau kau akan sangkut waktu nak bayar road tax. sanggup?

Khamis, 20 Mei 2010

kisah semalam, pertama kali masuk mahkamah.

dah lama gila tak update rasanya.
biasalah kot kalau dah sekali tak update, maka malas nak update ni datang berkali-kali. huh. tiap kali nak update je, jadi tak ada idea. tiap kali nak update je terus rasa macam eh aku bz lah waktu ni. ok pentipu. bz merehatkan diri. dalam dua hari ni aku tak berapa nak sihat, sebab tu tak update. sampai aku naik bosan dan jemu tiap kali tengok blog sendiri. tengok tengok, entry yang sama je yang melekat. susah betul nak tunggu mood rajin tu datang. padahal aku ada banyaaaaak yang nak dibebelkan. tapi tu lah. bila aku rasa macam dah rajin sikit, terus lupa pasal apa yang aku nak bebel. time malas tu, bertimbun-timbun pulak yang datang idea nya. !@#$%^&*()

semalam adalah pengalaman pertama aku masuk mahkamah. time kecik-kecik dulu time nak dengar tang hak penjagaan aku adik beradik pun, aku tak pergi mahkamah sebab benda tu boleh setel macam tu sajo tanpa kehadiran kitorang pun, isu mengenai hak penjagaan tu memang dah setel. tapi semalam pergi mahkamah seab nak setelkan pasal saman motor adik yang dah kena blacklist sampai tak boleh nak sambung road tax. cuak kau, fadan lah muka, lain kali ambik ringan lagi pasal kes-kes saman ni semua. tapi naik mahkamah pun sebab nak setelkan cepat dan sebab lainnya nak mintak kurang bayaran saman.

aku ingatkan masuk bilik perbicaraan, akan sebut kes kita sendiri sajo. aku ingatkan kalau perbicaraan kes-kes besar macam dalam cerita drama filem tu semua hanya untuk kes-kes besar dan berat ang memang kau dah book court tu. tapi rupanya tak. semua kes akan dikumpulkan dalam court tu dan kau tunggu sampai tibanya turn kau. selagi dia tak panggil nama kau, jangan menggedik nak masuk kandang tu, kang tak pasal-pasal kena sumbat masuk dalam kamdang kambing. maksudnya, nanti peguambela akan panggil nama kau, then kau akan berdiri dalam kandang, peguambela tu akan baca kes kau, kemudian dia akan tanya, sekarang kau nak mengaku bersalah atau nak bantah. kalau kau mengaku bersalah, then dia akan tanya kau, ada apa-apa nak buat rayuan? lepas dia tanya, baru lah kau jawab, ya saya nak buat rayuan mintak dikurangkan bayaran bla bla bla. dah buat rayuan sambil nangis  kau tunggu hakim tu bagi keputusan. tapi banyak kes semalam yang aku dengar, dapat kurang rm500.

kes adik aku adalah disebutkan lambat gila. lama lah jugak nak kena tunggu sampai nama adik aku kena panggil. so, sebelum tu, aku dengar lah kes orang lain. dan kebanyakan kes yang disebut semalam adalah kes rompak dan dadah, kes saman motor pun ada jugak, tapi tak banyak.
berkenaan kes dadah ngan rompak tu semua muka semacam menakutkan jugak. ada yang mengaku bersalah dan ada yang mintak kes dibicarakan, maksudnya ada bantahan di situ. ada satu kes samun ni, dua orang ni kena atas tuduhan rompak 2 handphone dan rm65 kat stesen bas. dan polis dapat tangkap. dua-dua tertuduh mengaku bersalah. dan kau tau apa hukumannya kalau memang betul tuduhannya? penjara tak kurang dari 10tahun dan sebatan dan apa ntah, aku lupa.semestinya hukumannya tak sama dengan hukum hudud, memang pesalah takkan serik lah kalau kena tangkap sampai mati pun kan? hukuman yang dorang rasa dorang oleh hadapi jugak.
tidak dilupakan, kes-kes dadah pun ada. yang mana, kebanyakan tertuduh ni semua mengaku bersalah dan boleh diikat jamin. aku terfikir, siapa lah yang jadi pengedar dadah ni semua. kau tau, semua yang tertuduh adalah orang melayu. rosak anak melayu sekarang. dan semestinya kesemuanya adalah lelaki. makin pupus lah lelaki melayu sekarang. hadoi. lelaki oh lelaki. jangan pupus lagi, aku belum kawin lagi. maksud aku, lelaki yang berguna lah.

kes-kes berat seperti dadah macam tu, selain daripada perlunya kesedaran diri sendiri, didikan agama dan keluarga semua, bagi mengelakkan terjebaknya ke dalam kancah dadah tu semua, pengedar pun memainkan peranan yang penting. maksudnya, polis dan pihak berkuasa memang kena tangkap pengedar terlebih dahulu. tapi kalau dah polis sendiri pun jadi pengedar dadah, apa nak buat?
kau jangan main-main, ada polis kat tempat aku ni memang  bapak segala setan dadah, sebab dia edar dadah dan mata-mata dia puun jadi kaki edarannya, supaya orang tak tau yang dadah tu dia yang tauke sebenarnya. polis sekarang, aku tak tau nak komen macam mana. tapi kebanyakan polis sekarang ni memang tak jujur dalam pekerjaannya, haa, kau jawab lah kat padang mahsyar nanti.
kenapa polis tu nak edar dadah? sebagai pendapatan tambahan barangkali? ibaratnya macam rokok kat malaysia ni lah. kerajaan duk hu ha hu ha berkempen kata rokok ni bahaya, tak elok. tapi tak sekat import rokok masuk malaysia, sebab? sebab rokok ni punca ekonomi terbesar negara, kang tak ada rokok malaysia boleh jadi miskin lah kot? tapi, yang paling utama, kesedaran diri lah yang paling perlu untuk menjamin kebahagiaan sejagat. ceaaa. ayat BM A1 tu.  :P

pasal isu polis tu, nanti lah aku cerita lain sebab lately aku hidup aku ni memang banyak terlibat dengan polis yang tak guna lately. mana taknya, polis kat paka ni semua polis yang pernah buat kes kat tempat dorang yang dulu, lalu tercampak kat paka nih. memang bodoh habis ah. atau mungkin sebab polis-polis ni nak cepat naik pangkat, yang mana tak persalah pun jadi bersalah.

pesananringkas : dunia oh dunia. makin hari, makin menakutkan, makin tidak selamat..

Isnin, 17 Mei 2010

selamat hari guru.

aku harap, masih belum terlambat untuk buat entry mengenai hari guru yang baru lepas semalam.

SELAMAT HARI GURU
dan terima kasih diucapkan kepada:

ibu bapa
atuk nenek
adik beradik
guru-guru
rakan-rakan

dan juga guru saya sepanjang masa : pengalaman.  :)


bukan aku melarikan diri.

tiga hari, ok aku semacam agak menyepi.
bukan kerana post sebelum yang agak emo, konon-konon aku kena tipu piangpiang.
bukan kerana mogok malaysia semi-finals piala thomas.
bukan kerana aku konon-konon bajet cuti peristiwa sebab pasukan yang aku sokong menag piala thomas(aku bukan sokong china, ok. aku still sokong malaysia. tapi bila malaysia dah kalah, untuk final aku sokong china lah.)
bukan kerana aku malas nak update, ya. malas tu memang ada tapi tak ada lah sampai sunyi menyepi tak pergi jenguk blog orang lain.

tapi sebenarnya sebab stremyx kat rumah buat hal.
dua hari, ok aku menunggu lampu dekat modem tu berkelip-kelip.
punya lah aku tertanya-tanya kenapa tiba-tiba tak boleh nak buat connection.
satu hari aku tunggu, kot-kot hari tu streamyx buat hal. tapi second day pun still tak boleh nak buat connection. lalu, aku pun call TM. dan semalam sampai-sampai rumah, balik dari kuala terenngganu, terus dah boleh buat connection.
masuk-masuk rumah, terus try test, yey dah boleh guna!

ok, itu je nak cerita.

kesimpulannya sekarang, bukan aku melarikan diri, tapi streamyx melarikan diri dari aku. celcom broadband pun tidak boleh digunakan juga. grrr


pesananringkas : dunia sekarang macam menakutkan.

Jumaat, 14 Mei 2010

tipu itu bohong.

kalau nak menipu pun agak-agak lah, bai..
apa ingat aku tak tahu?
choii.





Khamis, 13 Mei 2010

gula oh gula!

sejak balik rumah hari tu, antara tugas harian aku yang agak utama gituu adalah pergi dari sebuah ke sebuah kedai bagi mencari waima 1kilo gula sekalipun. kat tempat aku memang mengalami masalah bekalan gula, ok. kalau bernasib aik, dapatla aku cekau satu kilo gula, lebih bernasib baik sikit, dapat lah 2 kilo gula. pandai sikit, mula-mula ibu pegi beli, pastu aku puak turun kereta pergi beli. pandai banyak sikit, suruh semua kanak-kanak atau mana-mana kawan adik aku pergi beli gula paling koman 1 kilo sorang.
tapi macam semalam, memang tak bernasib baik lah, pergi kedai sana tak ada gula. pergi kedai sini pun tak ada gula. apalah nasib sob sob sob.

kebaikan bila gula kena catu ni, kuranglah sikit pesakit diabetes yang akan mengalami peningkatan kandungan gula. oleh kerana gula antara penyebab penyakit obesiti, maka kuranglah faktor yang menyumbang kepada obesiti kat tempat aku ni haa. kemudian, jimat lah jugak waktu nak beli barang-barang dapur, dah tu gula tak ada dah tolak budget untuk beli gula. habis la, lepas ni orang makan masin-masin pulak. :p

bila dah ada kebaikan dia, mesti lah ada jugak keburukannya. nanti harga gula pun naik melambung. dah cuti-cuti ni pulak, memang ramai yang nak buat kenduri. memang tawar lah air sirap kat tempat pelangsungan kenduri tu kalau tak beli gula awal-awal sebab dah tu sekarang gula tak ada. memang sadis. lebih-lebih lagi kepada peniaga-peniaga dan pengusaha makanan. lagi lah kesian. lepas tu, kesian kat customer jugak, nak beli pun mahal.

gula oh gula.
ke mana pergi nya kau??
dah tu, sunyi sepi berita pasal gula ni.
nasib baik aku ukan penggemar gula. kalau tak, memang meroyan bila gula tak ada.




semalam dapat jemputan pergi majlis kawin kawan aku masa tadika dulu. sebaya, ok. dah nak kawin 29hb ni. oh. excited pun ada sebab first time dapat pergi majlis kahwin kawan aku. :D
tiba-tiba rasa macam nak kawin jugak. awww

Rabu, 12 Mei 2010

piala thomas dan Malaysia.

"piala Thomas, piala Thomas jugak, tapi kita kena ambil tau pasal isu negara. kita bagi laluan ke berita jam8 dulu"

macam tu lah lebih kurang kaedahnya pembaca berita tu cakap.
aku pun macam tak dengar sangat. dengar-dengar macam tu je. 

sekejap, skeejap.
kalau aku tak terambil tau boleh tak?? :D

sekarang tiap kali aku tengok berita aje, asyik berkebetulan dengar pasal kes undi dekat sibu yang tak meriah mana, yang tak ada nak gaduh-gaduh pasal pasang bendera. macam apa yang aku faham, dorang macam nak meriah meriah sampai gaduh dush dush dush agaknya.

???

jangan baca. bosan.

hari tu aku adalah seperti rajin sampai update beberapa entry dalam satu hari..
terlebih rajin, kauu..

tapi, alangkah sedihnya sebab kerajinan tu tak kekal lama. sebab semalam aku rasa macam tak ada mood nak update pape. langsung sunyi sepi blog aku. cuma, hari ni, aku menggigihkan diri untuk update sebab dah tak tau nak buat apa. baru sekejap balik rumah, tak sampai seminggu pun lagi, terus bosan san san.
macam mana nak tunggu sampai dua bulan yang akan daang niiiii. grrrr

balik cuti ni,macam-macam yang berlaku.
dan lutut aku ni pun dah nak buat hal semula. dulu gara-gara aktif sanat bersukan, inured sana-sini terus rasa tak selesa kat bahagian lutut. rasa tak selesa kat lutut ni start tahun lepas kalau tak silap aku. aku ada jumpa doc, doc kata, muscle sajo. aku pun malas la nak buat check up lebih-lebih, sebab aku memang tak suka nak jumpa doc. tak lama lepas tu, lutut dah ok, tak adalah nak bunyi-bunyi ke, rasa sakit-sakit ke..
lepas tu, waktu sukan fakulti baru-baru ni, gatal la pulak nak masuk basketball ngan netball. untuk ko-Q pun, masuk bola jaring. haa. kau rasa lah akibatnya,
sekarang, malam-malam tak boleh tido sebab rasa tak selesa kat lutut, nak jalan-jalan pun tak selesa. dah rasa macam orang tua dah. kalau dah sakit sangat, baru pergi jumpa doc. last choice lah tu kiranya pergi jumpa doc semua ni.
dan kaedahnya, kena berpantang daripada makan dan minum benda yang sejuk-sejuk. teringat lagi waktu form 5, aku kena pantang ais satu tahuun, ok. satu tahun aku menahan diri sebab injured sukan jugak. tak apa, at least badan aku selim melim, selim river gittuuu..
dan akibatnya sekarang, aku nak buat kerja ke, nak drive pun tak selesa. semua rasa sakit-sakit. dah kata aku ni driver ibu yang betauliah memandangkan ibu pun tak berapa nak sihat. aku drive tekan minyak guna kaki kiri lah kaedahnya. mula-mula try, memang seksa lah jugak. tertukar minyak ngan brek nak tekan yang mana stu. tapi, lama-lama dah ok sikit, maknanya aku kena bawak slow-slow. diulangi, tak ada lah nak bawak laju-laju melebihi 100km/j. tak nikmaaat, ok.

ok, tiba-tiba dah tak tau nak tulis pasal apa.
musim sekarang sangat panas sampaikan duduk dalam rumah pun, rasa macam duk luar rumah.
baju pun lencun dek peluh yang sememangnya berbau masam.

pesananringkas : kebosanan tahap melampau, sampaikan entry ini juga membosankan. grrrr

Isnin, 10 Mei 2010




.BOSAN.


tiap kali bosan buat nuka macam tu,
at least muka tegang dek senaman pipi.

Ahad, 9 Mei 2010

F untuk Fatin

cuba kira hari ni aku buat berapa entry? siapa betul, kita tepuk tangan ramai-ramai..
ok, ok. kali ni aku kena tag dari dia ni si S.

layaann.. zasss..

rules:
it's harder than it looks
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty(20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before u had the same first initial,u must use different answer
u cannot use any words twice
and
u can't use ur name for the boy/girl name question.


what is your name: Fatin
a four letter word: fine
a boy's name: Farhi ( agak-agak ni nama laki tak?  anggap ye je lah, ya. aku tak tau kenapa si Lia suka panggil aku aku Farhi)
a girl's name: Fsyahirah
an occupation: financial manager
a colour: Fink
something ur wear : simple but nice
a food: tomyam
something found in the bathroom: syampu, berus gigi, sabun
a place: terengganu
a reason to being late: kucing ada dalam kereta.
something u shout: wakluuu
a movie title: niyang rapik. tu yang paling latest aku tengok.
something u drink: milo
a musical group: tak tau
an animal: kucing
a street name: jalan pak kau ke?
a type of car: ferrari.

mula-mula tu sedaya la jugak aku nak ikut rules, tapi lama-lama, koser aku..


aku nak kena tag siapa eh?
aku tag semua orang yang baca ni. muahahaha. siapa tak jawab aku sentaaapppp. boleh?





pesananringkas : sebab banyak masa senggang, aku rasa macam nak exchange link lah. siapa-siapa nak exchange link ngan aku, sila tinggalkan link anda di petak komen. kita tukar link sama-sama yok.

kalau bapak orang pun macam dah tak boleh percaya sekarang, apatah lagi anak muda.

mode aku sekarang memang tengah bengang.
memang tengah memaki.
memang tengah mendoakan agar pakcik tak sedar diri tu sedar diri.

apa kata kau kalau pakcik yang memang pangkatnya pun bapak orang yang punya anak sebaya aku, tapi still nak menggatal miang ngan kau?
wey pakcik! ingat anak bini kat rumah wey!!!

memang vavi.

rasa macam fobia nak beli barang pun ada.

kalau dah taraf pakcik-pakcik pun dah macam tak cukup kasih sayang dan lupa diri tak ingat anak bini kat rumah, apatah lagi anak-anak muda sekarang.

grrrr. jangan la buat aku takut nak kawin.

mode sekarang : tunggang langgang, penuh emosi, penuh kemarahan, penuh ketakutan, penuh kebencian.

untuk pakcik tak sedar diri : semoga kau ingat anak bini kau kat rumah, semoga anak bini kau tak buat onar, dan semoga keluarga kau tak pecah belah disebabkan kau. tolong insaf ya pakcik.

bodoh.


pesananringkas : maaf andai yang terasa.

terus doakan aku, restui aku. :')



buat ibu tercinta,
Selamat Hari Ibu.

kupohon doa restumu sampai akhir hayatku. 
tanpa ibu dan ayah, tiada lah aku.
tanpa ibu, siapalah aku.


ibu,
yang banyak berkorban.
yang banyak rasa peritnya hidup,
yang banya rasa pahitnya derita,
yang sangat kuat jiwanya melawan pahit maung kehidupan.

(erkk. tak boleh tulis banyak-banyak. kang lagi sedih)


acik sayang ibu.

doa tidak putus,
cinta dan sayang,
hingga hujung nyawa,
anakmu, acik.
:')


pesananringkas : selamat hari ibu kepada ibu, mama, mummy, ummi, mak, seluruh dunia. dan tidak lupa, kepada bakal-bakal ibu juga! :')


Sabtu, 8 Mei 2010

pertama. (??)

tajuk entry agak-agak rasa macam apa heh?
kalau sebelum sebelum ni selalu mintak anna carikan inner syria sebab anna suka shopping online. semua nak online, cari shawl online, cari baju online, cari jodoh online.. erkkk. ok ok tak tak. cari jodoh setakat ni belum lagi. kan anna kan??

tadi pergi pasar malam, tanya jiran aku, eh mana nak cari inner syria eh?
mula-mula pergi satu kedai ni, cari dan cari, tapi hampa, inner dah habis. ok, abaikan. mungkin tak ada rezeki nanti ada lah kat tempat lain boleh beli. kan kan kan?

lepas tu jalan-jalan kat pasar malam., terus jumpa satu gerai ni jual inner syria..
yezzaaa..
2 warna, rm8, 3 warna, rm10.

aku pilih warna hitam kelabu.
mintak kurang harga rm7.
mula-mula pakai, kot. cantik ke, tak ke, lantak pi laa...
ok, siapa gelak, aku sefak vontot. 

pesananringkas : ibu, esok baru acik buatkan cucur udang, yo.
see,, punya lah sedap cucur udang ai, bukan takat lecturer je yang puji, malah ibu ai pun nak ai buatkan selalu.. :p

YOUTH'10 Malaysia's largest youth festival. terbesar punyaaa..

sebelum-sebelum ni, kalau tengok iklan pasal festival semua, hanya pasang angan-angan je lah nak pergi.
kalau pergi pun, dalam mimpi sajo lah. tu pun kalau sampai. tapi biasanya tak sampai, tersesat di tengah jalan, katanya.

tapi bila aku tengok iklan pasal youth festival tahun ni, macam best lah pulak.
rasa macam nak pergi sangat, ok. lagi-lagi time cuti. memang masyuuk kot kalau pergi.
dah lah waktu gatsby hari tu pun aku hanya lah berangan je sampai sana. apa ko gilo nak pergi sana time study week? dah lah jauh, tengah pokai pulak tu. poket memang kering hais lah kan.
dan tiba-tiba aku rasa sekarang macam terkinja-kinja nak pergi youth festival ni. largest youth festival kat malaysia ni, ok.
apa kata ramai-ramai pakat pergi.
banyak aktiviti yang best-best kot.
dan bagi aku yang minat basketball ni, memang lagi waaa tak sabarnya nak join... gituuu.

siapa-siapa yang rasa muda belia boleh pergi.
peringkat umur dia antara 15-35 tahun. tapi yang tak ada dalam lingkungan umur tu pun boleh pergi apa.
maksud aku, yang masih muda atau pun still awet muda pun boleh join apa..
tak ada nya dorang nak tangkap pastu halau syuuuh syuuhhh anda tak dibenarkan masuk, hanya untuk umur ini sahaja. ok kalau anda menghadapi masalah sedemikian, bagitau aku, ku pergi tumbuk. dush dush dush.

ok, tak payahlah kita bercakap panjang, antara aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut;
1. battles of the band 3
2. fashion bazaar
3. 3 on 3 basketball challenge
4. youth'10 foosball tournament
5. youth'10 public speaking
6. photography competition
7. yoyo and kendama performance (discovery festival)
8. cosplay
9. the biotherm extreme street dance challenge 2010
10. didgerido @ youth'10
11. raj ridvan on social entrepreneurship @ youth'10 conferences

erk. dan banyaaaaak lagii. anda boleh klik di sini untuk tengok aktiviti-aktiviti yang menarik berserta jadualnya sekali.

bila festival ni akan diadakan?
28-30 mei 2010 di pwtc. jom pakat pergi ramai.

oh ya!
ada magic, ok. kau klik sini, nanti boleh dapat tiket masuk for freeeeeeee.

jom kita pergi ramai-ramai, pakai jcantik-cantik ke..
mana tau jumpa jodoh kawan baru ataupun blogger kat sana nanti?
jangan lupa tegur, okkk.


:)

Jumaat, 7 Mei 2010

rumah itu home.

kenapa orang tak sabar nak cuti semester?
sebab boleh balik rumah selain daripada tak payah nak tension tension mengadap buku sebentar, dan tak payah nak tension tension nak hadap orang-orang yang tertentu barangkali?? opsss.

ok ok.
sampai je rumah petang tadi terus ngaaapp makan nasik banyak-banyak.
dah lama okkk tak makan ibu masak.. bila dah ngadap masakan ibu, apa lagi, memang tak ingat dunia gituu. diet pun memang hancuss lah kan. harus diabaikan sajo.


letiihhhh ok.
kalau dulu aku suka je bab-bab berjalan jauh ni.. nak-nak time singgah rehat kat mana-mana hentian rehat.
tapi sekarang, jadi macam kurang suka. fenaat okk. rasa macam haih lama lagi ke nak sampai ni.. aku dah tak tahan pening mabuk semua niii...
mungkin sebab tak ada teman nak berbual, terus perasaan mabuk rasa macam nak muntah itu ada.
harap-harap, cuti ni best lah.
cuti kali ni memang banyak jemputan kahwin tunang semua. sukeeee.
dari dulu lagi tak tau kenapa aku suka makan nasik minyak orang kawin. nasik minyak orang kawin je tau. nasik minyak orang jual kat kedai tu aku tak minat nak jamah, cuma nasik minyak orang kawin sajo. kenapa heh? adakah sebab jodohku hampir tiba??? erkk. tapi macam mana, calon pun tak ada lagi. hadoiii.
bila nak kawinn niiii... (gatal okkk. oppss. ai memang kadang-kadang gatal. :p )

untuk cuti ni jugak, kepada cousin aku, cepat laa balik... kita jalankan projek kita sama-sama. grrrr. tak sabar okk. ahaha

pesananringkas : wan, kali ni kita macam tak sempat nak jumpa je. ko gerak bila weh?  nanti kat sana jangan lupa belikan aku ole-ole. aku nak yang spesel punyaa. ko bagitau lah bila ko gerak, mana tau kot-kot aku boleh hantar ko ke? lagi satu, bila nak speaking mandarin ngan aku ni???? ececece.




jengjengjeng.
dah lama tak letak gambar kan kan kan??
*angkat-angkat kening*

:p

Khamis, 6 Mei 2010

dah lama tak update, tiba-tiba rasa macam terus tak reti nak update. ok, pentipu.

sebab lama tak update, hari tu sebab konon-konon nak focus on last paper, 4 may hari tu. mana tak kena focus, 4jam kredit, okey. padahal, macam focus lah sangat, main-main je lebih. apa nak jadi ni fatin...
dan sebab final exam dah habis, maka sepatutnya hari untuk bergembira horey exam dah habis, merdeka!
untuk result yang akan diterima kelak, aku just kena prepare for untulk kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, yang aku sendiri boleh agak.
ibuku, maafkan anakmu ini. T__T

aku pun tak tau nak update pasal apa dah. sebabnya, hati dah sedih menggila. sebabnya, ayah yang katanya nak datang ambil aku hari ni, tapi postpone akan dtang jemput esok. walaupun sebenarnya aku macam dah boleh agak perkara tu yang aka berlaku, tapi stilllll macam sedih gilaa. orang lain mostly dah balik, tapi aku kat sini kebosanan. lagipun, baru bercita-cita dapat tidur rumah malam ni, terus hancur berkecai.
barang banyak, sebab tu still menggedik nak ayah jemput. ehehe.
harapnya, esok ayah tak postpone lagi. T__T

broadband pun hampeh, line lambat macam siput. siput pun lagi laju okk. siapa tak baran nak online. kang tengah syok-syok kau tengah loading tiba-tiba failed. memang meroyan. nasib baik ada wifi. ada hikmah jugak balik lambat ni, orang ramai tak ada, jadi wifi pun jadi laju.


pesananringkas : entry adalah macam nak makan selipar. maaf, ya.

pesananringkassendiri : sesi qada' terjah semula akan bermula. :)

Ahad, 2 Mei 2010

taylor swift asia. mesti tengok. [18 tahun ke atas sahaja]

aku taktau la kalau ada yang pernah tengok video ni, tapi aku tak tau lah nak komen apa. tapi serius memang best. erk. tapi best ke?
paling tak tahan, waktu tengok ni, nani siap gelak sampai jatuh katil, ok.

arip hantar video ni, katanya buat hilang tension waktu exam.
memang hilang tension, ok.

malas nak cakap banyak-banyak.
zassssss.


pesananringkas : lepas ni dah tak payah nak pergi jauh-jauh tengok taylor swift. ekeke

pesananringkaslagi : jangan tanya aku tempat ni kat mana, tapi macam orang asia kan?

video

Sabtu, 1 Mei 2010

ragam penjual makanan. (melayu dan islam)

peringatanawal : entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa. tidak berniat untuk mengeji. cuma sekadar berkongsi pengalaman.

tu peringatan awal, aku dah bagi kkk... aku tak nak kang ada orang terasa ke, kata aku mengutuk ke.. kata aku potong selera dorang nak beli makanan kat mana-mana kedai ke.. tapi, aku rasa, ada je antara siapa-siapa yang pernah lalui pengalaman macam aku jugak.
ala. pengalaman beli makanan ngan penjual yang buat makanan tak berapa nak bersih, tapi kantoi bila kawan atau kau sendiri yang nampak kekotorannya.

ibu aku pun jual makanan yang mana ibu terima tempahan siapa-siapa nak biskut raya? karipap frozen? ok, dan lain-lain frozen food. terbaikkk okk. ( sekarang, siapa-siapa yang rasa berminat nak order, oleh tinggalkan pesanan )hihi.
kiranya, time cuti, aku lah pekerja terbaik ibu. aku lah pekerja contoh ibu.. ececece.
waktu buat kerja, ibu selalu pesan, kebersihan kena jaga. sebab buat kat rumah, hal-hal berkaitan menutup kepala agak aku ambil ringan, tapi ibu selalu marah aku 'acik! tutup kepala!!' (high pitching, okk. terus buat aku zaassss pakai anak tudung pun jadik. sebab kata ibu, nanti masuk rambut.)
dalam bab-bab menyediakan makanan ni, ibu memang cerewet. semua memang nak bersih, semua memang nak kemas. cuba kau bayangkan, tang kelim karipap pun ibu baru kasi aku buat tahun lepas, sebab aku buat tak cantik. ibu takut rang tak ada selera nak makan sebab aku kelim buruksss sangat. okk fineee. lagi lah aku suka. pekerja pemalas macam aku ni lagi lah happy huray huray bila kerja yang aku kena buat sikit sajo, tapi aku tetap claim gajii. haha
dah kata gnetik tu dah macam cerewet, dah tu pulak memang diasuh dari kecik, jadinya aku pun cerewet lah jugak dlaam bab-bab memasak ni. yang lain aku malasss. bila time masak, kalau pegang benda lain selain dari peralatan masak je, terus basuh tangan. kalau sepuluh kali aku terpegang benda lain, 10 kali lah jugak aku basuh tangan. telur yang kau nak masak tu pun, ibu suruh basuh, guna sabun okkk. motip basuh telur sebelum guna?? habis tuu, kau sanggup makan taik ayam yang melekat kat kulit tu menceceh masuk dalam masakan kau? lepas tu tangan yang lepas pegang telur, kau pegang makanan lain pulak, pastuu ngaaap masuk mulut. eeeee.
aku ingat lagi, waktu arwah nenek aku ada, setiap kali nak suruh aku beli roti telur kat kedai, mesti nenek aku suruh aku bawak telur yang dia dah basuh. waktu bisnes week hari tu, aku kena gelak okk sebab basuh telur guna sabun. salahkan ibu aku cepat! haha

okk. skippp mukadimah yang panjangg gila.
sampai aku tak tau apa motip mukadimah sepanjang tu. eceh.

aku cuma nak share kata orang putih, tang pengalaman sepanjang aku membeli makanan. (dah tak tau nak letak ayat macam mana.)

kes 1 : ada satu hari, aku ngan anna pergi beli nasi air dekat pasar malam. dah habis makan semua, tiba-tiba roommate anna ni cerita. wani ni memang nak beli nasi air jugak. mengidam gamaknya. tapi malangnya, waktu dia nak beli nasi air, makcik yang jual tu tengah duduk rehat sambilllll GARU BETIS. kebetulan wani nampak.  pastu ada customer ni sebelum wani sampai, order nasi air ke, mi sup aku lupa lah. lepas tu, kau tau mak cik tu buat apa? makcik tu terus ambik daging guna tangan lalu memotongnya, TANPA membasuh tangan terlebih dahulu. kau sanggup makan? entah-entah apa yang terlekat kat kuku ke, tangan ke... eeee. dah tu, kau nak tunggu turn beli makanan lagi? kalau aku, pusing, angkat kaki okkk. tak sangguuuupppp. bila wani cerita jek, teruss aku ngan annnaa nak geli mat mat mat rasa macam nak muntah.
ok, itu kes satu, yang mana, secara keseluruhannya, makcik tu garu betis >> tak basuh tangan >> sediakan makanan.

kes 2 : waktu kat matrix dulu, aku ngan roommate aku suka beli makanan dekat satu kedai kat kafe ni. makanannya, sedap dan murah. dekat kafe tu, ada tiga orang yang bekerja. 1. makcik tukang masak. 2. akak tukang kasi/hulur barang kat makcik tu time makcik tu masak(cth : mi) dan jaga cashier. 3. abang buat roti john. suatu hari, roommate aku nak beli makanan. lepak lah kat depan kedai makcik tu. waktu tu, akak tu tengah rehat-rehat dekat kerusi sambil masyuukk KOREK HIDUNG. tiba-tiba ada customer nak beli mi sup, akak tu tanpa membasuh tangan lalu mencekau mi lalu memberikan kepada makcik yang tengah masak tu, TANPA membasuh tangan. roommate aku apa lagi, menceceh lah pulang ke bilik tanpa membawa makanan dari kedai makcik tu. dan pernah jugak satu malam tu, aku nampak abang tu dah bagus, tertib sediakan bahan-bahan nak buat roti john semua, tapi sekali, garu hidung pulak dah pastu terus pegang roti, juga tanpa membasuh tangan. hadoii.. apa lah malang nasibku.
daripada kes 2 ni, kesimpulan yang dapat dibuat, pegang/korek hidung tanpa membasuh tangan lalu menyediakan makanan.

kes 3 : ibu banyak kali pergi kursus. pasal marketing lah, packaging lah, itu lah, ini lah. suatu hari, aku bagitau ibu yang aku rasa nak makan roti canai. lepas tu, ibu terus cakap, ' eeeii. ibu lebih rela buat roti canai sendiri lah. geli nak makan orang lain yang buat.' aku pun tanya lah kenapa. ibu pun, cerita lah. wakttu pergi kursus hari tu, pensyarah tu ada cerita pasal ada customer cina ni filekan saman kepada orang jual roti canai tu. tapi ni hal kecik lah, tak ada lah sampai nak kecoh masuk paper semua bagai.
cerita pasal customer cina tu macam ni. dia pergi makan roti canai. dan penebar roti canai tu pakai cincin. waktu bekerja, penebar roti canai tu sakit perut ke apa ntah, pergi lah toilet. lepas tu, sambung kerja balik. dah tu, bila customer tu tengah enak menjamu selera, tiba-tiba ada cebisan tahi kat roti canai dia tu. terus filekan saman ke, ebih kurang gitu lah. bila aku cerita kat wani, wani pun cerita yang ada lecturer kat sini pun pernah kena kes macam tu jugak dekat sini. weyyy. kat sini ada 3 buah je kedai yang jual roti canai. dah lah aku pun selalu lah jugak makan roti canai kat satu kedai ni. jangan lah kedai tu.
so, kesimpulan daripada kes 3, sebelum kau nak beli roti canai, perhatikan dulu keadaan penebar roti canai tu, pakai cincin ke tak.. dan sebagainya.

ok, konklusinya, kalau aku tak nampak apa yang berlaku di sebalik tabir tu tak apa. ini kalau dah nampak, even dengar cerita sekali pun, memang tak dapat nak nolong lah kan. dah tu, makanan yang kau makan akan jadi darah daging kau jugak. tak sangguuupp ai.
itu belum cerita pasal mandrem yang guna barang kotor semata-mata nak kedai laku lagi. hadoi.
ibu selalu pesan kat aku time aku kerja ngan ibu waktu cuti. kita nak jual makanan ni, kena jaga kebersihan, kena bersih-bersih. tak baik buat kerja kotor-kotor. nanti waktu akhirat, kat padang mahsyar nanti, orang yang beli makanan ngan kita akan datang kat kita tuntut bla bla bla. aku dah lupa.

jadi, pendapat aku, tak payah nak mandrem-mandrem. kalau makanan kat kedai kau sedap, orang akan cari jugak makanan kat kedai kau.
lepas tu, kebersihan tu memang kompom-kompom kena jaga. cuba kalau kau pulak yang duduk kat tempat orang tu. apa kau rasa?
mungkin kau sanggup je kot makan sebab kau pun macam tu. erkkkk.


nasib baik pagi tadi tak gigih pergi library.
lupa hari ni cuti sempena hari pekerja. 
ngehngehngeh.