Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 13 April 2010

study week=minggu nescafe+cirit birit

bilamana tiba nya minggu belajar, yang mana bahasa omputihnya study week, maka akan terlihatlah semua orang pun nak mengadap buku. semua pulun tidur lambat.
yang tak biasa minum nescafe macam aku ni pun sedaya upaya beli nescafe sebab kunun-kunun boleh tahankan mata untuk stay up sampai selewatyang mungkin.
padahal sebelum ni, bukan tak pernah tidur lambat. tapi kau faham-faham aje lah kan, bila ngadap buku je, kepala tiba-tiba jadi berat.
bila ngadap buku je, tiba-tiba rasa tak sedap badan.
bila ngadap buku je, tiba-tia rasa macam huh penat sungguh hari ni.

kemudian, apa lagi, terus bungbang terbaring atas katil. lalu zzzzzzz.

sebab tu, pengambilan nescafe difikirkan agak membantu dalam bab-bab nak stay up ni semua.
kang kalau tak ada nascafe maunya tidur awal tiap-tiap malam. oh, cannot be, cannot be. mau nya nanti bangun lalu menyesal sampai huaaaargggg kenapa aku tidur lama sangat. padahal selama ni tidur kemain lama  jugak, tapi sebab dah namanya study week, minggu belajar, maka kalau tidur lebih rasa macam nak menendang. lepas tu, mula lah rasa macam omaigod, omaigod, macam mana ni banyak lagi tak ulangkaji sempat ke ni lama-lama semput jugakk. ahhaha.

jenis aku ni, aku tak ajar sangat kalau nak stay up minum nescafe. sekarang je lah..
sebab nya, pernah jugak dua tiga kali aku minum nescafe kadang-kadang sampai fening-fening loya-loya gituu. lepas tu sakit perut semua. beberapa kali lah jugak, tapi tak insap-insap, tapi lama-lama tension lah jugak sebab macam tak boleh nak menikmati hidup sepenuhnya bila sakit-sakit ni. memang lah sakit ni ada hikmahnya, tapi bila sakit tu kita yang cari pasal macam mana pulak kaedahnya? kemudian, bila dah banyak kali sangat minum nescafe, kang lama-lama dah terimune kat badan aku, langsung tak berkesan untuk aku nak stay up pastu minum nescafe. membazir tenaga buat nescafe satu hal, meng-dehydrate-kan air dalam badan aku satu hal. lepas tu, tetap mengantuk langsung tak sempat nak stay up, tapi siap boleh tidur kekenyangan.

tapi bila datangnya minggu belajar ni, aku beli lah nescafe. cadang-cadang kalau tak boleh tahan ngantuk, boleh layan nescafe sekejap. dengan harapan boleh segarkan minda, pastu bolehlah aku stay up study sampai jauh malam. dah kata minum nescafe(kafein) boleh dehydratekan badan, pagi-pagi terus bergegas ke toilet labur saham. kalau sekali tu tak pe lah, ini kalau lebih dari sekali untuk aku berkejar ke tandas, macam tak ada kerja lain nak buat dah.

sebenarnya, keseluruhannya, aku nak kata yang hari ni aku kena cirit-birit sebab minum nescafe semalam. :D


pesananringkas : tak ada.

Tiada ulasan: