Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 1 Mei 2010

ragam penjual makanan. (melayu dan islam)

peringatanawal : entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa. tidak berniat untuk mengeji. cuma sekadar berkongsi pengalaman.

tu peringatan awal, aku dah bagi kkk... aku tak nak kang ada orang terasa ke, kata aku mengutuk ke.. kata aku potong selera dorang nak beli makanan kat mana-mana kedai ke.. tapi, aku rasa, ada je antara siapa-siapa yang pernah lalui pengalaman macam aku jugak.
ala. pengalaman beli makanan ngan penjual yang buat makanan tak berapa nak bersih, tapi kantoi bila kawan atau kau sendiri yang nampak kekotorannya.

ibu aku pun jual makanan yang mana ibu terima tempahan siapa-siapa nak biskut raya? karipap frozen? ok, dan lain-lain frozen food. terbaikkk okk. ( sekarang, siapa-siapa yang rasa berminat nak order, oleh tinggalkan pesanan )hihi.
kiranya, time cuti, aku lah pekerja terbaik ibu. aku lah pekerja contoh ibu.. ececece.
waktu buat kerja, ibu selalu pesan, kebersihan kena jaga. sebab buat kat rumah, hal-hal berkaitan menutup kepala agak aku ambil ringan, tapi ibu selalu marah aku 'acik! tutup kepala!!' (high pitching, okk. terus buat aku zaassss pakai anak tudung pun jadik. sebab kata ibu, nanti masuk rambut.)
dalam bab-bab menyediakan makanan ni, ibu memang cerewet. semua memang nak bersih, semua memang nak kemas. cuba kau bayangkan, tang kelim karipap pun ibu baru kasi aku buat tahun lepas, sebab aku buat tak cantik. ibu takut rang tak ada selera nak makan sebab aku kelim buruksss sangat. okk fineee. lagi lah aku suka. pekerja pemalas macam aku ni lagi lah happy huray huray bila kerja yang aku kena buat sikit sajo, tapi aku tetap claim gajii. haha
dah kata gnetik tu dah macam cerewet, dah tu pulak memang diasuh dari kecik, jadinya aku pun cerewet lah jugak dlaam bab-bab memasak ni. yang lain aku malasss. bila time masak, kalau pegang benda lain selain dari peralatan masak je, terus basuh tangan. kalau sepuluh kali aku terpegang benda lain, 10 kali lah jugak aku basuh tangan. telur yang kau nak masak tu pun, ibu suruh basuh, guna sabun okkk. motip basuh telur sebelum guna?? habis tuu, kau sanggup makan taik ayam yang melekat kat kulit tu menceceh masuk dalam masakan kau? lepas tu tangan yang lepas pegang telur, kau pegang makanan lain pulak, pastuu ngaaap masuk mulut. eeeee.
aku ingat lagi, waktu arwah nenek aku ada, setiap kali nak suruh aku beli roti telur kat kedai, mesti nenek aku suruh aku bawak telur yang dia dah basuh. waktu bisnes week hari tu, aku kena gelak okk sebab basuh telur guna sabun. salahkan ibu aku cepat! haha

okk. skippp mukadimah yang panjangg gila.
sampai aku tak tau apa motip mukadimah sepanjang tu. eceh.

aku cuma nak share kata orang putih, tang pengalaman sepanjang aku membeli makanan. (dah tak tau nak letak ayat macam mana.)

kes 1 : ada satu hari, aku ngan anna pergi beli nasi air dekat pasar malam. dah habis makan semua, tiba-tiba roommate anna ni cerita. wani ni memang nak beli nasi air jugak. mengidam gamaknya. tapi malangnya, waktu dia nak beli nasi air, makcik yang jual tu tengah duduk rehat sambilllll GARU BETIS. kebetulan wani nampak.  pastu ada customer ni sebelum wani sampai, order nasi air ke, mi sup aku lupa lah. lepas tu, kau tau mak cik tu buat apa? makcik tu terus ambik daging guna tangan lalu memotongnya, TANPA membasuh tangan terlebih dahulu. kau sanggup makan? entah-entah apa yang terlekat kat kuku ke, tangan ke... eeee. dah tu, kau nak tunggu turn beli makanan lagi? kalau aku, pusing, angkat kaki okkk. tak sangguuuupppp. bila wani cerita jek, teruss aku ngan annnaa nak geli mat mat mat rasa macam nak muntah.
ok, itu kes satu, yang mana, secara keseluruhannya, makcik tu garu betis >> tak basuh tangan >> sediakan makanan.

kes 2 : waktu kat matrix dulu, aku ngan roommate aku suka beli makanan dekat satu kedai kat kafe ni. makanannya, sedap dan murah. dekat kafe tu, ada tiga orang yang bekerja. 1. makcik tukang masak. 2. akak tukang kasi/hulur barang kat makcik tu time makcik tu masak(cth : mi) dan jaga cashier. 3. abang buat roti john. suatu hari, roommate aku nak beli makanan. lepak lah kat depan kedai makcik tu. waktu tu, akak tu tengah rehat-rehat dekat kerusi sambil masyuukk KOREK HIDUNG. tiba-tiba ada customer nak beli mi sup, akak tu tanpa membasuh tangan lalu mencekau mi lalu memberikan kepada makcik yang tengah masak tu, TANPA membasuh tangan. roommate aku apa lagi, menceceh lah pulang ke bilik tanpa membawa makanan dari kedai makcik tu. dan pernah jugak satu malam tu, aku nampak abang tu dah bagus, tertib sediakan bahan-bahan nak buat roti john semua, tapi sekali, garu hidung pulak dah pastu terus pegang roti, juga tanpa membasuh tangan. hadoii.. apa lah malang nasibku.
daripada kes 2 ni, kesimpulan yang dapat dibuat, pegang/korek hidung tanpa membasuh tangan lalu menyediakan makanan.

kes 3 : ibu banyak kali pergi kursus. pasal marketing lah, packaging lah, itu lah, ini lah. suatu hari, aku bagitau ibu yang aku rasa nak makan roti canai. lepas tu, ibu terus cakap, ' eeeii. ibu lebih rela buat roti canai sendiri lah. geli nak makan orang lain yang buat.' aku pun tanya lah kenapa. ibu pun, cerita lah. wakttu pergi kursus hari tu, pensyarah tu ada cerita pasal ada customer cina ni filekan saman kepada orang jual roti canai tu. tapi ni hal kecik lah, tak ada lah sampai nak kecoh masuk paper semua bagai.
cerita pasal customer cina tu macam ni. dia pergi makan roti canai. dan penebar roti canai tu pakai cincin. waktu bekerja, penebar roti canai tu sakit perut ke apa ntah, pergi lah toilet. lepas tu, sambung kerja balik. dah tu, bila customer tu tengah enak menjamu selera, tiba-tiba ada cebisan tahi kat roti canai dia tu. terus filekan saman ke, ebih kurang gitu lah. bila aku cerita kat wani, wani pun cerita yang ada lecturer kat sini pun pernah kena kes macam tu jugak dekat sini. weyyy. kat sini ada 3 buah je kedai yang jual roti canai. dah lah aku pun selalu lah jugak makan roti canai kat satu kedai ni. jangan lah kedai tu.
so, kesimpulan daripada kes 3, sebelum kau nak beli roti canai, perhatikan dulu keadaan penebar roti canai tu, pakai cincin ke tak.. dan sebagainya.

ok, konklusinya, kalau aku tak nampak apa yang berlaku di sebalik tabir tu tak apa. ini kalau dah nampak, even dengar cerita sekali pun, memang tak dapat nak nolong lah kan. dah tu, makanan yang kau makan akan jadi darah daging kau jugak. tak sangguuupp ai.
itu belum cerita pasal mandrem yang guna barang kotor semata-mata nak kedai laku lagi. hadoi.
ibu selalu pesan kat aku time aku kerja ngan ibu waktu cuti. kita nak jual makanan ni, kena jaga kebersihan, kena bersih-bersih. tak baik buat kerja kotor-kotor. nanti waktu akhirat, kat padang mahsyar nanti, orang yang beli makanan ngan kita akan datang kat kita tuntut bla bla bla. aku dah lupa.

jadi, pendapat aku, tak payah nak mandrem-mandrem. kalau makanan kat kedai kau sedap, orang akan cari jugak makanan kat kedai kau.
lepas tu, kebersihan tu memang kompom-kompom kena jaga. cuba kalau kau pulak yang duduk kat tempat orang tu. apa kau rasa?
mungkin kau sanggup je kot makan sebab kau pun macam tu. erkkkk.


nasib baik pagi tadi tak gigih pergi library.
lupa hari ni cuti sempena hari pekerja. 
ngehngehngeh.


3 ulasan:

izzatt berkata...

wah2...bgusnyee artikel..besh...1st time bace blog sampai abis..heheh..kim slaam kat mak eh

miss anne berkata...

aiyak...paling x tahan kes ke 3

FatinSyahirah berkata...

izzat : tq. yelah, insyaAllah salam tersampaikan.

miss anne : tau xpe. adeh.