Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 12 April 2010

perempuan haid boleh berwuduk?

aku tengah tengok rancangan tanyalah ustaz.
hajat hati nak study bersempena study week di rumah, tapi tengah study, ibu pasang tv tengok tanyalah ustaz, sambil study sambil dengar lah. :)

tiba-tiba ada penonton yang call tanya ustaz.

soalan : bolehkah perempuan yang sedang haid berwuduk? misalnya saya berwuduk untuk menghilangan marah.

jawab ustaz : menurut hadis (tak pun melalui ulama', aku lupa), wuduk terhadap perempuan/wanita yang sedang haid ni tak bagi apa-apa kesan disebabkan haid yang sedang dialami (ye la, haid ni kan keadaan kita-perempuan sahaja, tengah kotor). jadi, kalau nak hilangkan marah, cuba buat perkara lain yang boleh menghilangkan marah seperti;
1) kalau sedang berdiri, duduk
2) kalau sedang duduk, baring
3) kalau ada kat tempat kejadian, beredar sebentar.

ataupun, boleh juga basuh muka. supaya lebih sejuk. sebab, menurut kajian, suhu orang yang sedang marah adalah tinggi. tak caya? cuba tengok orang yang sedang marah, kau tengok telinga dia, takpun muka dia je lah. pasti merah, kan? suhu dia automatik naik. haa.

tapi, aku rasa tak salah pun kalau nak ambil wuduk.. kan?

itu lah setakat yang aku dengar dan aku faham. wallahualam.
renung-renungkan, dan selamat beramal.
kalau ada salah atau silap, tolong tegur dan betulkan aku. :)

pesananringkas : agak-aak berinfomasi tak entry aku kali ni? sharing is caring.

pesananringkaslagitapitakdelahringkasmanapun : esok dah balik. wuaaaa. tapi nasib baik ayah hantar. ok, boleh relax-relax lagi. tak perlu gopoh gapah packing barang. huhuhu


kenapa sekarang ni aku rasa aku dah tambah warna kegemaran aku, hijau pucuk pisang, eh?
tapi janganlah menrisau, warna pink tetap disukai sepanjang masa. 
oh ya, tambah lagi warna merah dan putih. :)


5 ulasan:

djambu puadovich berkata...

abis tu, wuduk kan basuh muka sekali...adoi~

FatinSyahirah berkata...

haha. tau xpe. nnti tanya ustaz tu lagi.

Muryan Awaludin berkata...

Assalammualaikum....salam kenal...oh ya..saya juga suka warnanya

FatinSyahirah berkata...

muryan awaludin : waalaikumussalam.. salam kenal juge. :)

FatinSyahirah berkata...

muryan awaludin : waalaikumussalam.. salam kenal juge. :)