Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 11 April 2010

my favourite sport, bermaksud sukan kesukaan saya lah kan??

aku memang minat sukan.
tapi tak ada lah sampai lepas lahir je terus zzuuuupppppppp lari sana, zzuuuuppppppp lari sini.
tak ada lah jugak sampai aku berlari time keluar dari perut ibu.
kalau lah aku macam tu, sekarang ni aku dah berbangga gila-gila dapat catat rekod dunia. paling tidak pun, aku mungkin akan berbangga, kecil-kecil keluar dari perut ibu, berjaya mempengsankan semua jururawat dan juga doktor-doktor yang terlibat yang nak sambut aku keluar melihat dunia.
ok, fineee.. aku dah start merepek, kemudian ada yang tak fahamm....

dalam banyak-banyak sukan, aku paling suka sukan basketball, badminton, dan olahraga. pastu, tang sukan pingpong tu, kira aku suka lah jugak.
aku bersyukur sebab ayah ngan ibu hantar aku masuk sekolah cina waktu sekolah rendah dulu kala. itu pun sampai darjah 4 sajo. masuk darjah 5, aku dah dicabutkan masuk sekolah biasa. haih. sedih ok time tu kena tinggalkan kekasih ai. ok, pentipu di situ. ai sedih sebab terpaksa tinggalkan jejaka yang ai admire.
berbalik pada sukan yang aku suka, maksud aku, paling suka.. basketball.. kalau ibu ayah tak hantar aku masuk sekolah cina, maka dalam mimpi pun aku tak akan berminat nak main basketball. apatah lagi kat sini sukan basketball memang langsung tak femes, lagi lah aku takkan berminat. terima kasih ibu dan ayah sebab hantar acik masuk sekolah cina walaupun tak sempat nak bercinta.

walaupun tak berapa nak pandai main basketball, tapi bila tengok orang main, aku faham lah. tak macam bola sepak. aku langsung tak faham, ok. sampai aku tak faham kenapa lah orang sampai sanggup nak berperang pungpangpungpang sebab bola sepak. maksud aku peminat fanatik ya. bukan pemainnya.
tang pemain bergaduh tumbuk sepak dalam padang tu, aku faham lah. *eceh, macam pernah alami je??*

selain basketball, aku jugak suka badminton, dan juga olahraga. tidak lupa jugak pingpong, ya..
badminton, olahraga ngan pingpong juga aku start aktif since sekolah rendah. dan waktu tu jugak lah boleh kata waktu aku start nak tonjolkan bakat yang agak-agak malu-malu kucing nak timbul.
masuk sekolah menengah, terus zzuuussss zzaaassss zaaaasssss bersukan sana sini. kemudian injured itu ini.
ibu banyak kali bebel,ok. tapi apakan daya, aku ini anak yang jarang mendengar kata, kata gila sukaaannn...
waktu form5, ibu marah aku bersukan sebab waktu form4 aku banyak kali injured time olahraga. tapi aku gian nak bersukan, ok. dan badan macam terkinja-kinja terlompat-lompat nak bersukan. lalu aku bersukan senyap-senyap. nasib baik aku duduk asrama. kesudahannya, lepas kalah badminton ngan olahraga peringkat negeri dan dah injured sana sini dan sebab dah tak tahan sakit, baru aku bagitau ibu. bila ibu dah tau, kau faham-faham sendiri lah macam mana seksanya aku menahan telinga mendengar tarbiyah. huh.

tapi nak buat macam mana, ibu.. anakmu ini tidak serik dan tidak mendengar kata..
sukan FASA hari tu, aku masuk basketball senyap-senyap. dan tak sangka pula ada tragedi. itulah, tak dapat restu ibu..
*sampai hari ni pun ibu taktau aku masuk basketball. jangan bagitau ibu. aku dah cover lebam-lebam kat lutut baik punyaaa*



gambar ni aje aku ada. 
gambar lain tiba-tiba tak ada.
video tu ada, tapi taktau kenapa tak boleh upload pulak. grrrr.

 akhir kata, project alpha siri 2 dibawa oleh adidas action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS atau dalam bahasa omputihnya Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. 

pesananringkas : 1st time buat entry project alpha walaupun macam faham tak faham sajo.


4 ulasan:

dizzydude berkata...

waaahhh!!ping-pong sangat best..saya suka =)

Ismail Noh berkata...

Jom lawan badminton :)

FatinSyahirah berkata...

dizzydude : best kan? suka jugak.:)

ismail noh : ok, jom. set tempat bila dan di mana. :D (kompom aku kalah dulu. ekekeke)

alia berkata...

nak tanye, mcm mne nak post dkt twitter? tak faham la ;)