Rabu, 21 April 2010

malas dan rajin, biasalah, selalunya malas yang menang.

tajuk memang macam sadis nak nak makan pelempang gituu.
maaf, ya. aku tak ada niat nak tujukan kepada siapa-siapa. kata blog ni blog aku, aku tulis je lah apa yang aku nak tulis, dan selalunya apa yang aku tulis adalah dari hati aku dan selalunya dari pengalaman sepanjang hidup aku.. gituuu..
explain bukan main.. ye lah.. kang kalau ada yang terasa tak ke naya..

ok, tak perlu nak melancong melencong, fatin.
ok, fineee.. dah lama tak melencong tiba-tiba rasa nak melalut.
bukan lah apa, kata tengah minggu exam, sebab tu otak kadang-kadang ter-piangpiung sekejap.

ok, skip.
entry sekarang macam melalut meraban.
sebab bagai nasi tidak dimasak dek kehabisan beras, macam tu lah keadaan aku sekarang, nak buat entry baru tapi tak ada idea. lepas tu, refer tajuk, kemalasan nak ber-entry. ececece.

kenapa heh, bila tiba je malas, terus malas nak buat keje lain.
nak-nak bila dah tiba minggu exam ni, semua kerja rasa macam malas nak buat.
kunun-kunun takut berlaku pembaziran masa nak study sampai rasa macam tak sempat nak basuh baju, nak makan, nak minum, nak tidur. ok statement itu agak pentipu dan bagai memohon diberi pelempang gituu.

ok lah, tia-tiba dah tak tau nak melalut pasal apa.
jadi kita biarkan entry tergantung untuk kali ini. (eceh, pernah ke entry aku tak tergantung? ok, sila abaikan.)


pesananringkas : 3 paper lagi. yeaahhhh. ( eceh, macam dah well prepared gila. padahal dah tergigil-gigil sebab 3 subjek tu semua macam wuaaaaa macam mana ni semua susah... - macam biasalah, gelabah tu dah sinonim)



pesananlagi : perasaan adalah seperti rumit untuk dimengertikan. (tiba-tiba berjiwa pulak daahhh. exam, fatin. focus! focus!)


7 ulasan:

Sylarius berkata...

Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.

mcjust.lol berkata...

malas? tu salah satu penyakit paling tegar dalam diri setiap insan. hehehe.

p/s: lawa baju corak loreng-loreng. beli mane? :D

LUKISAN PENA berkata...

malas vs rajin..
rasanya malas lagi ramai peminat...malas lebih famous...
hehe...

gudluck 4 exam..

anastasyea berkata...

jangan la malas-malas lagu tu... kena rajin tau.. baru leh berjaya

eNaSaN berkata...

jgn malas2...hik3..



all the besT...(^_^)

✿ shuhada berkata...

i pun ada penyakit malas! sighs!

FatinSyahirah berkata...

Sylarius : betul tu.. :)

mcjust.lol : betul tu. memang tak ada ubatkah?

beli kat kb mall. hii

LUKISAN PENA : thank you. :)

anastasyea : tu lah. sekarang tengah melawan penyakit malas. :)

eNaSaN : terima kasih :)

shuhada : sama-sama lah kita membanteras penyakit ini. :))