Selasa, 27 April 2010

kenapa kelkatu ada bila pasang lampu?

esok merupakan exam bagi paper genetics. cuak di situ.
bila dah cuak, mulalah rasa macam baca apa pun eh apa ni eh apa tuu. gelabaaaahhh.

bila bagitau ibu cuak sebab nak exam,
ibu mesti cakap,
"ha.. doa banyak-banyak. sebab cuak tu lah nanti tak boleh nak jawab lah apa lah.."

ok fineee..
lepas tu setiap kali masuk dewan, atau waktu on the way nak pergi exam, mesti kena call ibu mintak suruh doa. kang kalau tak call mula lah rasa macam tak best time jawab exam. serius.
lepas tu, ibu yang macam lebih gabra pulak. tiba-tiba aku rasa aku cepat gelabah sebab genetic. kuikuikui

eh, salah simpang pulak fatin ni.
tajuk pasal kelkatu, tapi ape jadahnya cerita pasal exam. 
tapi kata tengah exam, selingan pasal exam tu haruslah ada supaya aku macam tak lupa diri sekarang tengah exam. haa... gituuu..

setelah sekian lama berpanas, hari ni hujan yey!
dari malam semalam hujan bagai tak berhenti, ok..
jadi, semalam dapatlah aku tidur berselimut dengan nyenyak.. hihi
bukan semalam sajo, sampai satu hari ni pun banyak tidur je kerjanya.. (eh, sebelum ni macam lah kurang tidur. ekekeeke)
tapi, time-time ni jugak nak banyak kelkatu kan?
dalam toilet tu tak payah cakap lah.. memaaaang banyak. yang dah mati lah. nasib baik lah ada toilet yang lampu rosak, so, tak adalah sangat benda alah tu nak terbang sana sini. kang tak pasal-pasal aku tak tenang nak melabur.

tengah sibuk-sibuk cakap pasal kelkatu,
roommate aku, ida, pun memulakan hikayat mengenai kenapa kelkatu ni suka lampu terang-terang..
katanya, cerita orang dulu kala.. tapi ni lah first time aku dengar..

begini ceritanya.. 

kelkatu ni mempunyai impian yang sangat besar, iaitu dorang nak sangat naik ke langit..
tapi kau tengoklah sayap nya macam mana.. mudah tanggal kan?
dan cuba kau kira jarak antara busut tempat dorang tinggal dengan langit, agak-agak dengan keadaan sayapnya yang mudah tanggal, boleh sampai tak ke langit nun?
sebab tu la.. bila dorang nampak lampu je, terus pergi ke lampu tu sebab dorang fikirkan dah sampai langit dan bulan serta bintang, rupanya lampu sajoo..

haaa.. macam tu lah kisahnya..
sadis jugak.. tapi nak buat macam mana.. impian masih belum menjadi nyata..
sebab tu lah malam-malam, bila bukak lampu, bayak je kelkatu, tapi bila tutup lampu, yilek, tiada satu ekor pun.. haa.. itu lah logiknya..

kot-kot siapa-siapa ada cerita lain pasal kelkatu ni??


tiba-tiba teringat dulu waktu kecik-kecik, time kelkatu ada banyak kat lampu, ayah mesti gantung lada dekat lampu tu, lama-lama kelkatu tak ada. pedas barangkali??

orang kata, kelkatu bagi petanda rezeki murah??

haih, macam-macam.




ini je yang dapat snap.
:D

pesananringkas : tiba-tiba rasa macam nak makan kfc. siapa-siapa mahu belanja? ngehehehe.



5 ulasan:

cik eykameow :) berkata...

HAHA menarik lah , bru twu nme binatang tu kekaltu :P

Alynn Notnot berkata...

exam genetic gua susah gilaaa T^T

Sky8Men berkata...

ya..skang musim kelkatu..byk yg amat mngganggu jgk kdg2...uuhuhu...

FatinSyahirah berkata...

cik eykameow : sama lah, pun baru tawu hikayat kelkatu. :p

Alynn Notnot : exam genetic gua hari tu jawab macam piangpiung. grrr

Sky8Men : tau xpe.. apa kata gantung lada kat lampu??

Sky8Men berkata...

xjd jgk..nt dorang pedas..dorang xhurung lampu..dorang p hurung air plak..hahaha....