Jumaat, 23 April 2010

jangan!!

fatin ni, tiba-tiba nak cakap pasal politik apa hal?
mimpi apa ni??

aku bukanlah jenis yang suka nak cakap pasal politik.
sebab, pengetahuan aku dalam politik. yilek. zero.
kalau ada pun, setakat dengar-dengar dari orang lain, dan baca dekat mana-mana media massa.
tapi, boleh percaya ke dengan media semua?
kompom-kompom ada yang tersembunyikan. siapa nak pecah belang weh, kang tak pasal-pasal periuk nasi kau ditutup.
jadi, aku tak ambil tau pasal politik, dan minat ke arahnya tidak terpupuk. titik.
jadi, senang cerita, aku tak sokong mana-mana. (boleh ke macam tu??)

minggu exam ni, minggu yang memang men-tension-kan jiwa.
memang minggu yang mana aku belajar sampai aku pun dah tak tau nak belajar apa. (ye laa.. kata study last minit)
memang minggu yang buat aku rasa nak tidur memanjang. kata otak letih sebab terlalu banyak digunakan untuk hafal semua.

dan semestinya minggu yang buat aku rasa macam, apa kata relax sebentar, kita ber-blogwalking dahulu.
dan bila dah blogwalking, macam-macam blog aku jumpa.
dan salah satunya blog pasal politik.

politik bagi aku,
tidak aman pada penglihatan aku.
tidak aman dalam jiwanya, para pemimpin itu.
dan sepeti biasa, yang menjadi mangsa, rakyat nya.

aku taknak komen lain.
tapi aku cukup tertarik dengan komen yang ni yang aku jumpa dekat che det.

klik kepada sesiapa yang tak boleh nak baca, untuk besarkan image berkenaan.
dah tu, kalau aku letak pendapat aku dalam blog, pastu kalau ada orang lepas geram kat luar blog macam mana??

konklusinya, setiap manusia itu, wujud emosi dalam jiwanya. lelaki mahupun perempuan, kerana manusia itu sama sifatnya. cuma yang membezakan, negatif atau positif emosi tersebut. kalau tak kerana emosi, takkan ada rasa bersalah, takkan ada rasa sedih, takkan ada rasa marah, takkan ada rasa gembira. jiwang dan gila kuasa itu juga emosikah? erkk.



pesananringkas : dulu kala kecik-kecik time tak tau pape, pernah verangan nak jadi ahli politik. verangan je lebihhhh.... kehkehkeh

pesananringkaslagi : aku pun tak faham apa motif aku tulis entry ni. haih.

2 ulasan:

Fia Abas berkata...

dunia politik mmg mcm2 hal hehe =)

FatinSyahirah berkata...

Fia Abas : betul-betul. tak faham betul.