Jumaat, 16 April 2010

haramnya rokok. ada darah babi rupanya.


sebab hari ni hari jumaat, entry haruslah sedikit berinformasi dan berguna, di samping sopan dan berhemah.
tapi, penggunaan babi di atas bukan sebab mencarut, ya. dah memang nama dia babi, nak buat macam mana. dan sejak akhir-akhir ni kecoh cerita pasal filter rokok yang agak sinonim dengan darah babi ni.

ok, finee.. aku macam lambat tau pasal ni. aku tau pasal ni pun time pergi kenduri tahlil arwah atuk saudara aku time balik rumah hari tu.

malas pulak nak cerita panjang-panjang.
baca kat sini je lah.

oleh yang demikian, saya menyeru agak perokok-perokok tegar sekalian agar berhentilah merokok. ustaz ustazah dulu-dulu ajar apa hukumnya yang berkaitan dengan babi? haram... pandai.. :p

pesananringkasuntukadik : tak payah nak tunggu umur 40 tahun baru nak berhenti merokok. aku takut kang tak sempat 40 tahun macam mano? rentetan cerita 40 tahun;

adik : ibu, dulu ayah pernah hisap rokok kan?
ibu : ya..
adik : dulu, ayah berhenti merokok time ibu ngandungkan adik kan?
ibu : ya.. kenapa nya?
adik : waktu tu ayah umur berapa?
ibu : nak masuk 40tahun gitu lah.. kenapa?
adik : kalau macam tu, umur 40 tahun baru adik berhenti merokok.

aku paangggg jugak kang adik aku sorang ni. hadoi. sekarang umur 19, maknanya lagi 21 tahun ko nak merokok la ye? haih.


pesananringkas : makin dekat nak exam, makin tak tau nak belajar apa, tak tau nak belajar yang mana satu dah.. biasa lah.. hormon gelabaaaah berlebih-lebih.

pesananlagi : teringat dulu kala.. time kelas agama islam.. ustaz pernah cakap.. "sian babi.. kamu gaduh ngan kawan ke, langgar meja ke, panggil kawan ke, tersadung ke.. semua babi yang kena.. padahal babi tak bersalah pun.. tak kacau hidup kamu pun.."

kuikuikui

babi jugak yang untung, tak merokok, gigi putih bersih. 
perokok tegar yang mana dalam filter nya ada darah babi, gigi memang berbeza.

ok, sekarang cuba bandingkan. 

apa yang bestnya merokok ni heh?
aku yang bau asap rokok pun dah pening. haih.

6 ulasan:

yumme berkata...

kne samak screen pasni.. :DD

FatinSyahirah berkata...

yumme : ekekeke.

zayani zidane berkata...

dah bitaw kawan2 laki pasal ni..semua ckp tu lawak april fool lah,kat oversea jelah.mcm2 alasan..haihhh

FatinSyahirah berkata...

zayani zidane : tak dapat nak terima kenyataan lah tuh. haih.

fndrocka berkata...

wah..takt ahu lak pasal darah babi tu..ketinggalan gak aku ni rupanaya..mana dpt info?reliable eke

FatinSyahirah berkata...

fndrocka : mula2 dengar time balik rumah waktu study week, pastu jumpa kat blog org lain, pastu dpt lak link kat brit harian. tu lah. aku pun sama ketinggalan.