Jumaat, 26 Mac 2010

takziah buat keluarga allahyarham mejar zulrihan. alfatihah buat allahyarham.

tengah aku syok duk layan youtube tengok video basketball, (basketball lagi) tiba-tiba classmate aku farah suruh tengok pasal pesawat yang buat pertunjukan kat uum terhempas.


farah : weh weh. ko tengok lah video pesawat yang buat pertunjukan kat uum terhempas. tadi kawan aku kat uum call beria-ria suruh aku tengok.
aku : ok..

aku tengok, dan sememangnya ngeri.
tiba-tiba persoalan timbul kat dalam benak fikiran.

apa yang berlaku sebenarnya kat pilot tu ye?
macam mana boleh berlaku?
apa yang dia rasa eh? nak mintak tolong ngan orang lain pun, memang orang tak dengar lah kalau jerit mintak tolong sekuat mana pun. kalau aku kat tempat allahyarham, pada Allah saja aku memohon. sudah pasti allahyarham juga begitu.
aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kat tempat allahyarham.
alfatihah.. semoga allahyarham dicucuri rahmat ke atas rohnya.

kita tengok video ni dulu.



ngeri kan?

kalau aku kat tempat student uum ni pun, aku akan sorak macam tu jugak time tengok pertunjukan tu.
ye lah, aku ni jakun tak pernah nak tengok pertunjukan ni. kalau pernah pun, boleh kira dengan jari. tu pun aku dah lupa.
tapi, bila kejadian ni berlaku depan mata sendiri, memang sedih. memang menggerunkan.
tak tau nak cakap macam mana.
tapi kalau kejadian ni berlaku kat aku or any family members of mine, mesti sedih gila.

tak tau salah siapa.
kita tak tau apa yang berlaku sebenarnya.
tapi, sudah ajal, dan sudah tertulis kematiannya macam tu.
kita punya pula, macam mana? tidak diketahui. wallahualam..
takutnyaa...

ya Allah, matikanlah aku dalam iman.. amiinn..


pesananringkas : ajal maut itu di tangan Tuhan.. tidak mengira umur, darjat, jantina, ajal pasti datang.. dan setiap saat, ajal semakin mendekat..

alfatihah sekali lagi buat allahyarham dan takziah buat keluarga allahyarham..

Tiada ulasan: