Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 5 Mac 2010

pernah tak kau rasa..

pernah tak kau rasa..
kopi tu pahit rupanya kopi tu manis sebenarnya?

ok ok.
itu macam perumpamaan pulak.

pernah tak kau rasa..
waktu kau masak, kau ingatkan kau letak gula, tapi sebenarnya letak garam.
eh itu rasa ke?
itu dah kena pergi check mata kot. kang tak pasal-pasal kau buat kuih pun, jadi masin. tak ke naya..

ok ok.
serius serius.
ini betul betul. bukan cubaan, bukan trial, bukan testing testing 1, 2, 3..

pernah tak kau rasa..
kau sebenarnya tak suka, tapi kau kena suka jugak supaya tak ada orang sekeliling kau sedih ke, terasa ke, pening-pening lalat ke, rasa macam nak pengsan ke.. ok itu sudah terlebih, tapi macam tu lah yang aku maksudkan. dengan erti kata lain, kau kena suka jugak demi menjaga hati orang sekeliling kau gituu.. tapi hati kau jangan cakap lah kan.. memang zass zuss macam kena hiris punya..

pernah tak kau rasa..
kau rasa macam nak marah sangat.. pastu kau potpetpotpet kat orang lain, cakap tak puas hati kat si polan ni, blaa.. bla.. blaa.. pastu kau pun marah lah kat si polan ni jugak kan walaupun sebenarnya kau tak tau pun apa salah kau kat si polan ni. pastu tak sampai 5 minit, kau dah lega tak marah-marah, tiba-tiba kau rasa bersalah gila. kau rasa macam ish tak patutnya aku buat macam tu, tak patutnya aku marah nanti cepat tua, tak patutnya aku buat macam ni bla blaa.. padahal dalam masa yang sama, si polan tu treat kau macam taik jugak even kau dah rasa bersalah berjuta lemon sekali pun.

pernah tak kau rasa..
kau rasa sakit hati sangat ngan si pulin ni.. bleh kata macam sentap habis lah kan. sentap maksud aku, bukan hati kau yang sensitif yang langsung tak boleh nak ajak bergurau. tapi sebab memang dia punya salah, tak pun dia fitnah kau ke, apa ke.. tapi kalau dia baik ngan kau, even dia buat baik sikit je, kau dah lupa apa yang pernah dia buat kat kau. tiba-tiba hati macam sejuk je.. dah tak sentap dah. pastu nanti dah kena macam taik balik, sentap lah balik.. dah jadi macam kitaran gituu..

pernah tak kau rasa..
kau sebenarnya tak mampu nak buat sesuatu ni, tapi kau paksakan jugak hati kau, diri kau, supaya buat jugak supaya tak ada hati yang terhancurkan, terlukakan, terbelahkan, terasakan. maksudnya, kau tak sampai hati lah nak tolak pelawaan orang lain kan. tapi bila kau dah tolak pelawaan tu, kau rasa mak datuk rasa bersalah gila tak tau nak tunggu sampai bila supaya rasa bersalah tu hilang..



kalau kau pernah rasa, ok sekarang bagi tips macam mana tak nak cepat rasa bersalah.
kata orang, kadang-kadang kena pentingkan diri sendiri jugak. kalau kau tak jaga diri kau, ambik tau pasal diri kau, jaga hati sendiri, pentingkan diri sendiri, maka siapa lagi.
kang kau jugak yang merana menyesal sorang-sorang kan?

siapa setuju dan siapa tak setuju.
sila angkat ketiak tangan. eee.. belum shave bulu ketiak... ahahahaha




gambar adalah seringkali tidak berkaitan. 
lalalala

aku ingin untuk punya hati kering
tapi aku takut kalau karma.
  nanti kalau aku kena, aku sakit hati.

2 ulasan:

saya berkata...

sila abaikan gambar yea..
haish..x pasal2 org ingt aku lah si polan polin itu tin..huhuhuhu..

FatinSyahirah berkata...

ahhahaa. xpe r.. seprais slet. kuikuikui