Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 24 Mac 2010

manusia itu lain-lain sudah tentu hati juga lain-lain. siapa kata sama aku tendang vontot.

tiba-tiba tajuk entry panjang tak boleh bla rasa macam nak tumbuk dush dush. ok abaikan itu. kita terus ke isi entry.

aku suka ini, sudah tentu kau barangkali juga suka dan barangkali juga kau tak suka.
aku tak suka ini, boleh jadi kau tak suka ini lalu kau suka itu.
aku pandai ini, boleh jadi kau pandai tang itu.
aku biasanya jenis tak ambik serius kalau bab-bab main-main, boleh jadi kau bukan jenis yang macam tu.

baiklah, seringkasnya. 
manusia itu berbeza. 
pepatah dari dulu pun mengatakan, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
kita abaikan kisah bagaimana lihatnya manusia zaman sekarang yang kononnya macam urban gila sampai wah aku bangga aku minum arak. ok, itu sebenarnya peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa beringat tentang asal usul dan ke mana akan pergi nya aku nanti pada akhirat kelak, dan peringatan untuk diri sendiri juga bahawa mati itu bila-bila masa saja akan tiba. mana amalan, mana bekalan untuk hari mati nanti?

ah, melencong pula. kita berbalik pada tujuan asal entry ini kembali.
manusia itu memang tidak sempurna kejadian sifatnya. itu realitinya. itu keadaanya. 
aku tak nak kata orang lain, muhasabah diri sendiri, tengok diri sendiri sudah cukup.banyak cacat celanya. sumpah tak tipu.
dan antara yang membezakan lelaki dan perempuan itu salah satunya emosi dan akalnya.
yang mana, perempuan itu lebih beremosi. dah tahu perempuan lebih beremosi, tapi kau pelik tak kalau tiba-tiba kalau lelaki itu jauh lebih beremosi dari perempuan, waima perempuan melayu terakhir sekalipun?
ok, mungkin tak pelik tapi boleh jadi banyak kali mengundang sakit hati atau annoying barangkali?

untuk mengaku diri sendiri sempurna, itu syok sendiri namanya. atau nanti tak pasal-pasal kau kena lempang ngan siapa-siapa.
tapi, sentiasa berusaha untuk jadi yang sempurna itu, tidak salah walaupun kebarangkalian untuk berjaya itu aku sendri tak pasti sebab aku tak buat kajian pun. tapi setakat buat kajian untuk diri sendiri itu, memang tak pernah mendatangkan hasil pun. ok fine lah kan. itu aku dan semestinya bukan kau.
tapi please lah kan. 
kita hidup bermasyarakat. kena saling apa heh orang kata?
senang cerita macam ni lah. bukan kau sorang je lah yang busy, bukan kau sorang je bila mana kau rasa kau sorang je nak study, kau sorang je nak score. semua orang pun nak macam tu. tapi tak payah lah nak pentingkan diri sendiri sangat. makin kau bekerjasama, tak adalah kau nak rasa terbeban. 
dan lagi satu, tak payah lah bila kau bajet kau senior pastu kau nak let the juniors to do everything kan.
memang lah basically juniors yang macam berungkus lumus for this sukan FASA, tapi still bukan juniors yang plan for all these things, tapi admin yang dah plan semua and they just let the juniors untuk jayakan rancangan dorang. itu sahaja. ok, memang tak dapat dinafikanlah korang senior mestilah rasa ego, tapi don't blame juniors lah, tapi blame siapa-siapa yang lain. korang sendiri ke, admin ke.. opss
ok lah, pembetulan. don't blame others, just blame yourself. me is included. :)

ok, skip dulu part seniors. malas nak cakap pasal tu.

ok, berbalik pada tujuan asal lagi. tengok, asyik melencong sajo.
semester ini adalah semester yang agak pendek gituu.
tapi tang-tang ni jugak banyak gila aktiviti yang nak kena buat. 
pastu nak target terus boom kebaboom, memang macam harapan je lah buat setakat ni. 
ye lah, kau bayangkan, dengan student yang sikit gila yang mana kebanyakannya jiwanya tiada di sini, pastu dengan tak minat sukan semua, pastu kau nak paksa-paksa masuk?
memang tak dapat lah kan.
kau tak boleh nak harapkan yang semua yang kau nak mesti berjalan macam apa yang kau harapkan. jangan lah. aku takut kalau nanti kau kecewa. lepas tu nak blame others sebab usaha dan perancangan macam sia-sia. bukan semua yang berminat. bukan semua yang wow aku tak sabarnya nak bersukan time sukan FASA nanti. oh i like! 
janganlah mengharapkan sedemikian rupa.

pesananringkas : mulut manusia semestinya tak boleh ditutup. mulut tempayan at least memanglah tempayan tu tak boleh nak tutup mulutnya sendiri, tapi bila kita tutupkan, akhirnya tertutup juga. tapi mulut manusia?

pesananringkaslagi : aku tak faham.

pesananringkaslagidanlagi : aku ni memanglah jenis yang pandai cakap aje. so what?


pesananringkaslagiteruslagi : entrty ini lauhan hati sendiri. aku mintak maaf lah kalau ada yang tak berkenaan dengan entry ini, terasa tersentuh.


pesananringkastapiagakpentinglahkot : pengalaman hidup memang sangat berharga, dan semestinya cikgu terbaik bagi setiap manusia kerana dengan pengalaman, manusia lebih kenal akan hidup. dan antaranya pengajarannya, jangan kau dengar dari sebelah pihak sajo kalau ada yang berkata di hadapan kau. kalau dengar pun, kau buat derk je atau kau memang akan terpengaruh bulat-bulat. that's me. sebab terlalu percayakan kononnya kawan, akhirnya diri sendiri yang kena ngap langsung dituduh musuh dalam selimut. kita yang disuruh mencermin diri sendiri. habis tu, diri yang berkata tak perlu cermin? kelakar sungguh manusia. suka hati kau lah nak cakap apa, aku tak kisah siapa menang siapa kalah, tapi yang penting siapa betul dan siapa yang yang salah. baru aku terfikir, bila berlakunya ketidakadilan yang tidak menyenangkan hati kau, kau sedaya upaya berjuang untuk adilkannya. tapi bila berlakunya ketidakadilan yang menyenangkan hati kau, maka terus kau diamkan sajo. menurut entry aku di atas, ada mengatakan senior ego, tapi keadaan sebenarnya bukanlah sedemikian. sebenarnya, sesuatu itu tidak diletakkan di sesuatu tempat yang betul. maknanya, apa guna organisasi fakulti yang ditubuhkan tapi tidak digunakan tugasnya, tapi yang tidak berkenaan dengan organisasi tersebut pula disibuk-sibukkan? bukanlah aku nak menjeles bagai, tapi itu adalah tidak adil. jadi, apa guna tubuhkan kelab? sekadar menghabiskan kertas sijil?

ok, baik aku diam. nanti ada orang kata aku ni tak tau pape, tapi kuat komen.


cuba fikir kenapa boleh wujud parti pembangkang?

parti kerajaan takkan berjalan macam sekarang kalau tak ada parti pembangkang sebab tanpa parti pembangkang, parti kerajaan akan buat suka hati sajo sebab semua dia nak rasa betul. tapi dia tak nampak apa yang lompong-lompong.
aku tak menyokong mana-mana parti, tapi apa yang wujud itu ada fungsinya.



1 ulasan:

bh berkata...

i love this one...kalau tak wujud perbezaan confirm hambar dunia ni