Ahad, 21 Mac 2010

habislah lepas ni bermata panda.

dah lama tak ada masalah dalam bab-bab nak tido ni.
tiba-tiba lately tak boleh tido. ok bukanlah tiba-tiba tetapi bersebab sebenarnya, tapi aku still macam dah agak tension tak boleh nak tido nih.
haih.
penat badan pun tak hilang lagi, kemudian, tiba pula penat mata otak jiwa hati semua. grrr.
habislah lepas ni siapa cari pasal ngan aku, aku ketuk dengan senduk terus jadi nyah. takpun, kena lempang sekali dua pun aku rasa dah berbaloi tu, cuma kena guna energy kuasa dua lah ni.

maksudnya, melalui konsep energy ini,
E = 1/2(mv2) - v itu hendaklah dikuasakan dengan dua, bukan darab dua.

maka, untuk hasil lempangan yang berbaloi, aku kena lajukan velocity lah kan?
maka, dengan satu lempangan sajo, tangan aku gigi mangsa boleh tercabut. kuikuikui

tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak aplikasikan fizik.
padahal waktu kat matrik dulu, beriya-iya menyampah ngan fizik.
ok, sini aku mahu buat confession, aku tak suka fizik. jadi, aku memang akan nampak vodoh lah bila ditanya tentang fizik. ceh. macam la subjek lain aku terer wow wow.

macam mana nak suruh mata lelap ni.
jantung ni tak habis-habis nak berdebar-debar.
rimas dengan semua ni.
nasib baik esok tak ada kelas, tapi banyak hal nak kena settle. still nasib baik ke??

tiba-tiba teringat cerita ketika cinta bertasbih part heroin dia, nama anna eh kalau tak silap, waktu dia kenakan syarat kepada furqan time laki tu pergi pinang heroin tu.
heroin tu kenakan syarat,
1. nak tinggal kat tempat parents dia pas kawin ngan laki tu.
2. laki tu tak boleh kawin dengan pompuan lain selagi dia still berupaya laksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri. kalau tak jatuh lah talak nanti, kalau itu yang berlaku.

oh, i like syarat no. 2.
seriously, aku pun macam tu jugak. *tiba-tiba*
eh, siapa yang sanggup berkongsi. ok, mungkin ada yang sanggup tapi aku tak sanggup.
ok, tutup cerita, malas nak cerita pasal ni.
kang tetiba emosional lebih, hilang macho pulak kang. tak boleh. tak boleh.

duhai mata, cepatlah lelap.
wahai hati, tenanglah. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. ada sebabnya.
:')

Ya Allah, ya Tuhanku.. Kau berilah aku petunjukMu, tenangkanlah hatiku, berikanlah aku hidayahMu, peliharakanlah hidupku.. :')


pesananringkas : apa kau fikir aku barang mainan? aku bukan fatin yang dulu, aku kini sudah baru.

pesananringkaslagi : lupa dapat award dari naim, esok la aku update pasal award.( tiba-tiba feeling macam fuyyyoo aku dapat award.) lalalaala

4 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

betul tu kadang2 tension juga nak tidur tapi mata taknak pejam...

Jom Menyelam

Tak Ada Duit???

FatinSyahirah berkata...

sharinginfoz : betul2. bkan saje kadang2, tapi selalu jugak. grrr

abcmilo berkata...

sy da dkt 3bulan susah nak tidur
asal kol 2-3am mesti terjage..
pastu da tak bole tidur
sampai subuh..tp nak siap2 pergi kelas pulak pagi tu..
da pegi klinik..doc ckp imsomnia
watever..
tapi tidur kat uma kawan...nyenyak nak mati tidur..
penat pening nak muntah mata cam panda da skang ni..

FatinSyahirah berkata...

abcmilo : tau xpe. tension gila kan? lagi2 bila dah terjaga pukul 2-3 pagi, pastu terimaginasi benda2 yang menakutkan. lagi lah susah nak tido kan? grrr