Ahad, 14 Februari 2010

tinggal lagi setengah jam, dah kena pakai panties dah. tu pun kalau still nak pakai lah.

aku tak faham kenapa tema memperingati valentine ni kena 'tak payah pakai panties'.
wey, silap-silap tengah pakai skirt ke, kain apa ke, lepas tu angin bertiup kencang ala-ala angin taufan ribut kencang gituu kemudian nanti kalau ternampak peribadimu itu, agak-agak malu ke vangga? vangga ke malu miaw miaw?

aku tidaklah mahu mengkomen lebih-lebih.
sekarang ni macam karma. kang aku mengata lebih-lebih, aku sangat takut kalau benda yang aku perkatakan itu terkena balik kat batang hidung aku ni.
ibaratnya, aku mengata yang si anon ni curang bla bla bla, last last aku sendiri yang curang.
ibaratnya juga, aku mengata si anon ni bla bla bla, kang aku takut kalau bla bla bla tu aku. ha. macam mana?

cuma aku rasa aku nak komen, tak perlu lah nak sambut valentine ni semua beria-ria sampai tak nak pakai panties sebab konon-konon nak tunjuk bukti yang kau sayang gila kat pakwe kau tu kan. bila kau dah tunjuk bukti tu semua, kalau tiba-tiba projek yang kau jalankan itu terhasil, siapa nak bertanggungjawab. pakwe kau? tu pun kalau dia nak bertanggngjawab lah kan. kalau tak nak? maka, sendiri tanggunglah. kemudian, selepas anak tak berdosa itu dilahirkan, maka dibakar dibunuh anak itu tanpa belas. tanpa kasihan.
sebelum semua benda tu berlaku, memanglah cakap semua nak bertanggungjawab. "ye sayang.. abang janji abang akan tanggungjawab bla bla bla."
mula-mula lah kan. entah-entah bila dah jadi terus si 'abang' berkata, "hey. takkan aku nak bertanggungjawab semua ni. ni anak laki mana yang kau usung ni. bla bla bla"
see...

senang cerita, agak-agak kau dah tak tahan sangat nafsu kau, kahwin cepat. tu baru betul bukti kau betul-betul sayangkan pasangan kau. lebih-lebih lagi bagi pihak lelaki. sebabnya, kalau apa-apa berlaku sebelum nikah kahwin, macam ada benih baru terhasil dalam rahim si perempuan, ada lelaki nak bertanggungjawab? sekarang ni mungkin ada lah kot. tu pun selepas dipukul dipaksa diguna cara kasar. kalau tak, tak ada maknanya lah kot.

maksudnya, apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, cara pihak si perempuan nak bagi bukti kat sang lelaki mungkin dengan cara menyerah jiwa raga dara, yang mana kesannya memang dapat dilihat, dibezakan. kalau lelaki, hilang teruna ke, ada orang boleh detect?
maka, kalau betul-betul sang lelaki sayangkan kau, betul-betul nak bertanggungjawab ke atas diri kau, nak tunjukkan bukti dia sayangkan kau, dia ajak kau kahwin. haa.. halalkan hubungan. lepas tu, kau nak buat apa pun, orang tak kisah. dah tak payah nak buat-buat sawan bila jabatan agama Islam pergi serang ke apa. tak payah nak gelabah-gelabah, tapi dengan vangga tak bersalah tunjuk bukti kad nikah kalaulah kot-kot terkena serang ke, difitnah ke apa kan. orang sekarang mana kita tau hati budi kan, lebih-lebih lagi orang melayu, dengki tak habis-habis.

aku taknak komen lebih-lebih walaupun aku rasa memang dah terlebih ni. 
kata-kata kat atas ni aku jumpa kat facebook. malas nak copy paste ayat dia, aku printscreen kan sajo.
klik imej untuk besarkan dan lihat.

bagi aku, tak salah kalau kau nak ikut cara barat sekali pun, tapi ambil yang baik sajo lah. yang tak baik, tak payah lah ambil. kang diri sendiri yang tanggung, sendiri juga yang merana. 

dan kalau kau rasa time hari valentine je kau nak raikan kekasih kau, kasihan lah kat kekasih kau tu sebab just boleh rasa dihargai sekali setahun. macam ari tu je kau sayang dia, hari lain kiranya tak la heh?

hari-hari pun hari untuk kita tunjukkan kasih sayang kita. 
hari-hari pun hari untuk kita hargai insan-insan tersayang dalam hidup kita.



ya Allah ya Tuhanku, Kau lindungilah aku.. Kau peliharakanlah diriku, hidupku sampai akhir hayatku.. Kau berilah aku petunjukMu..
:')

semoga iman kekal di dalam hati, walau hanya senipis kulit bawang. 


Tiada ulasan: