Sabtu, 27 Februari 2010

ini semua salah hormon.

lately aku rasa macam malas gila nak update blog.
malas gila nak buat kerja pape.

dan lately aku rasa aku cepat nak menyampah gitu.
mood adalah terumbang ambing macam kau naik sampan kat tengah-tengah laut waktu musim tengkujuh dan waktu tu ombak tengah galak bergulung-gulung. even sampan kau terlanggar ombak yang kecik sekalipun, dah rasa macam nak terbalik dah. itu belum terlanggar ombak yang besar lagi, haa kau bayangkanlah sendiri kalau dah terlanggar ombak besar apa jadi.
ini semua salah hormon kan?
tidak mengapa, saya gadis sejati.. ceaaa.. nak jugak.

sebab mood aku terumbang ambing,
sebab hal-hal kecik pun aku rasa macam nak makan orang dah.
sebab perkara kecik pun, aku rasa macam nak tumbuk belasah fire semua bagai. (tu pun dalam ilusi je lah kan. ekeke). tapi serius mood aku pelik ok. aku susah nak jadi macam ni. tapi bila dah jadi, it takes time untuk kembali normal macam biasa tau. kiranya sekarang aku macam tak normal sangat lah kan. dah tu kata mood hormon tak stabil.
-kawan-kawan, sila tahan untuk beberapa ketika ini ok?

aku malas nak cakap banyak.
minggu depan test, aku kena ngadap notes walaupun tadi aku adalah tension sebab 1 hari aku tido. bukan sebab saya kuat tido, tapi sebab mood saya tidak stabil. daripada aku layan mood, baik aku zzzzzz. orang lain tak sakit hati ngan aku, aku tak sakit hati ngan diri sendiri. cess.



pesananringkas : aku tak faham kenapa orang melayu tak senang hati ila tengok bangsa sendiri senang, tambahan lagi yang seIslam. kesian orang melayu kan? lepas tu, bila ada bangsa lain kutuk melayu, tipu melayu, ambil kesempatan ke atas orang melayu, mula lah nak marah-marah mengamuk bagai. dan lagi, aku sangat terkejut bila ada muslim kata Islam ni kolot kerana menutup aurat.
Ya Allah, aku mohon padaMu, Kau tetapkanlah iman dalam dadaku, dalam jiwaku, tunjukkanlah aku ke jalanMu dan janganlah Kau pesongkan aku dari jalanMu. berikanlah aku petunjukMu, peliharakanlah hidupku sampai akhir hayatku.. amin.. :')

pesananringkaslagi : sekarang tengah addict cerita ketika cinta bertasbih dan sountracknya sekali.  :))

2 ulasan:

JAI berkata...

Hormon apa pulak..isyhh..updated blogger terhebat

FatinSyahirah berkata...

JAI : hormon orang perempun.. eheh