Ahad, 7 Februari 2010

gggrrr.

ini adalah cerita benar.
bukan rekaan semata-mata.
amaran kepada pengidap penyakit jantung sekalian, anda dilarang baca kerana entry ini mengandungi unsur-unsur mengejutkan.


tarikh kejadian : 6 feb 2010
waktu kejadian : 8.15malam

agak-agak waktu tu aku kat mana? teka cepat.
ok tak payah teka lah.
meh aku cerita meh. dekat-dekat la sikit. sakit tekak ni. ehem ehem.

adalah jarang aku keluar makan lebih pukul 8 malam ok.
biasanya pukul6 lebih sikit macam tu, aku dan dua orang peminat setia anna ngan zaty dah keluar makan. kiranya dekat nak maghrib atau bila dah jalan lenggang lenggok sikit, maghrib dah ada kat bilik. ibu kata anak dara tak elok keluar malam-malam. lagi-lai kat tempat aku ni, bahaya dan menakutkan ok.
bila kau jalan-jalan, pakcik-pakcik ngan golongan laki kat sini (rakyat sini lah kan) akan pandang kau macam kau pakai pakaian dalam kat luar, takpun dorang pandang kau macam kau tengah tak pakai pape. memang menakutkan gila. aku tak paham kenapa dorang nak pandang macam tu. serius tak paham. dengan suka lepak-lepak kat kedai makan. anak bini korang dah cukup makan ke kat rumah tu wey?? ok ok. tak boleh nak komplen lebih-lebih. kang kalau ada yang terbaca ni tak pasal-pasal aku kena. ibu dah pesan, kat sini tak boleh berani-berani sangat. jangan senang-senang hon kereta kat dorang walaupun dorang yang memang trang tang tang salah, kang tak pasal-pasal kena kejar. seringkasnya, kat sini aku tak rasa hidup aku selamat. tempat? adalah dirahsiakan ok. kepada sesiapa yang tahu, wajib buat-buat tak tau je tau.

ok ok.kita berbalik semula kepada cerita asal.

semalam, anna tiba-tiba nak pergi makan lepas maghrib pukul8. tapi aku ajak anna, lepas solat maghrib je terus pergi. kang balik lambat aku tak nak lah kan. ececece.
zaty pulak aku tengok dah tak larat nak bangun sebab sakit kepala pun pergi jugak.

aku : zaty, kau ok tak ni? tak payah pergi lah. biar aku belikan je.
zaty : tak pe.. aku nak keluar.. aku dah lapar sangat ni.
waktu ni dalam hati aku, 'ish macam lah aku kejam sangat nak keluar lama-lama. kau kan sakit, aku balik lah awal-awal. aku pun taknak lama-lama.' (zaty, ni dalam hati je tau)  ahaha

kitorang pun pergilah terkedek-kedek ke waw kopitiam (selesa, murah, tak ramai orang)
tapi aku minum air je, makanan beli kat pasar malam. tu yang aku pelik, biasanya hari sabtu kitorang pergi beli   makanan dekat pasar malam je, tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut nak makan kat kedai pulak kan. ok tapi tak ada lah nak fikir apa-apa sebab tengok keadaan zaty kan.
sementara tunggu makanan, aku teman anna beratur yang sangat panjang semata-mata nak ambik duit kat atm. kesudahannya, tak boleh nak keluarkan duit. dua kali ok kitorang beratur panjang-panjang kat mesin atm tuh. dan kesudahan untuk kali kedua tetap tidak berubah.
si anna ni pulak, bila aku offer duit aku nak beli makanan, kata kenyang lah, nak minum air je lah, nak itu lah, ini lah. aku pang jugak kang.

pastu, kitorang pun pergi lah dekat kopitiam makan-makan tambah lemak tenaga.
tengah makan-makan, tiba-tiba fert call henfon anna nak cakap ngan aku. waktu tu memang aku tak fikir lain lah kan sebab sekarang ni kalau aku keluar pergi makan ke, yang dekat-dekat ni, adalah seringkali aku tak bawak henfon ya. daripada aku terjenguk-jenguk kat henfon tu tunggu orang contact aku, baik aku tak bawak langsung. kan kan kan?

aku : hello.
fert : hello fatin. kau tak puas hati ngan aku eh? semalam waktu pergi setiu kau pandang-pandang slack kat aku, kau ada ada kutuk aku eh?
aku : wey. mana ada. (dalam hati memang dah berapi ni sebab tiba-tiba kena serang tuduh macam tu aje kan.)
fert : ada orang bagitau aku kau kutuk aku belakang-belakang. apa ni wey, kalau kau tak puas hati ngan aku kau cakap je lah.
aku : apa ni wey. mana ada aku kutuk kau. siapa yang fitnah aku ni wey? baik kau cakap. dorang jeles sebab kau rapat ngan ak, sebab tu dorang fitnah aku ni. ( time ni aku dah start keluar kedai dah. suara aku dah lah tengah merdu garau semacam, memang kuat satu kedai boleh dengar time aku dah start nak marah)
fert : ada lah wey. sampai hati kau kutuk aku. kau pandang-pandang slack kat aku. kau kutuk aku. kau ingat aku tak tau. apa ni wey.
aku : mana ada wey. siapa yang bagitau kau ni. dia cakap apa. mana ada aku kutuk kau, kalau aku kutuk kau pun, aku kutuk dalam hati jek. kau datag sini ah. kita setel depan-depan, aku kat kopitiam. ( kau jangan main-main, time ni aku dah bercekak pinggang semua bagai dah. sebelah kaki pun dah terangkat dah )
fert : ah. macam ni ah kau. tak ada tak ada.  tut. terus letak fon.

bila dah macam tu, aku lagi lah baran kan.
masuk kedai pergi kat dorang, terus potpetpotpetpotpet kat anna ngan zaty.
panas hati ok. dah lah sebelum tu aku memang dah macam suam-suam nak panas kan. grrr.
aku pun sambung lah makan semua, tiba-tiba..

fert ngan arep datang bawak kek.

ciss. aku tertipu.
terharu ok.
tapi tetap cover macho. mana boleh nangis kan.
terus nyanyi-nyanyi.
terharu wey.  :')

dorang makan sekejap je, terus mintak diri.
fert : wey. kitorang balik dulu ah.
aku : cepatnya?
fert : kitorang ada discussion pasal english drama.
aku : owh. ok.

tak lama lepas tu, tiba lah masa kitorang balik pulak lah kan. takkan nak berkampung kat situ pulak kan.
sampai-sampai kat blok, zaty tiba-tiba nak pergi bisnes centre. siap nak masuk blok ok. si anna ni pulak nak tarik-tarik aku naik cepat-cepat kata nak kencing lah, itu lah ini lah. haih.
elok je nak sampai kat mini gate blok aku, fert ngan arep ada kat tepi dinding tenah tunggu baik punyaa kan.
aku ni dah terkejut macam nak gugur jantung kan.
dengan belon berisi air kat tangan dalam posisi bersedia nak baling kat aku, aku apa lagi. terjerit lah kan.
"woi. jangan wey.. sakit nanti.. taknak wey.."
doran boleh pulak syok-syok baling belon kat aku. tapi tak pecah bila kena kat aku pun. bila dah jatuh atas lantai baru pecah. cuba kau bayangkan kekenyalan belon tersebut dan kesakitan yang aku rasa.
malu ok bila semua yang ada kat bawah nak  pandang-pandang aku lari-lari macam apa dah.

tapi tak ada gambar ya.
sebabnya, semua ini bukanlah kehendak aku untuk diancam sedemikian rupa. haih.




ini kek nya.
dan surprise ini sebenarnya untuk zaty jugak, walaupun dia tau planning awal untuk kenakan aku, tapi dia still tak tau ada jugak planning untuk dia.



aku dan zaty.

ohh..
patutlah zaty sedaya upaya keluar jugak walaupun aku dah larang keluar makan.
patutlah anna kata dah kenyang time aku offer aku nak bli makanan.
patutlah aku nampak plastik kecik dalam plastik kek.
patutlah anna ngan fert jalan berdua-duaan waktu beli barang tengah hari tu.
patutlah anna macam tergesa-gesa ajak aku nak masuk blog. 
patutlah anna asyik melekat ngan henfon jek. kau kata syafek kau yang call ek.
patutlah anna nak makan pukul8 lepas maghrib, dan zaty pulak macam ok je. padahal, aku tengok zaty dah macam kebulur dah.



korang..
terima kasih banyak-banyak.
terharu gila ok. terharu sangat-sangat.
walaupun hati dah panas, badan pun dah sakit, tetap terharu jugak.
terima kasih banyak-banyak.  :')

korang memang best.
sebab kawan ngan aku yang best. ahahaha

terima kasih korang.
terima kasih sebab selalu buat aku gelak. 
terima kasih sebab teman aku kat wad dulu. itu aku takkan lupa. sorry sebab susahkan korang, padahal time tu kita baru je kenal-kenal. 
:')

fatin.anna.zaty


fert.arep


kepada kawan-kawan yang lain juga, terima kasih  :'))



dah dah.
malam ni ada test. 

study lah pulak.
jangan lupa doakan aku supaya dapat jawab dengan baik.
:')
zaassss.


pesananhati :     :')

4 ulasan:

Kyuubi_85 berkata...

haha... dpt sprise lak dia.. :D

FatinSyahirah berkata...

kyuubi_85 : tau takpe. terkejut gila time tu. :D

nourelain badaruddin berkata...

sweet~~ XD

FatinSyahirah berkata...

nourelain badaruddin : kan kan kan??
:D