Selasa, 9 Februari 2010

dibatalkan.

lab petang ni adalah di-cancel-kan.
dan dengan itu, haruslah aku mnyiapkan beberapa kerja tertunggak  merehatkan diri sebentar dengan melelapkan mata yang agak letih. dah sampai macam tak boleh bukak dah. kemudian barulah kerja-kerja menyiapkan kerja tertunggak diadakan. barulah kerja bersemangat dan berkualiti. boleh macam tu? pang di situ ya. :P
ni pun, tekan-tekan keyboard sambil pejam mata ni. terer tak aku?
ok. pentipu di situ. tak baik tipu.
pernah dengar tak pantun yang berbunyi macam ni..

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

haa.. tengok, tak baik kan membohong.
masa kecik-kecik dulu, ibu marah kalau kitorang cakap bohong.
pastu, ibu keluarkan pantun tu.
sebab takut bila dah besar nanti mencuri, terus fikir tiga empat kali nak tipu. ecece.

mencuri di situ, bukanlah hanya bermakna kau pergi kedai pastu kau curi satu tin sardin, satu tin susu pekat F&N, satu tin biskut. nanti ada jugak yang curi selipar ke, tangan ke, kaki ke, hati ke, apa-apa je lah kan.
habis tu, kalau yang suka curi masa tu, maknanya dia suka menipu lah ya? huah.

dah lah.
nak tidur sekejap.

zzz.



pesanansikit : bercelaru dan penat.










4 ulasan:

Adya A. berkata...

selamat beristirehat

FatinSyahirah berkata...

hihi.
nikmat gila boleh tido lama2.:)

dancing queen♥ berkata...

haha. rindu nak blogging! rindu nak baca blog orang! wuwuwu..

kerja banyak sangat! broadband plk macam haram! cehhh. hehehe...

jgn tdo lame2, jeles neh! :D

FatinSyahirah berkata...

haha.
tau takpe. broadband skarang mmang cari nahas. mula2 dulu jek line elok, lama-lama asyik on off jek.

tadi tido lame oh!
nikmat tak terkata..