Selasa, 23 Februari 2010

bila dah lama tak berbelog, inilah jadinya........

hidup adalah seperti tidak terurus sejak kebelakangan ini.
kena uruskan itu ini, siapkan proposal dalam kadar yang segera dan seterusnya kena hantar kepada pihak atasan nun.
lepas tu, apa hal pulak semua urusan nak kena guna surat ni?? ok, fine lah kan sebab nanti kalau ada apa-apa hal, boleh rujuk kat surat itu sajo.
grr.

urat dalam kepala haruslah berputar belit sekarang sebab banyak sangat nak kena fikir sampai macam dah kejang nak blogging. ok, pentipu di situ. padahal malas yang amat. next week adalah test chemistry, hoyeh hoyeh. adalah harus gembira gembiru gitu kan. wakluuu.
haruslah gigihkan diri belajar kan, walaupun sekarang macam tengah kurangkan kegigihan merehatkan badan dengan menidurkan diri dengan harapan otak tidak letih. boleh macam tu??
kita bolehkan sahaja sebab sebenarnya tidur itu perlu, bukan?
kang kalau kau ngantuk, pastu kau study tapi kau tak paham satu habuk pun even huruf m pun kau nampak huruf w, sampai kekdahnya kau baca perkataan macam pun jadi wacaw, apa cerita kan?
kang tak pasal-pasal lain pulak kau faham. tak ke naya..
ok, sebenarnya itu hanyalah sekadar menydapkan hati supaya tidak menyesal bila tidur.

pernah kau tidur lama-lama, lepas tu bila bangun kau rasa adoi menyesalnya aku tidur sampai tak study. lepas tu mula lah rasa macam apa heh. rasa macam nak tumbuk diri sendiri gayanya sebab dah menyesal sangat tidur. jangan aniaya diri sendiri ya kawan-kawan, kerana badan anda juga memerlukan rehat. ceaaa.

ok, aku malas nak bebel panjang-panjang sebab banyak lagi kerja terbengkalai yang aku kena selesaikan. ceh.


hish. kenapa entry ni banyak pasal tido heh?


pesananringkas : saya adalah keliru dan bukan senang untuk mempercaya.

Tiada ulasan: