Sabtu, 6 Februari 2010

alhamdulillah, aku masih lagi diberi nikmat dan bernafas hingga ke hari ini.. :')



walaupun lewat dua hari gituu, aku still nak tulis entry pasal hari special baik punyaa gituu..
alaa.. kenapa lewat sangat.. 

sebabnya, 4 februari malam tu, ak ngan budak-budak kos aku pergi setiu agro resort ada aktiviti kat sana.. 
best wa cakap sama luu...
ok ok. kita abaikan dulu pasal program tu ya.. nanti-nanti aku kasi cerita. :)

alhamdulillah, 4 februari hari tu, Allah still pajangkan umur aku untuk terus bernafas kat atas muka bumi, genap 20 tahun.
uih. macam vangga umur 20tahun. 
ohh tidaaak!!
dah tak ada pangkat 1 kat depan.. T__T

sekajap je masa berlalu, tup tup umur dah 20 tahun.
sekejap je masa berlalu kan?
rasa macam baru semalam keluar dari perut ibu. baru semalam belajar sebut ibu ayah, baru semalam terkedek-kedek jatuh bangun balik belajar jalan. hikhik!  :P

sepanjang dua puluh tahun ni, banyak yang aku lalui.
banyak kenangan.. 
pahit, manis, masam, masin.. semua ada. :')
dan sepanjang 20 tahun ini, dah berapa tan dosa aku. terlalu banyak.  :'(
dan sepanjang 20 tahun ni juga, macam-macam jenis orang aku dah kenal..
dan yang penting, hidup ini bukanlah semudah yang disangka dan diidamkan..
( ini baru 20 tahun, belum 20 tahun lagi. uish )

*sebak*

Ya Allah, aku bersyukur padaMu atas nikmat percuma dariMu.
terima kasih ya Allah..  :')
aku ini hambaMu yang lemah, 
aku hambaMu yang kotor, penuh dosa, 
aku hambaMu yang alpa..
aku pohon ampun padaMu ya Allah, aku pohon itu ini padaMu sedangkan aku ini hambaMu yang penuh dosa. Kau peliharalah diriku sampai akhir hayatku, Kau tetapkan iman di dadaku, Kau kuatkanlah hatiku, Kau berilah aku petunjukMu dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan.. hanya padaMu aku bermohon :')

*tak cover macho dah. T__T *

untuk ibu, terima kasih ibu.
acik mintak maaf, acik bukan anak yang baik, tapi akan sentiasa cuba yang terbaik agar dapat jadi kebanggaan ibu. 
acik sayang ibu. 
:')
*rindu ibu.  T__T*

untuk angah,adik
mahu hadiah!!

hari tu tiba-tiba ada nombor tapi tak save mesej wish hepi bday kan,
sebab aku ni tengah happy happy vangga vangga eh ada jugak orang ingat bday aku rupanyaa.. terus tanya 'sorry, ini siapa ya?'
dan kau tau siapa, dan apa orang tu reply?
'abang mung laaa..'
oh aku malu ok. sangat malu. sebab tak hafal nombor abang sendiri satu, hilang macho lagi.. haih.
bukanlah adindamu ini tidak menyimpan nombor telefon kakanda, tapi hari tu pergi format memory card, hilanglah semua nombor.. ngeee

untuk kawan-kawan,
terima kasih untuk ucapan semua tau.
:')

untuk anna dan zaty,
korang jangan ingat korang boleh kenakan aku, ok.
mastermind bday orang lain mana boleh kena balik.. aku dah boleh baca satu-satu dah.. lalala
lagi satu, tak baik oh. kita kan member. tak baik oh buat macam tu nak kenakan kawan sendiri. member-member kena la baik-baik.. aku tak pernah buat jahat ngan korang kot. :P








oh, sudah 20 tahun. 

aku harap, dalam perjalanan meniti usia dengan hari-hari yang bakal mendatang ini, 
aku akan jadi lebih kuat.
lebih bersemangat.
lebih berfikir.
lebih tabah.
lebih comel dan cantik matang.
lebih dan lain-lain lagi. :P

dah dah. 
nak kena siap-siap, kejap lagi kena basuh tong sampah kat bawah. grrrr.

pesananikhlas : terima kasih  :). lagu-lagu itu semua best tapi sedih. tapi tetap terima kasih :)



dan bila hati dihancurkan,
jangan pernah biarkan hati mati di titik itu walaupun hati seakan membeku. 
aku mengerti, aku pernah merasai,
perit tapi hati akan tetap terus menunggu.
pelik bukan?


bergantung haraplah pada Allah yang Satu,
Dia Maha Mengetahui.
Dia Maha Mendengar.

:')


ohh.. patut la fatin cantik comel,
rupanya ibu dia gorgeous da bomb gituu.
awww
saya rindu ibu saya.
wanita tabah ini yang 9bulan mengandungkan dan melahirkan saya.
:')
*part ni memang tak boleh nak cover macho jugak  T__T*





Tiada ulasan: