Sabtu, 30 Januari 2010

tolong! tolong! asrama saya berasap!!



ecece.
kolej kediaman yang saya duduki bukan berasap kerana kebakaran ya kawan-kawan,
tetapi adalah disebabkan fogging nak membunuh manusia nyamuk yang semakin mengaktifkan diri mereka secara berleluasa dengan menghisap darah-darah manusia yang enak lagi sedap nyam nyam gituuu.
dan disebabkan nyamuk-nyamuk ini boleh mengakibatkan denggi, chikungunya, dan lain-lain kepada manusia, dengan yang demikian, fogging untuk menghalau manusia dan nyamuk dari biik masing-masing telah dijalankan. dan misi utamanya adalah untuk membunuh nyamuk-nyamuk tersebut secara berjemaah gituuu.

waktu tu, dah lah aku ngan anna ni penat dan busuk baru balik dari bola jaring dan dengan niat nak naik laju-laju sebab nak mandi untuk menghiangkan bau-bau yangg tidak menyenangkan. tetapi malangnya, niat tersebut terus terbantut akibat fogging ini lah. grrr.
lalu kami kena lah menunggu di luar sementara pegawai-pegawai dari hospital tu semua menjalankan misi mereka menembak nyamuk-nyamuk tersebut.


ini keadaannya ya kawan-kawan.

dan ini lagi.

fuh.
sosak napas aku time ni. rasa macam dah nak pengsan tunggu anak raja sambut sajo. ahaha(effect nya haruslah melebih-lebih ya agar lebih dramatik gituu)


baiklah, sekarang ni, mari kita lihat apa itu fogging?

fogging ni secara logiknya, macam kau sembur ridsect kat dalam rumah untuk bunuh nyamuk-nyamuk semua, cuma bezanya, ridsect guna spray dalam tin dan fogging kau guna mesin macam ala-ala nak bunuh musuh guna machine gun tapi yang ni kau guna mesin yang ada chemicals yang merbahaya. dan bezanya dengan ridsect jugak, bahan-bahan kimia yang terdapat dalam benda alah fogging ni ha.

waktu dulu-dulu, masa form 5 kan, setiap kali ada fogging, belum pun sempat asap-asap fogging tu hilang, yet masih tebal lagi tu, aku ngan roommate-roommate aku sekalian dah berlari-lari tak sabar nak masuk bilik. lagipun, sebab taknak berebut shower nanti. terus dengan bangga aku kebal weh. lari-lari maraton gituu masuk dalam asrama. last-last keluar pergi prep lambat jugak. llalalala

dan sekarang, baru lah aku tau rupa-rupanya bahaya ya kawan-kawan.
jangan tiru aksi sedemikian.
kenapa?

dalam benda alah fogging tu, dia guna pyrethrum atau pyrethrins sebagai bahan untuk buat nyamuk-nyamuk tersebut rasa seperti jerebu gituu lalu pengsan dan mati. ye la.. asyik manusia sajo yang rasa jerebu, bagi la chance kat nyamuk jugak kan. benda alah tu bukan guna untuk bunuh nyamuk semata-mata, tapi jugak untuk bunuh serangga-serangga lain jugak.

kenapa benda alah ni bahaya?

sebabnya, benda alah ni boleh bagi effect kat kita-kita manusia ni kan..
1) gatal-gatal.
2) kulit macam terbakar gitu
3) macam mencucuk-cucuk kulit
4) sakit kepala
5) kejang-kejang
6) muka merah-merah
7) asma
8) bersin
9) mual-mual

haa.. yang tu semua effectnya macam yang light-light sajo lah kan.

tapi jangan tidak tahu.
benda alah tu jugak boleh sebabkan effect yang sangat serius ok.
1) autism
2) parkinson
3) cacat kepada baby yang lahir tu. ni macam bahaya kepada ibu-ibu mengandung lah kan.
4) tekanan
5) kanser payu dara
6) penyakit hati
7) penyakit tyroid
8) penyakit hati. yang sakit hati kat orang tu lain ya.
9) kerosakan pada sistem kekebalan tubuh, sistem saraf, dan endokrin.

see...
sangat bahaya ok.
mungkin sebab kita hanya didedahkan tentang bahaya nya nyamuk, tetapi tidak pula didedahkan mengenai bahaya nya benda alah tu, sebab itu sebahagian daripada kita ni hanya memandang ringan dan tidak menutup mulut dan hidung sewaktu fogging dijalankan. mungkin effect nya tidak sekarang, tapi untuk masa akan datang, siapa tahu.
sebab itu kita kena berjaga-jaga.
bukankah mengelakkan itu lebih baik daripada menyembuhkan. :)

andai ada yang tersilap, aku mintak sorry.
tolong betulkan saya.

pesanansikit : banyak nya kerja nak kena siapkan. :(

11 ulasan:

nursarah berkata...

kalau kat kolej dulu,aku terus tutup pintu tingkap segala. alergik bau benda alah ni. haha

FatinSyahirah berkata...

nursarah : ahaha. niat hati nak berbuat begitu, tapi tak sempat, sampai2 lepas dah habis bola jaring, tengok2 dah start fogging, orang lain semua pun dah kena halau. sorang sembur sampai dalam bilik kot.

nas aliff berkata...

salam singgah..

asrama kt mne neh.
cam bese nmpk le..=)

einaz ;D berkata...

ayo..
benda yg paling myampah ialah kena halu beramai2 sbb diaowng nk bagi ubat nymuk.;)

FatinSyahirah berkata...

nas aliff : kat kelantan nun. haa. cube teka.

einaz ;D : tau takpe. lepas tu, tak suka jugak bila dah lepas fogging tu, lantai macam melekit-lekit kan?
pastu baju yang tengah jemur pun busuk skali. menci!!

FatinSyahirah berkata...

nas aliff : kat kelantan nun. haa. cube teka.

einaz ;D : tau takpe. lepas tu, tak suka jugak bila dah lepas fogging tu, lantai macam melekit-lekit kan?
pastu baju yang tengah jemur pun busuk skali. menci!!

FatinSyahirah berkata...

nas aliff : kat kelantan nun. haa. cube teka.

einaz ;D : tau takpe. lepas tu, tak suka jugak bila dah lepas fogging tu, lantai macam melekit-lekit kan?
pastu baju yang tengah jemur pun busuk skali. menci!!

FatinSyahirah berkata...

nas aliff : kat kelantan nun. haa. cube teka.

einaz ;D : tau takpe. lepas tu, tak suka jugak bila dah lepas fogging tu, lantai macam melekit-lekit kan?
pastu baju yang tengah jemur pun busuk skali. menci!!

FatinSyahirah berkata...

nas aliff : kat kelantan nun. haa. cube teka.

einaz ;D : tau takpe. lepas tu, tak suka jugak bila dah lepas fogging tu, lantai macam melekit-lekit kan?
pastu baju yang tengah jemur pun busuk skali. menci!!

nand nasyari berkata...

tiap2 minggu pon fogging kt tmpt keje nand..tp nyamok xmati.. rasenye xlamae lg, manusia plak mati sbb fogging..hahah

FatinSyahirah berkata...

nand nasyari : ahaha. tau takpe. nyamuk tak mati2 gak. denggi pun ade je.. ahahaha