Isnin, 4 Januari 2010

selamat tinggal 2009 dan welcome 2010.

dah masuk hari ke-4 2010, baru nak buat konon-konon macam official punya selamat datang gituu..
poyo je. haha

sekejap je masa berlalu.
rasa macam baru je masuk 2009, tapi tup tup dah masuk 2010 pun.
ingatan untuk dirisendiri dan kawan-kawan.. sesungguhnya semakin hari, semakin dekat ajal dan kiamat dengan kita..

apa yang  berlaku sesungguhnya tidak boleh diundur untuk di-edit kembali.
semoga apa yang telah berlaku lebih mematangkan. :)

untuk keseluruhannya,
2009 banyak ukirkan kenangan.
dan kebanyakkannya pahit.
serius.
banyak dugaan.
tapi aku yakin, dengan dugaan tu, aku akan jadi lebih tabah, lebih kuat..
dan dugaan dan ujian itu membuatkan aku lebih kenal hidup.
lebih kenal siapa itu manusia.
lebih kenal apa itu tentang hati.
lebih kenal siapa kawan dan siapa lawan.
lebih kenal erti kesusahan.
lebih menghargai kesenangan yang hanya sedikit.

Allah itu adil.
Dia takkan duga seseorang hambaNya tanpa kemampuan hamba itu.
dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. ada pengajarannya.
lagipun, kalau tak ada dugaan ke apa ke, macam plain pulak hidup ni. pastu bosan. pastu?? bla.. bla.. bla..
sepanjang hidup aku jugak, ramadhan 2009 la paling banyak dugaannya sampai aku kena ponteng puasa.
ponteng wajib tu lain la ye. ahaha
serius wey.
tapi dengan dugaan tu jugak, aku tau aku tak keseorangan.

terima kasih Allah. kerana sentiasa ada bersama hambaMu yang lemah dan hina ini.
terima kasih ibu.
terima kasih kawan-kawan, sebab tanpa korang, aku tak mingkin berhenti menangis waktu tu.
:')

tiba-tiba sedih.
tiba-tiba sayu.

2009 berlalu.
dengan harapan, apa yang telah berlaku dan berlalu
yang manis akan berulang kembali
dan yang pahit takkan kembali dan tolak tepi.

dan sekarang, tibanya 2010.
dengan Fatin Syahirah yang baru.
azam baru?
aku macam tak ada azam ok.
sebab bagi aku, tiap-tiap hari aku perlu tetapkan azam. bukan tiap tahun.
sebab, kadang-kadang aku over bersemangat, kadang-kadang aku rasa macam tak bersemangat.
lagipun, kalau azam tak tercapai kang, aku gak yang frust nonggeng gituu..
jadinya, aku ikut flow sajo..
tapi harapan dan target tetap ado..hehe

dengan kedatangan tahun baru masihi dan hijrah yang masih lagi dianggap baru..
harapanya aku

lebih matang
lebih baik
lebih rajin
lebih berfikir
lebih kuat
lebih tabah
lebih sabar
lebih bertanggungjawab
lebih bersemangat
lebih yakin

dan yang paling utama

lebih ingat dan dekat dengan Allah S.W.T yang Satu, yang Maha Agung..
:')






aku ngan anna pada lewat 2009



ini awal pagi 1 jan 2010



dan ini macam dah matang sikit, pagi 2 jan 2010.

dah masuk tahun ke 20 wey!
omg omg.
aku dah tua. dah tak remaja. omg omg.
ahahaha. gelabah gila.
tapi biarlah. nak gelabah jugak. ahaha


notatakbolehlupatampaldalamkenangan : aku tak boleh lupa kena 'countdown' ngan urusetia/fasilitator malam tu. ingat je mesti gelak. kalau gelak tak pecah di mulut pun, pasti berdekah-dekah di dalam hati.   :)






new fatin mode - on.



aku tak kacau kau.
kau pun jangan kacau aku.
tapi, kalau aku buat salah, tolong tegur.
ok?



merdeka!!!
*tiba-tiba*
ahahaha.


ok ok.
kawan dah mengantuk.
kawan rasa, baik setakat ini sahaja lah.

sekejap. sekejap!

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu



semua baru untuk aku.
semoga hari ini, tahun baru ini,

akan jadi lebih baik dari hari-hari dan tahun-tahun sebelumnya.
:')









Tiada ulasan: