Isnin, 25 Januari 2010

saya Sempoi!

fuhh.
walaupun baru nak masuk dua hari tak update, rasa macam omaigod, amanya tak update.
dah bersawang agaknya blog aku.
bukan apaa.. 
dua tiga hari ni rasa macam bz kalahkan menteri gituu.. pang!


ok fineee.. 
nak kata aku gelabah kan..
memang pun.. lalala


ok kawan-kawan.
hari ni kita belajar sama-sama mengenai darah..
haaa..
semua dah tau masing-masing darah jenis apa? 
aku tau aku punya... lalalala..(ecece.. mentang-mentang la tadi waktu lab test jenis darah)
walaupun dulu waktu matrik dah buat lab macam ni, tapi aku tetap excited nak test darah jenis apa tadi.
bunyi je macam berani, tapi penakut masa sab nak cucuk jari aku keluarkan darah. sampai kak  zee pun pegang supaya aku tak larikan jari. hilang macho beb. sampai arep pun kata, "fatin, kau dah hilang macho dah. hahaha"
cis! 
sebab aku dah hilang macho tadi, jadi kita skip lah cerita pasal apa yang berlaku kat lab tadi ya kawan-kawan.


haa...
meh sini meh.
sebelum ni kan, aku just ada baca pasal personaliti ikut bulan kelahiran sajo, tak tahu pulak ada jugak ikut jenis darah kan. 
memang lah belum tentu betul dan aku sendiri pun tak percaya.
cuma untuk suka-suka sajo. kalau ada yang macam nak sama dengan personaliti sendiri tu, kira nasib lah kan. kebetulan sajo.




DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


People with blood type O people are outgoing, energetic and social. They are the most flexible of the blood types. They easily start up projects but often have trouble following through because they give up easily. They are flighty and not too dependable. O types always say what's on their mind. They value the opinion of others and like to be the center of attention. Also, people with O blood are extremely self-confident.


Type O, the most "average" blood type, is considered the best type in Japan.







DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.






People with blood type A have a deep-rooted strength that helps them stay calm in a crisis when everyone else is panicking. However, they tend to avoid confrontation, and feel very uncomfortable around people. A types are shy and sometimes withdrawn. They seek harmony and are very polite, but all the same feel that they never really fit in with others. A types are very responsible. If there is a job to be done, they prefer to take care of it themselves. These people crave success and are perfectionists. They are also very creative, and the most artistic of all the blood types, most likely because of their sensitivity.


People with blood type A are also likely to be considered classic "type A's": stressed and conscientious. In anime, people like Hotohori are type A's.





DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.





People with blood type B are the most practical of the blood groups. They are specialists in what they do. When they start a project, they spend extra time understanding and trying to follow directions than others might. When they are doing something, all of their attention is focused on it. They tend to stick to a goal and follow it through to the end, even if it seems impossible. They tend to be less than cooperative, as they like to follow their own rules and their own ideas. They are individualists. B type people pay attention to their thoughts a little more than their feelings, and therefore can sometimes seem cold and serious.


People with blood type B are often considered more relaxed, freewheeling, and unconventional than other types, although not necessarily to an unacceptable degree. In anime, the genki, off-the-wall types are type B, along with any kind of well-intended character who's ruled by their impulses.




DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.





People with blood type AB are hard to categorize. They can have characteristics on both ends of the spectrum at the same time. For instance, they are both shy and outgoing. They easily switch from one opposite to another. AB people are trustworthy and responsible, but can't handle it when too much is asked of them. They don't mind doing favors or helping out, as long as its on their own conditions. People with this blood type are interested in art and metaphysics.


AB is considered the worst blood type. In predictability-loving Japan, they're loose cannons. They also like to set their own conditions and reserve the right to drop out when things don't meet their expectations. They're known to be sensitive and considerate—at times—but it just isn't enough to balance out the flaws in this blood type. For a while, some companies tried dividing their employees into work groups based on blood type, and no one wanted to work with the AB group. Anime villains are likely to be type AB.




haa,,
kawan-kawan punya darah jenis apa?
hehe.
aku punya mana boleh bagitau.
macam ni. macam ni.
cuba teka, siapa dapat jawab, dapat hadiah.
siapa nak hadiah sila lah jawab laju-laju. ehehe


oh. gambar masa dekat lab tadi adalah tiada sebabnya aku tak bawak telefon bimbit sebab tak ada bateri malas nak charge. ala. bukan guna sangat pun, sebab tu tak charge. itu sebabnya ya.




tiba-tiba tak tau nak tulis apa dah.





suka lah gambar ni.
rasa macam artis yang kena snap senyap-senyap oleh papamamarazzi semua.
ahaha




pesananuntukanna : tahniah weh dah pandai smash walaupun belum dapat balas dendam. niat kena jaga weh. tak boleh derhaka dengan sifu. ingat tu!






dah lama tak berlagak.
ni baru sikit ni. dah nampak macam pro.
belum main betul-betul lagi.
ish, tak payah cerita lah, nanti tak sanggup nak terima pujian banyak sangat, takut nanti ter-riak pulak. lalala




pesananbiasa : kosong dan gundah.




oh hati.
kuatlah.











Tiada ulasan: