Rabu, 13 Januari 2010

rawak sahaja.

tak tau nak blog pasal apa.
tapi rasa nak blog walaupun kerja berlambak lagi yang masih terbengkalai belum siap. boleh?
haih.
serius tak tau nak blog pasal apa. serius.

kan best kalau hidup ni kita dapat apa yang kita nak.
kan best kalau kita boleh hapuskan apa-apa yang kita taknak.
kan best kalau kita boleh rewind balik masa dan edit ke, delete ke apa yang kita tak suka berlaku supaya perkara-perkara yang kita tak suka terus hilang terus dari ingatan, lepas tu dah tak payah nak ingat-ingat, layan-layan jiwa, sedih-sedih bila kita teringat semua yang dah lepas dan yang kita tak suka tu kan?
kan best kalau kita boleh ulang dan ulang balik peristiwa yang kita suka berlaku.
kan best lagi kalau bla... blaa... blaa... kan??

tapi..
tu semua hanya kalau ok. KALAU.
harapan la nak berlaku tu semua. apa kau ingat hidup ni macam kartun?
bila dah mati kena belasah pun boleh hidup balik? macam tu? boleh blaaa...

jadinya,
apa yang berlaku dalam hidup ni memang menguji. memang menduga.
Allah nak duga tahap keimanan seseorang dalam menempuhi dugaanNya.
dan Allah takkan letakkan suatu ujian ke atas hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung dugaan tersebut.
maknanya, Allah duga hambaNya mengikut keupayaan hamba-hambaNya. :')
dan setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmah yang terselindung di sebalik dugaan tersebut. cuma kita yang tidak tahu. cuma kita yang terlalu menghayati kesengsaraan itu sehingga lupa tidak sedar akan hikmah yang muncul di depan mata.
ok finee la kan.. cakap senang lah..
aku bukan cakap sekadar apa.
tapi itu aku.
lebih daripada kadang-kadang, aku terlalu layan jiwa fikir pasal kisah lama sampai lupa pasal perihal yang bakal datang. bakal tiba. tanpa aku sendiri sedar.
wake up, fatin! wake up!
harus sampai bila untuk dikenang kisah-kisah yang larakan hati? bagitau sampai bila.
bagi aku, mengenang itu kadang-kadang perlu.
supaya aku sentiasa beringat-ingat agar bak kata pepatah, pisang tak berbuah dua kali.
mengenang itu juga kadang-kadang perlu,
supaya apa yang baik berlaku itu, aku simpan sebagai kenangan terindah dan apa yang buruk itu aku jadikan pengajaran. dan pengajaran itu lah guru yang terbaik dalam hidup setiap manusia.
sebab, dengan pengalaman yang dilalui setiap manusia, manusia akan jadi lebih kena akan hidup.
akan lebih kenal siapa itu manusia sebenarnya.
dan yang lebih penting.
dengan pengalaman itu sendiri juga, akan bawa kita lebih dekat kepada Allah yang Satu,walaupun ada juga yang membawa jauh dari Allah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku ini hambaMu yang hina. aku ini hambaMu yang penuh dosa. Kau ampunilah dosa-dosaku.. aku pohon padaMu Ya Allah.. Kau berilah aku petunjukMu dalam setiap apa yang aku kerjakan. Kau berilah aku petunjukMu, sinar hidayahMu agar aku tidak berpaling dariMu.."
:')


semakin besar, semakin meningkat usia,
hidup semakin rumit.
ye laa..
mana nak fikir pasal belajar.. mana nak fikir pasal kerja.. mana nak fikir pasal masalah.. mana nak fikir pasal kawin.. eh eh. silap pulak.
haa.. untuk yang tak ada calon macam aku ni.. mana nak fikir cari bakal suami. mana nak fikir nak kenal hati budi.. mana nak kenal hidup.. haih.
tambah-tambah lagi, manusia sekarang susah kita nak faham kan?
dalam baik-baik.. sebenarnya lakonan semata, kemudian kita di-ngap terus. hamik kau. dia senang hati lalalala, dan kau tersungkur sedih hati wuaaa wuaaa. dan waktu itu, kau pandai-pandai lah rawat baik luka parah tersebut. aku tak kata pada siapa-siapa. tapi itu yang aku pernah rasa. itu yang aku pernah lalui.
dan lately kadang-kadang aku fikir dunia sekarang.
kita tak boleh nak bezakan yang mana kawan, yang mana lawan.
sebab kadang-kadang yang kita anggap kawan itu sebenrnya lawan, dan yang kita anggap lawan itu sebenarnya kawan. kadang-kadang kata aku.

hidup ni memang rumit.
tapi aku rasa, tak perlulah aku nak rumitkan lagi keadaan nak fikir-fikir tu semua.
yang penting, aku appreciate apa yang aku ada.
yang penting, aku jadi lebih berani dan kuat untuk hadapi dugaan-dugaan hidup yang bakal mendatang agar ku jadi yang lebih baik. yang lebih matang. yang lebih berguna agar dihargai. bukan dilempar ke sana ke sini macam bola pingpong. ececece.. pingpon aje.. mentang-mentang la dah ada raket pingpong nak main petang-petang. ehehe

aku gembira dan bersyukur apa yang aku lalui sekarang walaupun kadang-kadang rasa macam ada yang tidak kena.
aku hargai apa yang aku ada sekarang. cuma tang berat badan tu.. tak boleh sangat la kan.. mana boleh wey.. lebih-lebih lagi berat dah naik ni. tak boleh jadi. mungkin dalam proses.. ehehe

lagi.. aku nak merepek pasal apa lagi ni.. haih.




pesanantakberapapanjang : entri ini agak beremosi. mungkin sebab dalam tempoh PMS. dan mungkin juga sebab saya tension tadi saya timbang berat saya makin bertambah. oh tidaaaaakkkk!!!


gambar ni tak boleh blaa sebab siap letak tag fatinibrahim.blogspot.com.
bajet macam ada orang nak curi gambar kau eh.

ishh.. bukaaan.. ni nak try sajo.. ahaha

Tiada ulasan: