Rabu, 27 Januari 2010

penat oh!

walaupun semalam tidak dapat tidur,
tapi saya bersyukur sebab dapat tamatkan kelas hari ini tanpa sebarang pontengan sebab terlajak tidur ke hapa.
syabbaas fatin!
ceaaa.. tak boleh blaa gituu..
tapi tak apa lah. semangat untuk diri sendiri ok. kalau diri sendiri tak bagi semangat untuk diri sendiri, maka siapa lagi?

test tadi....
sekarang ni kena berserah sajo..
aku dah berusaha, dah buat yang sebaik mungkin,
kiranya apa-apa markah yang bakal aku terima nanti, aku kena redha lah, sebab hasil yang aku dapat tu menunjukkan usaha aku yang tak seberapa gitu kan.
kata last minit, maka haruslah terima seadanya..
banyak lagi test to go.
isnin ni genetics. aduyai. banyak lagi tak baca. esok balik yey! ( dalam kata nak test pun haruslah sempat balik ye walaupun baca pun macam tak sempat nanti mula lah penat kalah atlet maraton ke hapa. terus makan ke mana tido ke mana berangan ke mana. balik rumah esok malam kena bawak notes banyak-banyak ni. padahal, macam la sempat nak baca semua pun. tapi takpe. dulu masa sekolah rendah, aku selalu bawk buku banyak-banyak dalam beg. tak ikut jadual. sebab kawan aku kata, kalau bawak buku banyak-banyak, nanti ilmu serap masuk dalam badan. aku yang malas pada waktu itu pun terus ha ye ke. terus tiap-tiap hari pergi sekolah bawak buku banyak-banyak sebab nak pndai punya pasal. tapi tak pandai-pandai pun. time UPSR pun berbincang  meniru dengan budak meja sebelah jugak. jangan main-main, aku meniru depan pengawas ok. pengawas sporting habis tak rampas kertas aku, tapi senyum menggalakkan aku untuk terus berbincang  meniru lagi. haa.. eh, aku balik rumah esok malam sebab hal penting ye. kalau tak, aku balik time raya cina nanti sajo. )



moral of the story pada hari ini, kita janganlah membuat kerja pada saat-saat akhir kerana akan memudaratkan diri sendiri iaitu penat. (mesti cikgu BM aku vangga baca ayat aku, tak lupa ajaran cikgu-cikgu BM dulu-dulu. ceaa..)


pesananringkas : walau apa pun dugaannya, hati harus kuat. mesti kuat.   :')



ok lah.
(abaikan lilin yang pecah itu)



Tiada ulasan: