Sabtu, 9 Januari 2010

mogok nak balik rumah.

fatin ni apa hal tiba-tiba nak mogok balik rumah kan?

ok fineeee....

meh aku kasi cerita meh.
nak aku bisik pelan-pelan ke..
nak aku bisik kuat-kuat??

aku tengah emo ni.
jangan main-main..

tajuk entry dah macam dramatik habis.
tapi tiba-tiba isinya emo dan lembik, lagi lembik dari tisu yang direndam di dalam air. boleh?
malaysia kan boleh.. mesti la boleh...

lepas ni dah tak nak balik rumah dah!
tak nak!
tak naaaaakkkk!!!!!
(ecece.... boleh caye ke??) ahahaha... sila percaya bulat-bulat.
sila percaya!!!!!
(aduhai.. nak emo-emo lagi la pulakk..)

aku baru sampai dari rumah..
tapi sekarangg dah start rindu gila.
rindu gila-gila wey!!
tadi elok-elok je gelak-gelak macam nak pecah perut dan dada bagai..
tapi sekarang macam nak nangis gila-gila rindu ibu..
alamak.. kantoi nak nangis lah pulak.. control macho. control macho!
ahahaha... gelabaaaaahhh...
sukahatilah saya lah... baru nak bermanja sikit-sikit... awww

saya rindu ibu saya.
saya rindu the moment we shared stories together.
i miss the moment we laughed the joke i made, together.
i miss the moment dengar ibu marah-marah kalau saya drive laju-laju.
i miss the moment ibu plan nak masak-masak lepas tu tak jadi sebab saya taktolong @ sudah terlambat.
saya rindu nak dengar ibu saya bagi nasihat.
saya kadang-kadang rindu nak dengar ibu saya bebel-bebel.
saya rindu saat-saat ibu saya kejutkan saya supaya bangun tidur. dan bila saya malas nak bangun, ibu akan kata, "meh nak angkat meh.."
dan di waktu saya masih lagi terbaring atas katil, ibu akan periksa kuku saya dan akan pukul manja-manja sebab tak potong kuku, sambil kata.. "ya Allah.. tak potong kuku lagi.. dah panjang ni.."
arrrghhhh.. saya rinduuu!!!
:'(

kenapa eh bila dah semakin besar dan semakin nak kawin ni..
jadi semakin rindu ibu bila berjauhan walau sekejap pun? padahal bukan tak balik langsung pun.
kawin?? dah ada calon ke??
eh.. silap, silap.. belum ada calon lagi..
ok ok.
cancel cencel.
pembetulan.
kenapa eh bila dah semakin besar dan semakin cantik matang ni..
jadi semakin rindu ibu bila berjauhan walau sekejap pun?
haih.




SAYA RINDU IBU SAYA.



pesanansikit : balik rumah konon-konon nak ambik barang tertinggal, tapi still tertinggal barang kat rumah jugak. tadi ibu call,ibu kata, " hey. ni sarung bantal teringgal jugak ni!!"

haih. padahal hati sentiasa tinggal kat rumah. sebab tu asyik teringgal barang sajo.
kuikuikui


gambar adalah tidak berkaitan.
tapi aku nak mood belajar datang kepadaku laju-laju.
boleh?



SAYA MASIH RINDU IBU SAYA.


tolongsaya : ibu saya tidak berapa sihat. sama-sama tadah doa.. doakan ibu saya cepat sembuh, pleaseee.. :'((


2 ulasan: