Rabu, 27 Januari 2010

kenapa saya ada blog?

ok.
cuba re-read soalan di atas, kemudian baru jawab supaya jawapan anda tidak terpesong, sekaligus dapat mengelakkan anda daripada menjawab hal-hal yang tidak berkaitan dengan soalan.

ceaaa..

ok ok.
meh dekat-dekat sikit aku nak jawab kenapa aku ada blog ni.

ceritanya bermula begini.
lepas SPM dulu kala, waktu tu tahun 2008. aku masuk kelas intensif english (dah masuk kelas pun, still tunggang terbalik tergagap gagap belajar english. boleh? ok. abaikan perkara itu.)
aku lupa dah nama pensyarah yang ajar aku tu. pensyarah ok. jangan main-main. aku masuk kelas english dekat uitm dungun ketika itu. dan ada lah waktu satu kelas ni, dia suruh kitorang buat blog, so, aku ni, nak ke tak nak ke, kena lah creat account jugak kan. aku pun create lah account konon-konon waktu tu ersemangat lah nak blog, padahal, balik rumah terus lupa nak bukak. password pun semua lupa bagai. itu tandanya memang aku tak guna langsung lah. setakat ada account sajo. kalau orang tanya, eh kau ada blog tak? at least boleh la jugak aku cakap eh adaaa.. padahal, waktu tu jugak dalam hati, kuih apa nak tulis apa nak merepek apa macam mana nak guna benda alah blog itu?

aku start macam nak aktif blog ni waktu dah dekat hujung tahun 2009, sebab duduk kat sini dah bosan sangat tak tahu nak buat apa kan.( bukan nak study, sebab tu result sem lepas macam entah apa-apa). lagipun, aku tengok roommate aku si zaty tu buat blog, tengok dia tulis blog hari-hari, lepas tu aku pun baca blog orang lain dalam hati, eh macam best la pulak tulis blog ni. terus aku pergi dekat blogger, lepas tu aku tekan dekat forgot your password? untuk dapatkan password lah kan. dan mulai saat tu aku pun berblog lah. tapi idok le aktip pun. kalau kau tengok dekat older posts aku yang dulu-dulu, tak banyak pun aku update. sebabnya, aku sangkakan tidurku lena sampai ke pagi, rupanya terjaga di tengah malam. alaa.. maksudnya, semangat berblog aku waktu tu macam hangat-hangat taik ayam gituu. tak lama lepas aku start blog, aku delete akaun aku. tak tau kenapa. rasa macam malas. lagipun, time tu kan dah dekat nak exam.

lepas je final exam, aku undelete balik. sebabnya, aku bosan tak tau nak buat apa. lagipun, aku fikir, nanti kat rumah kang bosan tak ada kerja nak buat. sekarang ni at least ada lah hobi baru. ececece. dan sejak aku undelete semula akaun aku hari tu, aku masih kekal berblogging sampai saat ni yang kau duk ngendap blog aku ni, sampai saat ni lah.   :P

ok.
itu baru mukadimmah ye kawan-kawan. yakni, baru sejarah permulaan blog dalam hidup saya.

sebab aku berblog?

1. suka-suka sajo. sejak dah tak ada orang nak kat aku ni, kiranya kat blog ni lah kalau aku nak cerita pun. tapi bertapis lah kan. idok le aku nak cerita semua. nehi nehi. kat blog ni, kalau aku sakit hati ke, aku happy ke, aku frust ke, aku pun menaip lah kat blog ni. walaupun aku rasa aku hanya tulis sikit, tapi aku rasa macam lepas perasaan tu. macam boleh lapangkan dada aku dengan apa yang aku rasa. blog ni macam agak membantu.  macam yang pernah aku cakap sebelum ni lah kan, sedikit lapang.

2. at least, bila aku dah tua nanti, blog ni boleh la ingatkan aku tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku waktu muda-mudi duu kala. lepas tu, boleh lah tunjuk kat anak cucu cicit. mesti dorang bangga dengan aku nanti. ceaaa. statement tak boleh blaa gituu.

3. lepas tu apa heh? bila dah ada nuffnang ni lagi la rasa macam nak blog-blog lagi. eceh.

4. bila aku dah tulis blog ni, dan bila boleh terjah blog orang dan orang terjah blog aku, suka suki lah jugak hati aku ni. boleh komen-komen kan. bila aku nampak kat dashboard 1comment need to be approved, terus lah aku lompat-lompat yea yea ada orang komen. biasala jakun sebelum ni tak ada orang komen kan. lalala

aku rasa tu je lah kot.
tapi aku rasa ada lagi. malangnya dah lupa pulak. tapi tak apa. at least yang betul-betul penting tu, aku dah tulis dah la kan. :)



pesananikhlaskepadayangmembaca : terima kasih kerana sudi baca blog saya walaupun saya tau kadang kadang just drop kat cbox sajo, tapi saya tetap berterima kasih. :')


dah kekurangan gambar sebab sekarang macam malu nak berdepan camera.
ececece.


pesananpenting : jangan lupa tengok entry tudung!! tudung!!



9 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

memang seronok berblogging ni kan... yang penting kita kena bertanggungjawap dengan apa yangkita tulis kan

Afiqah Moves to Level 3, Good

Hari Tak Berbelanja, Boleh Ke???

FatinSyahirah berkata...

betul betul.
tak boleh sembarangan berblog jugak.
haih.

mancai berkata...

salam singgah, seronok2

ariff berkata...

seronok berblogging

dapat baca macam2 kisah orang

AiNnUr FaRihAh berkata...

wlcome to blogging world=)

Tanpa Nama berkata...

study kt ne??

FatinSyahirah berkata...

mancai : terima kasih, singgah-singgah selalu :)

ariff : betul2. banyak sangat.

annur : thank u :)

anon : kat kelantan. eheh

miszchocolate berkata...

blog mmg besh!!

shaye pn mseh bru berblogging...
kkdng smpi kebas montot sbb asik sngt dok lyn blog neh..


keke :PP


vsit me (:

FatinSyahirah berkata...

miszchoocolate : betul2. ahaha
pastu sampai sanggup tangguh buat keje lain dulu. :D