Sabtu, 23 Januari 2010

kau diam sikit jangan kacau aku tido boleh tak?? *bisik halus sambil muka bengis*

sekarang ni konon-konon aku tengah marah ok.
memang marah pun. tapi tadi je la.
lepas tu aku sambung tido balik.
mana boleh wey orang kacau time aku nak qada' tido.

tadi time aku tengah best syok-syok baik baik punya tido tiba-tiba dengar pung pang pung pang pung pang pinggan pecah periuk berlaga orang gaduh. ok pentipu di situ. dinasihatkan jangan percaya. tapi untuk efek yang lebih berkesan, boleh percaya. :p
time aku tido tadi, tiba-tiba dengar bunyi macam apa heh?
pontianak yang nak mengilai menangis tapi tak jadi? tapi tadi yang gaduh bukan pontianak.
macam mana aku nak describe macam mana eh?
ok tadi ada lebih dari sorang budak perempuan bergaduh. ye lah kan. takkan nak bergaduh sorang-sorang pulak kan. itu dah gilo namanya. takpun dah tahap tekanan yang melampau tu.
kau paham-paham sendiri lah kan bila budak perempuan bergaduh. ok lebih spesifik. gaduh mulut gituu..
perit ok telinga aku. aku tengah sedap-sedap tidu, boleh terjaga, dan orang lain pun semua nak ke tingkap tengok show korang, bangga la tu sebab dapat tarik perhatian ramai orang eh?
tolong la wey.
kalau kau nak gaduh, gaduh la betul-betul, kasi flying kick satu ke, back-side kick satu ke, lagi apa heh?
aku tak tau la korang tu senior ke batch kitorang kan.
tapi tolong jadi matured sikit boleh tak?
tak payah kau nak gaduh perang-perang mulut kat atas tangga.
lepas tu tak payah nak bising-bising potpoepotpet macam tu. malu wey. malu.
aku tumpang malu sebab aku ni pun perempuan jugak.
cuba bawak berbincang kat dalam bilik ke apa. tapi tak payah nak end up perang-perang mulut macam tu.
kalau nak gaduh sangat, gaduh betul-betul, jangan tegur sampai kau grad pun tak pe. aku tak kisah
tapi jangan kacau ketenteraman orang lain boleh?
nasib baik tangga port korang gaduh tadi jauh dari blok budak laki, kalau dekat mau nya dorang pun boo sekali sampai kecoh satu uni ni. mak cik guard pulak ke mana entah perginya. dating eh.

aku tak tau lah diorang gaduh pasal apa .
aku pergi menjenguk pun tengok diorang gaduh time part nak habis dah pun.
time tu aku nak je jerit, "diam la bodoh!!!"
tapi aku ni kan mamai lagi baru bangun tido dengan niat nak sambung tido balik.
so, aku sound dalam hati je lah kan, dengan niat kalau diorang bising lagi sekali, baru aku sound. dorang takut dengan niat aku, terus diam tak terkata. ahahaha

ok ok.
menurut sumber, ada yang dengar diorang gaduh-gaduh pastu jerit-jerit pasal facebook.
aku pun malas lah nak ambik tau kan.
dah kata tengah menyampah.
kau, kalau kau rasa facebook tu mengacaubilaukan kau, buat boyfren kau boleh jadi curang ke hape, opsss.
kau delete lah terus. tak payah nak ada laman sosial ni semua. kan dah memudaratkan. (ceh. macam aku tak ada. ok kes aku lain)
lepas tu, kalau tadi korang gaduh sebab laki,
useless la wey. tak ada pekdah pun. yilek. bukan suami kau lagi pun.
macam lah dia akan stay dengan kau. kalau sekarang dia dah boleh macam nak melayan, depan-depan tak tau lah macam mana kan. lainlah kalau kau dah mandrem dia, bagi nasik kangkang ke apa suruh dia ikut semua kehendak kau kan. puih. geli ah! dosa wey. baik taubat cepat-cepat.
daripada kau gaduh perempuan yang menggatal dengan laki kau, baik kau pegi serang laki kau tanya bincang elok-elok. tak pun kau pergi jumpa dua-dua sekali gus.
baju takkan kotor kalau tak ada yang mengotorkan, baby!
ini tak. konon-konon jerit-jerit gitu boleh release tension lah? boleh blah!
sekarang serius aku betul-betul marah dan menyampah.
ni semua gara-gara kacau aku tidur tadi.


alang-alang dah gadu, baik bertumbuk je terus.
aku sanggup jadi pengadil.
lepas tu, aku hempuk dua-dua.












ok ok.
tak boleh tak boleh.
kita perempuan, kita kena jaga tatasusila dan ciri-ciri sebagai seorang perempuan yang bakal menjadi isteri dan ibu nanti.



hah. kalau kau rasa kau kuat sangat, baik kau join macam dorang ni.
ada jugak jasa kau terhadap negara.
bukan nak gaduh-gadu perang mulut macam tadi.


pesananmenyampah : entry ini khas untuk manusia-manusia yang bajet kuat tadi. menyampah. tak suka duduk kat tempat yang dikelilingi orang-orang yang bajet samseng tapi haprak pun tarak.

lagi memalukan sebab korang ni perempuan melayu.


bodoh.