Jumaat, 22 Januari 2010

dulu-dulu, aku selalu dengar,
kalau orang sayang kita lebih dari kita sayang dia, beruntunglah badan,
sebab insyaAllah, kita akan disayangi sepenuh hati. pasangan nak curang belakang kau pun, dia akan fikir dua tiga empat kuasa dua kali dulu sebab katanya dah sayangkan kau.
lepas tu, semua orang pun cakap,
eh kalau macam tu aku nak boipren yang sayang aku lebih dari aku sayang dia lah.
aku nak gepren aku sayang aku lebih dari aku sayang dia lah. dan aku pun sama lah kan.
habis tu, kalau semua orang pun nak pasangan masing-masing lebih sayang kau dari kau sayang pasangan kau, dan pasangan kau pun harapkan perkara yang sama, siapa nak sayang siapa lebih wey??
haa. kau orang bercakar la mintak pasangan kau lebih sayang kau lebih. boleh plak sampai macam tu kan. lalala

bagi aku,
tak kisah la siapa yang nak sayang siapa lebih.
sebab sendiri mau fikir la kan.
tapi, sebab aku ni perempuan melayu terakhir yang lembut lagi ayu gituu.. eh eh silap silap.
sebab aku ni perempuan yang memang tamak kasih sayang gitu, makanya aku nak la jugak orang sayang aku lebih sikit. hihi
ok fine.
sebenarnya, bagi aku,
tak kisah lah siapa sayang siapa lebih pun,
asalkan kau jujur, kau ikhlas, kau setia, lagi apa lagi. dan sewaktu dengannya,
insyaAllah hubungan kau kekal.
memang la even kau kawin pun, tak semestinya kau akan kekal dengan dia kan. ini kan pua time bercouple couple-an.
boleh jadi cerai berai prom pom pom gitu kan. tapi mintak dijauhkan sangan-sangat la tang benda yang tak elok tu semua. for sure la nak kekal sampai akhir hayat gituu.
sebabnya, kita ni hanya merancang dan yang menentukan itu, ajal dan jodoh itu,
Allah yang Esa yang tentukan.
kita tak tau apa yang bakal jadi depan-depan nanti,
mana tau kot-kot nanti aku kawin dengan anak raja ke, opss. silap lagi. tapi, mana la tau kan.
bagi aku, yang penting, kita hanya mampu berdoa dan mampu usahakan yang terbaik.
boleh jadi sesuatu yang kau benci itu, sebenarnya yang terbaik buat kau dan jugak sebaliknya.


tak boleh jugak kalau kau sayang pasangan kau lebih-lebih,
buatnya dia tak hargai sayang kau, pastu pijak sayang yang kau simpan tu lumat-lumat prap prap macam mana?

ish.
dah lah.
aku malas nak bebel pasal ni.
aku tak paham dan rumit.
lagipun, tak masuk exam pun. ahahaha




gambar ni agak-agak berkaitan tak?
tak kisah lah berkaitan ke tak.
tapi sebab aku ni perempuan dan hormon kadang-kadang terlebih,
memang agak emo di situu.
lalala



pesanansikitsajo : jangan tanya kenapa aku macam emo. sebab hati aku pun kadang-kadang tergundah, inikan pula sekarang ni aku agak bergundah dalam blog. ololololo.

2 ulasan:

z i e s y a berkata...

ade ke cm 2?
llki2 ni bkn bleh kre sgt..
klu x..
xdela..kawin utk bercerai..
my opinian sje~
=)

FatinSyahirah berkata...

hihi.
betul tu. takde sape yg nak kawin utk bcerai.
kan mintak dijauhkan dengan benda2 tu semua.
maksudnya, sekarang semua laki ke pmpuan ke, tak bleh diambil kre sgt.
:)