Khamis, 31 Disember 2009

Ya Allah.

ini keadaan pada waktu itu :


ibu, adik ngan aku naik satu kereta dengan makcik aku. tapi lupa dah destinasinya ke mana..




dan budak ni anak makcik aku. perangai dia, kalau luar kereta, dia akan gedik gila ngan kau, lepas tu mintak kau dukung semua, asyik nak melekat dengan kau je.. tapi masuk je dalam kereta nak pergi mana-mana, kompom nangis dah tak nak dengan kau. sambil nangis, dia akan sebut ma.. ma.. abah.. abah.. macam lah makpak dia tinggal jauh, padahal tengah drive, aku pun dalam kereta yang sama.. rasa nak paaang je.. ahahaha. boleh?
ok ok.
sambung balik cerita asal.
time on the way nak pergi mana ntah, aku lupa, budak ni nangis-nangis sebab nak dengan makpak dia, padahal dah duk depan ngan mak dia dah. aku yang duk belakang ni saja je lah nak main-main dengan dia, usik-usik manja gituu kan.. tu yang dia nangis, dia takut aku nak dukung dia, tapi dalam masa yang sama dia nak main cak cak dengan aku. gedik ok. tapi aku layann sajo.. kata penyayang.. kui kui kui
sebab dia nak main cak cak dengan aku, pak dia yang tak pernah pernah nak pegang dia time drive, dukung dia time drive sambil cium cium budak tu macam dah takkan berjumpa dah bagai.. pak dia pegang dia time drive bawak maksudnya bawak budak tu kat seat driver lah kan.. supaya senang nak main-main cak cak dengan aku sebab aku ni duduk seat belakang driver.. tapi seperti yang dinyatakan di atas, sambil pak dia pegang dia, cium cium budak tu macam dah takkan jumpa lagi dah.. time drive ok. time drive.
aku dah rasa macam tak sedap hati lah kan. tapi aku diamkan sahaja.
rupanya ibu pun rasa macam tak sedap hati jugak. ibu bisik kat aku,
ibu : rasa macam tak sedap hati lah..

aku nak tenangkan ibu lagi.. aku pun macam ingatkan lah pakcik aku ni kan.. dia kan tengah drive.. tak elok lah drive macam tu.. dah tu kat highway yang simpang siur pulak.. makcik aku ni pulak.. diam je.. dia tengok je.. aku tak sedap hati.. aku pegang ibu dan baca surah pape untuk tenangkan ibu kan..

lepas tu ada lah selekoh ni yang dekat dengan sungai..
time lalu kat selekoh  tu aku tengok ramai gila kereta yang berhenti. kereta polis pun banyak. lepas tu nampak dorang nangis-nangis meraung-raung family dorang apa ntah.. aku pelik. tapi aku diamkan je.. aku bagi instruction kat pakcik aku lalu kat jalan tu sebab dia tak biasa..
waktu lalu kat selekoh tu, tiba-tiba air terus naik.. memang kompomkompom panik lah kan. tapi time tu air naik sikit-sikit je. aku cakap lah kat pakcik aku, patah balik cepat-cepat..
bila pakcik aku u-turn nak patah balik je, air dah betul-betul naik (yang macam tsunami gitu lah).. terus aku ngan ibu dah ada dalam air dah..
masa tu cuak ok. ibu dah jerit-jerit kat aku. mana orang lain. mana orang lain. serius aku tak tau.
aku peluk ibu kuat-kuat.
makin lama, air makin naik dan kami makin tenggelam. ibu dah macam redha gila. ibu kata, 'Dia dah turunkan bah'..gitu lah kan apa yang aku ingat..
aku dah redha gila.. aku peluk ibu kuat-kuat.. ibu waktu tu panik gila. panik yang amat sangat.
aku dah menucap dalam hati takut pape berlaku..
dalam hati aku, aku doa..

' Ya Allah.. kalau hayat aku berakhir di sini, jangan lah kau pisahkan jasadku daripada jasad ibuku.. biar aku mati bersama ibuku supaya ibu akan rasa lebih tenang di akhir hayatnya..'

air waktu tu jangan cakap lah kan.. laju gila.. aku doa dan doa je.. aku peluk ibu kuat-kuat.. aku pejam lah mata sebab dah tak boleh bukak mata dalam air.. air dah laju pulak tu kan. dalam hati jugak, aku kata aku taknak mati lagi... aku banyak dosa.. aku takut..

bukak je mata..
aku ada dalam bilik.
aku mimpi wey. sumpah mimpi tadi macam betul.
aku dah gila cuak.
takut kalau betul berlaku macam tu.
nauzubillah.

mimpi tadi ada pape maksud ke?... *cuak*

bangun je terus call ibu. tapi tak ceritalah kan.. cakap sekejap je.. mamai-mamai bangun tido lagi kan..


Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami agar kami berkesempatan untuk bertaubat padaMu..
matikan lah kami dalam iman.. amin..
:')




serius takut.
sekarang mata dah segar, boleh siapkan laporan SIEP sampai habis.
tadi lepas isyak terus tido. bangun pukul 10 tadi sebab mimpi takut tadi..




penerangan gambar : ini time kitorang duduk paling depan time subjek genetics hari tu. ehehehe


notasehabisringkas : tinggal lagi 23jam 31 minit nak masuk 20taun!
uhh. taknak umur mula dengan pangkal 2. nak sentiasa pangkal 1 je boleh?

ok fine...age is just a number.





Ya Allah.. berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan...
:')

6 ulasan:

dancing queen♥ berkata...

haha. angka 2 is awesome okay!! taun depan 22, double awesome! weeehuuu

FatinSyahirah berkata...

huah.
seriously i never noe u already 20+ tau.
i thought same umur je. lupa nk tgk info kt fb. seriously.


sorry sis

dancing queen♥ berkata...

HAHA. umo tidak menyatakan ape2. ececeh. sebenarnye tanak ngaku tua. HAHA

FatinSyahirah berkata...

hihik.

betul2.
umur hanya sekadar nombor.

saya berkata...

2 r tin..kuat ngt baloh ngn mak mu..hehe//seram je ak bce cte..pnt cncentrate...
ceh mimpi upenye...huhu....
ak pn x ske angka 2 di dpn..ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
da tua..

FatinSyahirah berkata...

mu hok bace pun cuak, aku yg mimpi ni super duper cuak.
uhuh.

tua dh.
adoi