Rabu, 30 Disember 2009

wajib. mesti.





tajuk entri kali ini memang tak boleh bla kan?
ini lah jadinya bila otak dah penat nak fikir, buat laporan SIEP yang masih dalam proses, mata pun ala-ala dah kuyu gituuu..
sampai tajuk entry pun dah tak tau nak letak tajuk apa. boleh?
mesti boleh ok. mesti. ahahaha

SIEP belum siap,
tapi boleh pulak nak bertenggek kat blog ni apa hal kan?
sukahatiaku ok.sukahatiaku. huah huah huah.

tiba-tiba rasa macam..
eeee...bestnya kalau jadi budak kecik balik..
tak payah nak fikir banyak-banyak.
tak payah ada masalah.
makan tido main makan tido main. cukup.

kalau waktu kecik-kecik dulu, macam dah vtak sabar-sabar nak besar cepat-cepat. serius wey.
dulu-dulu selalu fikir..

bestnya jadi orang besar... boleh ada duit sendiri.. boleh kerja.. boleh kawin.. eh eh. silap pulak. ahahaa

tapi bila dah besar sikit.. rupanya tak best seperti yangg disangkakan..
banyak wey kena fikir.. lepas tu banyak jugak yang lupa.. boleh?
haih. macam dah start nak mengarut dah..
dah agak mengantuk tau.
serius penat.
ye laa... kat rumah rehat-rehat goyang kaki sajo.. nak pegi mana-mana pun, naik kereta..
tapi kat sini jalan kaki sajo..
nak kena jalan laju-laju pulak tu.. lagi la capek mak ni wey..
yelaa.. kena la jalan laju-laju.. kelas start pukul9pagi, pukul 8.55 baru nak gerak.. tu pun kalau sempat siap..
kalau tak, pukul9 lari-lari laju-laju kalah si polan..sape heh pelari pecut negara sekarang???
whatever ok. whatever.
aku dah tak ambik tau pasal tu semua.
stamina aku pun dah yilek zero kosong dah. sampai jalan laju sikit pun dah rasa macam nak pengsan 10 hari. hahaha

tak pe stamina.. kau tak nak kerja baik-baik ngan aku ye.. siap kau.





bila tengok minah ni pakai inai..teringat masa kecik-kecik dulu arwah nenek aku suka pakaikan aku inai.
biasanya, aku akan pakai inai siang-siang, tak boleh pakai malam-malam time nak tido..sebab dulu-dulu aku tido ganas. kang kalau pakai malam-malam nak tido, inai ke mana jari ke mana tangan ke mana.
oleh hal yang demikian, aku pakai la siang-siang hari..
masa kecik-kecik dulu pakai inai, ada pantang larangnya..
arwah nenek aku cakap, time pakai inai yang masa nak tunggu nak kering tu kan.. tak boleh tengok ayam ke.. jumpa ayam ke.. kalau tak, kan.. inai tu tak ada warna nanti..
mana boleh tak ada warna kan.. mesti lah nak merah-merah gitu.. nanti boleh menunjuk ngan jiran, makcik-makcik..

eh.. inai kita merah terang.. lagi terang dari awk punya.. kita punya cantik.. lalalalala


ok ok. sambung cerita balik.
kan tak boleh jumpa tengok ayam, kan..
aku pun sedaya upaya lah tak nak jumpa ayam, kan..
sampai sanggup tak keluar rumah main ngan kawan-kawan, ko.. takut jumpa ayam punya pasal..
lepas tu kalau dengar ayam berkokok pun aku dah gelabah-gelabah dah.. sampai sorok tangan yang berinai tu kat dalam baju ke.. kat belakang ke.. padahal baru dengar ayam..  huah huah huah.

haih. nak tulis panjang-panjang pulak..
tak boleh tak boleh.

kesian mata, dah mengantuk..

alaa... lagi sikit je.sikiiiittt jee..

sepanjang malam buat report yang masih dalam proses..
sampai dah blurr sekejap.

lalu..
adegan-adegan seperti ini akan selalunya berlaku berikutan komplikasi yang dialami..















apa pandang-pandang??













ok. alasan sampingan.
padahal, baru nak try webcam sendiri. ahahahaha



selamat malam.




pesanan : maaf. post entah apa-apa yang banyak ke laut. ini lah jadinya bila dah jarang tengok laut. cakap pun asyik ke laut je.






2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

apa2 pun hidup mesti happy kan...

FatinSyahirah berkata...

betull!!

:))