Sabtu, 26 Disember 2009

tiba-tiba.


tiba-tiba aku rasa aku dah tak jadi stalker sangat dah.
ni semua gara-gara mende ni. mende kat atas tu.
selama ni aku tak pernah tau apa fungsi benda kat atas tu wujud.
apa fungsi benda tu wey. tell me. tell meeeee.. ( tapi tu dulu je lah..)
dan sekarang aku dah tau apa fungsinya.
dan sebab aku baru tau fungsi dia. sebab tu aku ambik benda alah tu letak kat blog aku.
konon-konon sebab tak nak blog aku nampak kosong sangat. dan lepas tu jugak baru aku tau fungsinya.

ok ok.
apa kena mengena benda alah tu dengan aku dah tak macam stalker sangat kan.
dulu aku selalu la jugak jengah-jengah stalk stalk jadi silent reader sorang ni kan.
dulu dia satu sekolah dengan aku masa mrsm mersing time form 1 sampai form 3 gituu...
dan aku rapat dengan dia pun masa form 2 sajo. form 1 macam nak kenal-kenal gitu...
lepas tu aku sendiri pun tak tau kenapa balik cuti nak masuk form 3 tiba-tiba macam tak kawan sangat. serius wey aku tak tau kenapa. serius ikhlas jujur dari hati. serius aku tak tau.
lepas tu bila dah renggang aku pun jadi segan malu gituuu.. terus macam diam sunyi sepi sajo..
sebab tu bila aku jumpa blog dia, terus aku baca je lah kan..
macam stalk stalk jadi silent reader yang aku tak kacau hidup dia tapi aku cuma menyibuk nak ambik tau. ehehehe.. kata segannn...
serius aku mintak maaf. mintak maaf sangat-sangat sebab aku sendiri taktau sebab apa.. boleh?
dalam masa yang sama, aku perasan lah kat blog dia ada letak benda alah kat atas tu kan.
tapi stillllll aku tak tau fungsinya..
sebab aku malas nak ambik tau ok. malas.
bila aku dah tau fungsi benda alah tu.. maknanya aku tau lah yang aku dah kantoi selama ni aku ada jugak stalk dia.
aku tau bila aku tengok kat traffic aku ni ha.. dia ada jugak jenguk blog aku.
dan sekarang tiba-tiba tak pasal-pasal aku jadi segan malu malu gituu...

ok ok.

fawani, i'm not ur silent reader anymore.
eh bukan bukan.
i am not ur stalker anymore tapi jadi open reader dah.

ngeeeeeee




ok. ini bukti aku baru tau yang aku dah kantoi bila dia jenguk blog aku.

huah

*tutup muka dengan tangan sambil lari-lari malu-malu*






notalekatdesktop : aku baru je samapi bilik. ok. dah kena start belajar rajin-rajin,



10 ulasan:

fawani berkata...

hikhik. kantoi suda :P
itu la. mse f3 pn tah knape jdi camtu. too much distraction kot maybe or it was just me. sorryyy :(

anyway. hope dengan blog ni dptla kte slalu keep in touch ok! ;)

xoxo!

FatinSyahirah berkata...

hihihi. tau takpe. kantoi sudaaa..
betul2. taktau knape tiba2 je.
uhuh.
m sorryyy too. :(

ok!
keep2 in touch selalu.
:')

dancing queen♥ berkata...

well, i use this to stalk my bf bace blog i ke tak. =.=

FatinSyahirah berkata...

ahah. so dah dapat tau la ye?

melissa faeka berkata...

haha ni comel serious!

FatinSyahirah berkata...

mel!!!
ahaha.

tapi malu berlapislapis ok!
ahaha

dancing queen♥ berkata...

kesimpulan yg i dapat dari traffic:

kalau begadoh, memang die tak baca.

kalo tak gadoh, 2jam sekali baca. =.=

FatinSyahirah berkata...

ahH. kesimpulan from me,

comel.

itu sahaja.

bukan i yg comel lah. tp from ur story, korang comel lah kan

:))

dancing queen♥ berkata...

HAHAHA. tak comel. cos today dah masuk hari ke 6 die tak bace blog I. weehuuu

FatinSyahirah berkata...

wow.
takpe takpe.
nanti kompom kompom dia qada' balik semua posts u yang lepas lepas.

i paham. i paham.
:)