Khamis, 3 Disember 2009

taktau nak letak tajuk apa. random sahaja.

mana2 pun kita boleh tengok macam ramai pendatang asing kat mesia.
ok.bukan macam ramai. tapi memang ramai.

isu yang sememangnye diperdebat kat parlimen, kedai kopi, bla..bla..bla..

lepas tu, keluar berita ramai mahasiswa/siswi menganggur, kes rompakan yang berleluasa, anak kena bawak lari, bla..blaa..bla.. nauzubillah..mintak dijauhkan segala keburukan.

apa punca pendatang asing ramai masuk sini.
xbleh nak salahkan satu pihak.tapi banyak pihak.tak paham kan dunia sekarang?
bila dah berlaku sesuatu perkara. maka akan berlakulah pergolakan menuding jari menyalahkan pihak itu. pihak ini. pihak itu ini. tak pernah nak salahkan pihak sendiri kan?
lepas tu, mula lah nak berlaku pergolakan politik, pergolakan jiwa bagai.
bukan takat gaduh kat parlimen je. sampai kat kedai kopi pun terbawak-bawak pergolakannye. apa nak jadi?

1 Malaysia dilaungkan. siap ada lagu bagai. konon nak terapkan nilai 1 Malaysia dalam jiwa rakyat Malaysia masing2 jangan gaduh, jangan ada sengketa, berbaik2, bla..bla..

tapi alik2, bila ada kes yang melibatkan politik, mana pergi nya laungan 1 Malaysia, mana perginya salam 1 Malaysia?..omong kosong semata-mata.. pencarian undi semata.

yang ado hanya lah gaduh tuding jari. wtf. pastu rakyat jadi mangsa. wth.

x ada yang nak mengaku kesilapan kekhilafan sendiri dek ego yang tinggi membenteng diri. takut dikatakan bodoh kononnya. bukankah merendah diri itu baik sifatnya?

sesungguhnya aku benci politik.
politik skarang yang terlalu jauh bezanya dengan politik dulu2.

politik skarang : keuntungan dan kepentingan ahli teringgi diutamakan. kepentingan
rakyat? sendiri cari untung maa...

politik dulu2 : keuntungan dan kepentingan bersama - ahli dan rakyat. agar dapat
memperoleh kemerdekaan. susah senang bersama.

tapi bila dah merdeka skarang, ahli senang rakyat susah. yang kayo makin kayo, yang miskin makin merana. apa kes??

tutup kes.


bukak kes.

pengangguran dalam kalangan mahasiswa/siswi.

kenapa berlaku?

xsesuai lah. buat rugi je blajar. tapi keje xde kaitan langsung.
gaji xbanyak lah.

malu lah.

pendek kata. demand lebih.

langsung, berlakulah pengangguran dan jadinya, banyak kekosongan kerja. tenaga diperlukan. bila x ada yang nak keje, pendatang asing cari peluang cari sumber pendapatan. hasilnya, mereka dapat duit tampung hidup, kita habis duit tampung hidup.

pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja :
jangan hanya mengharapkan keje yang selari dengan jurusan yang diambil.no matter what it comes to u. buka mata buka minda. betulkan niat belajar menuntut ilmu kerana Allah. sesungguhnya peluang banyak di depan mata, kita yang mencarinya, mengejarnya.


ok.
dah tak tau nak bebel apa.tadi banyak je.
tapi dah lenguh2 bahu.
huuuaaaaaaarrrgghhhh...ngantuk sudaaaa...

nite2.

mimpi aku. :)








notakuning : xtau kenapa tiba2 mood bebel pasal ni.haih.memandang dunia jugak aku ni.
:DD

Tiada ulasan: