Sabtu, 26 Disember 2009

rindu.

ok.
belum pun 10jam, tapi dah gelabah-gelabah nak homesick.
apa kes?
hilang macho wey.

ok ok.
saya rindu ibu saya.
saya homesick.
saya rindu nak dengar ibu saya bebel-bebel.
saya rindu nak dengar ibu saya marah-marah.
saya rindu nak gaduh-gaduh manja dengan ibu saya.
saya rindu nak dengar ibu saya tanya, "acik, macam mana nak main game ni?" , "acik, kenapa tak boleh nak tekan game ni?" , "acik, cuba tengok ni kenapa tak boleh nak lepas level ni?" blaa...blaa...blaaa..- ko jangan main-main, ibu aku main game kat lappy aku ni haaa...
saya rindu nak dengar ibu cerita-cerita.
saya rindu nak jadi driver ibu saya.
saya rindu nak jeling ibu saya bila kena marah, merajuk.
saya rindu pasal banyak-banyak lagi ok.
rindu sangat-sangat!!!!
erghhhhh.


ok
pagi tadi sebelum gerak datang sini pun, sempat kena bebel marah-marah.
sebab?
ok..salah akuu...aku lambat..aku tak packing sepenuhnya siap-siap awal-awal sebelum datang sini.
hasilnya, aku lupa bawak banyak barang ok.
semua barang yang penting-penting aku lupa bawak.

ini cerita beberapa hari sebelum datang sini.

hari tu ibu marah-marah bebel-bebel kat aku..memang sebab salah aku la kan..
aku bat keje semua tak setel..macam acuh tak acuh.. nak nak bila time ibu pergi kursus hari tu..
balik penat-penat siapa tak marah kalau tengok kerja tak sempurna.
aku ni bukannya apa..
bila dah selalu kena bebel tu, aku baru nak jalankan keje tu...(alasan terbagus ok. terbagus) ahahaha
aku konon-konon merajuk nak ibu pujuk lah kan..
pastu aku saja je la cakap.. tapi dalam hati tak sanggup pun..
aku : eee...tak sabar nya nak balik sana...

ko tau ibu cakap apa?
lagi laa aku kena tahan telinga.. ahahah
lawak comel ok. comel.

lepas tu, pagi tadi sebelum gerak sini kan ku lambat siap..
langsung aku terlupa bawak telekung ngan quran datang sini ko tau..
macam mana boleh lupa ntah..
padahal, aku dah nampak ibu lipatkan telekung semalam..
serius lupa.
dah on the way, baru aku teringat..
aku takut ok nak bagitau ibu..
pastu aku keep it shut tak bagitau ibu.. dalam hati cuak takut kena marah..
dah sampai sini baru aku bagitau ibu sebab tak ada lah kena marah sangat nanti kan.. ahahaha
nak salam peluk peluk cium cium tadi, ibu tanya aku..

ibu : minggu ni balik tak?
aku : balik lah.. nak ambik telekung ngan quran..

ibu pun peluk aku sambil tepuk tepuk belakang aku..
baik punyaa perli..
ibu kata..
haaa... kan dah tak sabar nak balik sini.. sampai lupa bawak telekung ngan quran..

dush dush dush
terasa seperti ditumbuktumbuk dicucuksembilu di dalam hati..
ahahaha

ok.
saya rasa saya kena berhenti sekarang.
saya semakin rindu ibu saya.


pesan ibu :
1) jaga diri baik-baik.. kalau ada orang kasi apa-apa suruh makan, jangan ambik. kalau ada orang marah ke kata apa ke..jangan melawan balik.. jangan sampai orang dendam. bahaya. ini cerita yang ibu dapat masa kat kursus yang buat ibu makin risau aku kat sini.

ada kat satu tempat ni, ada berlaku kat sorang budak perempuan ni. handphone dia kena rampas ngan budak laki ni.. pastu, budak laki tu cakap, kalau ko nak hp ko, ko datang sini. pompuan tu sayangkan hp dia, pegi la kat laki tu..pastu laki tu cakap, kalu ko nak hp ko, ko minum ni sekarang baru aku kasi ko.. pastu pompuan tu had no more options, dia kena minum jugak air kotak yang laki tu kasi.( dia tak tau bahawa air kotak tu dah di-inject dengan dadah yang overdose). bila dah terpekena dadah, terus tak sedar lah kan. dia langsung kena rogol ngan 13 orang jantan-jantan jongos tak guna tersebut sampai pompuan tu sekarang ada kat icu. 


kena rogol ngan 13orang wey. cuba bayangkan.
dunia hari ni sangat kejam.
manusia double triple extra extra kejam.
ibu pesan, apa-apa diam sajo.. takyah ko nak melawan jerit pekik balik.
jaga diri baik-baik.

2) belajar betul-betul.. jangan ngadap lappy sajo...

setakat ni aku ingat tu je.
rindu sudah tidak tertahan ok.
sangat rinduuu ibu.




wey. sudah sudah la..
apa ko sorang je ada ibu ke??

blog aku suka hati aku la wey!

*tiba-tiba emo*

ahahahaha

5 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

sabarlah ya.... kuatkan semangat... memang teringat kan...

FatinSyahirah berkata...

memang teringat.
padahal, bukan tak biasa jauh-jauh pun. haih.
rinduu.

saya berkata...

da blik eh ..huhu..tin, taun dpn ak g sukan dental kt usm kelantan..huhuhuh..
xpe tin,kuatkan semangt..blajo molek sem 2..ni..okes..sweet r mak mu,..hahhah..

FatinSyahirah berkata...

diana : yup. balik doh.. best nye mu..aku pun bila ntah baru bleh sukan..sini macam adop mende.. bosan. nak main basket pun court dop tau kat ane..
ahaha.
ak aku mmg sweet pun. huah

FatinSyahirah berkata...

doakan aku.