Isnin, 21 Disember 2009

kena tagged ngan faizfaizah!

Nama penuh :
Fatin Syahirah binti Ibrahim

Tarikh lahir :
4th February 1990

Tempat anda dibesarkan :
kat rumah terengganu sini.

Siapakah nama kawan rapat anda semasa kecil :
ramai! jiran-jiran saya. sampai sekarang pun kami tetap bersama. :)
tidak lupa jugak kawan-kawan tadika dan kawan sekolah rendah.

Apakah nama permainan anda yang anda ingat semasa kecil-kecil :
main guli. main getah (alaa...yang lompat2 tu..orang yang tinggi wajib pegang getah supaya pihak lawan tak bleh lompat.ahahaha).main galah panjang. main kejar-kejar. main baling selipar. main kawin-kawin. main menari-nari. yang mana saya akan jadi penari lelaki. main cari belalang. main sorok-sorok. main ice and water (betul ke namenye eh?). main bola katok( alaa..yang macam besbol tu..tapi bukan besbol). main basikal. main badminton. main lumba-lumba lari. main buai kat taman permainan, siapa yang berjaya hayun buai paling tinggi dan waktu buai tu menghayun tinggi lalu lompat paling jauh, dia akan menang ( biasanya aku menang. punya semangat nak menang, aku hayun buai sambil berdiri atas buai supaya buai tu hayun laju-laju dan tinggi-tinggi).main tah buaya ( game ni..sorang akan kira 1,2,3..lepas tu semua yang nak main kena laju-laju cepat-cepat naik atas pondok ke ape ke.yang pasti,satu tempat yang dikhususkan.siapa yang lambat, dia kena jadi buaya yang mana dia perlu berusaha cari mangsa. siapa yang jadi mangsa, dia pulak yang jadi buaya). main cikgu-cikgu. main pemadam. main baling-baling bola. main congkak. main zero game.

Kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah perkataan yang anda akan sebut kepadanya :
taknak kawan! dan ayat "saya kawan olok-olok je ngan dia" was very common bila gaduh ngan kawan, dan mula nak kawan balik dengan musuh lama. ahaha

Di kawasan manakah yang menjadi tempat anda bermain :
depan rumah saya yang mana kereta-kereta dan motosikal-motosikal lalu-lalang, bila ada kereta dan motor yang lalu, semua jerit, "tepi! tepi! kereta!!!!" ( sampai skarang pun saya jerit macam tu ok. sangat tak malu.ahaha). kat padang sekolah rendah. kat taman permainan. kawasan rumah saya. kawasan rumah jiran saya.

Apakah cita-cita anda semasa kecil :
cikgu sebab boleh marah-marah. polis sebab boleh tembak-tembak. pramugari sebab pernah saya kena peragakan uniform pramugari sewaktu tadika.

Apakah kartun yang anda gemari semasa kecil :
kluang man. doremon. usop sontorian. kampung boy. dragon ball. katun jepun ape ntah, aku lupa tajuk.

Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai :
paddle pop. ais krim. super ring.

Nyatakan nama kawan anda semasa kecil yang anda teringin sangat berjumpa :
tak tau..

Apakah gelaran anda semasa kecil :
acik, fatin

Nyatakan seberapa banyak rakan bloggers anda yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya :
anna, zaty, diana, semua yang baca blog saya. wajib buat tau!!!

Tiada ulasan: