Jumaat, 4 Disember 2009

Cinta disampahkan - Fynn Jamal

Jantung, diam.
Akal, diam.
Urat, diam.

Mencari nafas di dalam hati
Mencari nyawa di dalam diri
Mencari cinta pada yangtak sudi
Mencari harga diri

Aku gadis yang disampah-sampahkan
Aku gadis yang dihilangkan
Aku pencinta yang ingin disayang
Aku ini bukan milik orang
Mencari diri dalam kamu
Mencari maruah diri dalam cinta kamu
Mencari nafas yang telah dimatikan
Mencari langit yang telah engkau kuningkan

Mencari aku
Mencari engkau
Mencari kita
Mencari dia yang engkau cinta

Mengapa cinta ini kau tolak ke tepi
Kau tolakkan kepala ini
Mencari rasa
Mencari dia
Mencari harga diri yang kau lelongkan ke tepi
Ke dalam api 3x

Aku ini perempuan yang telah engkau lelong-lelongkan pada langit itu
Aku perempuan itu
Perempuan yang bodoh itu
Mengapa aku dibiar di sini
Mengapa aku dibiar kau pergi
Mengapa aku di sini
Kamu di situ berbahagia selalu

Mencari diri
Mencari aku
Mencari dia
Mencari semua

Mengapa cinta
Mengapa sayang
Mengapa rasa ini kau buangkan sekarang

Jiwa, diam.
Mata, diam.
Hidung, diam.
Mulut, diam.
Segala diam.

Dunia memejam memandang aku :
"Hey bodoh kamu
pergilah engkau
dia bukan milikmu
pergilah engkau
dia bukan milikmu lagi
cinta kamu dimamah api"

Mengapa aku di sini
Aku menunggu kamu
Si orang itu
Mengapa aku di sini mengharapkan cinta
Yang sudah pergi
Yang sudah pergi!
Mengapa aku mengharap lagi
Mengapa aku masih di sini
Mengharapkan sementara cinta
Mengaharapkan pada yang tiada
Tiada 3x

Fynn Jamal



ok.
Ini salah satu hasilan Fynn Jamal.
Aku baru kenal. baru jumpa.
Sangat indah ok.
ni baru satu. nak salin yang lain2.tapi banyak sangat. ehehe.

angkat 2 ibu jari untuk FynnJamal. :)

Tiada ulasan: