Isnin, 28 Disember 2009

itu diaaaa



sekarang tiba-tiba mood berbelog semakin menurun.
kenapa heh?
bila mood rajin datang, jari rasa malas nak menari.
bila mood tekun hadir, otak rasa macam blur sekejap. haha. boleh?

ok ok.
serius serius.

semalam letih..
setel perlahan-lahan benda-benda yang masih belum selesai.

report kad matrik hilang   selesai
dah dapat kad matrik baru pun tau. cuma access kad je belum dapat.
access kad ni macam ada kod no kita sendiri untuk kegunaan pinjam-pinjam buku dan sebagainya.
maksudnya kitorang ada dua kad lah. nak kata canggih, kat tempat lain guna kad matrik sajo dah boleh lepas kalu nak pinjam-pinjam buku. tapi kitorang kena ada dua kad. maknanya tak canggih la heh??  huahuahua
semalam kena isi borang laporan dulu, kena ambik kat pejabat keselamatan. punya lah aku ngan 2 orang lagi bodyguard anna ngan zaty  ulang alik cari pejabat keselamatan tak jumpa-jumpa. patut la tak jumpa, dorang dah nak pindah pejabat baru. kiranya pejabat yang aku pegi semalam pejabat lama tapi dalam proses angkat-angkat punggah-punggah barang lah. nampak sangat tak pernah ambik tau. ahahaha
sampai pejabat keselamatan, terus bagitau pakcik guard kata nak mintak borang laporan tu...

aku : pakcik, saya nak mintak borang buat laporan kad matrik hilang..
pakcik : alamak, borang dah habis pulak. nanti pakcik call akak ofis suruh dia hantar.
aku : ok... (still duduk dalam ofis tu taknak keluar sebab nak ambik aircond.)
pakcik : kad matrik awak mana?
aku : kad matrik saya hilang..
pakcik : elelele.. hilang ke tertinggal..?
aku : hilang pakcik.. kena bawak ngan arus banjir hari tu..( tapi dah sengih-sengih.. aku memang tak reti nak menipu. tapi memang betul hilang. aku taktau mana pergi kad matrik aku )
pakcik : elele..padahal lupa bawak tu.. tak payah la nak tipu.. ( time ni aku dah sengih-sengih comel mintak simpati dah )..awak duduk mana?
aku : terengganu
pakcik : terengganu kat mana?
aku : kat paka..
pakcik : hah. kat paka mana ada banjir hari tu.. pakcik dulu dah pernah buat jambatan kat paka nun. mana ada banjir. ( dalam hati aku, pakcik pulak yang tipu saya.)
aku : banjir, pakcik.. tapi kat kawasan rumah orang lain..

pastu akak ofis sampai nak print borqang kasi aku.. ( fuhh.. nasib baik akak bi sampai..)

dia kasi borang, aku isi sampai habis..
untuk laporan tu, aku kena buat karangan lah sikit-sikit macam mana boleh hilang semua kan..
aku dah blurr nak tulis apa..
tang laporan tu, aku tulis macam ni sajo..

Dengan ini saya melaporkan bahawa :-


kehilangan kad matrik sewaktu cuti sem yang bermula pada 16nov sehingga 26 dis 2009.
tempat kehilangan : rumah

lepas tu aku terus hantar kat akak tu..

akak : awak letak alamat rumah awak.. lepas tu awak tambah sikit awak kata awak dah cari tapi tak jumpa.
aku : ok ok

aku ni dah la dah lama tak buat karangan. otak pun dah macam membeku cari cara macam mana nak bina ayat semua. ahaha. boleh?

aku pun tulis je lah..

saya telah mencari di serata tempat, tapi malangnya kad matrik tersebut tetap tidak dijumpai.


aku hantar kat pejabat ict, terus balik. dan tadi dah dapat..
ehehehe..
gua ada kad matrik baruuu... lu ada???? ( ahahaha. berlagak sikit lah..)






alamak.. tadi tak rotate gamba tu pulak..
sebab dah lama tak menulis, tulisan pun macam nak tak nak tulis je..
takpe.. asalkan dah dapat kad baru sudaaaa.....



ambik kunci blik       selesai

kemas-kemas locker, baju, bilik      sudah hmpir selesai ke tahap maksimum.
yang ini, baju aku tak muat nak letak dalam locker. ni pun aku main sumbat-sumbat je baju..


ni keadaan locker aku.
ni belum kemas kemas lagi..
aku just letak baju yang perlu lipat-lipat je dulu..
ni pun aku main campak-campak je sebab aku nak kosongkan beg dulu..
ok cuba ko bayangkan muat ke nak letak baju-baju semua wey.. memang tak muat lah kan..
tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada.. :)


ni keadaan katil yang masih belum berkemas.. just pakaikan cadar sebagai syarat aku nak tido je. bantal pn tak ada lagi tau sebab stor belum bukak. aku tido beralaskan selimut sajo..









ini keadaannya bila stor dah bukak..barang-barang semua campak je dalam bilik dulu..
tapi baju yang dalam beg tu tak lah..
tu semua aku baru nak sangkut-sangkut dalam locker..

tapi bilik aku sekarang dah super cantik wangi dan selesa.  cuma duper je belum.. kata hampir selesai..
bila dah betul-betul selesai baru lah super duper gituuuu...



buat laporan SIEP     dalam proses.
lkena buat laporan untuk 10 hari bekerja ok.
10 hari wey. sepuluh hari.
baru sepuluh hari nak kecoh-kecoh.
mana tak kecoh nya wey..
aku nak kelentong apa dalam laporan aku nanti.. nasib baik hari tu pegi kursus, nanti boleh lah masukkan dalam laporan. ehehe
ok ok. semua akan selesai khamis ni. ( mana taknye.. khamis ni dah nak kena hantar laporan wey!!) huh.

ok. itu sahaja pembikinan saya untuk hari semalam.
(huh. baru boleh lepas satu nafas)


saya, Fatin Syahirah binti Ibrahim melaporkan untuk tv10.

Tiada ulasan: