Rabu, 23 Disember 2009

bosan.

tajuk adalah bosan sebab aku adalah sedang bosan gila vavi.
huh.

duduk kat rumah sorang-sorang.
ibu pergi kursus.
nak tengok tv pun bosan.
dengar lagu pun bosan. semua lagu nak jiwa-jiwa. apa kes?
dah tu dalam folder ada lagu tu je.
ceaaaa...konon-konon geli jiwa-jiwa. ahaha (dipaksa terima. dan wajib.)
tapi siyes dalam lappy ni masih belum ada lagu-lagu yang sesuai dengan telinga aku ni ha..
pakcik jual lappy hari tu pn masukkan lagu rock kapak baik punya aku tak layan..
dan aku sangat malas nak masukkan lagu-lagu lain buat masa ni. malas.
nanti lah baru mintak dengan siapa-siapa.
setakat ni baru download lagu fynn jamal. dan haruslah aku sentiasa layan lagu tu je.

ok ok. sambung cerita semula.
dah bosan sangat sampai tak tau nak tulis apa. boleh?
ahahaha.

agak-agak ada tak yang sedang bosan lebih dari aku??

ok lah.
aku nak kemas-kemas baju. packing-packing lari dari rumah cari pengalaman.
eh eh. tak tak.
packing packing baju hari sabtu ni dah kena daftr nak balik kolej.
cuti dah nak habis wey.
huh. tak tau nak komen apa pasal cuti dah nak habis.
separuh daripada hati suka sebab nanti dah start belajar semula. otak dah tak beku sangat. ceaaaaa....penipuan di situ. ahahahaha
suka sebab? tak tau. at least ada benda yang kena buat. tapi kat sana nanti kompom-kompom hidup pun bosan.
separuh lagi tak suka sebab?..emmm...sebab...boleh saya kata malas? tak boleh tak boleh. sebab..bila kat rumah saya boleh jimat duit poket saya!
ok. dah start melalut dah. sebelum lebih banyak melalut baik aku berhenti di sini.












oleh sebab dah sangat bosan, saya dan adik-adik ini telah ke mesra mall untuk menghilangkan bosan. barang-barang nak balik sana pun dah beli sikit. kira ok lah. mereka jiran saya dan rakan sepermainan saya sampai sekarang. :)

ingin tahu apa rahsia untuk kekal muda?
sentiasa bergaul dengan budak-budak yang lebih muda dari kita. huahuahua.
tujuan? ye...aku nak kata aku awet muda gituuu...






cerita tak best di mesra mall :
waktu tu aku kitorang nak pulangkan kasut lepas main boling. punyalah lama kitorang tunggu akak tu ambik kasut tu ( kalau selipar kitorang tak ada ngan kau, aku dah campak dah kasut tu)..tapi disebabkan selipar setiap pemain yang menyewa kasut diambil sebelah, maka aku terpaksa tunggu macam orang vodoh walaupun aku dah panggil akak tu banyak kali tapi dia buat derk je. waktu itorang tunggu macam orang vodoh macam akak tu, tiba-tiba datang 2 mat saleh ni nak pulangg kasut. kau tau, akak tu berdesup cepat-cepat laju-laju pegi kat mat saleh tu ambik kasut diorang. memang hangin satu badan wey time tu. mulut dah terkumat kamit baca jampi serapah suruh mat saleh tu ngorat aku. eh tak tak. bukan bukan. terkumat kamit memaki hamun mengutuk akak tu. ahahahaha. memang keji. dalam hati. vodoh vodoh vodoh.
lepas lama gila kitorang tunggu, baru aku dapat selipar baru aku balik. menyampassssss.

pesanan buat akak tu : aku menyampass kat kau. apa mat saleh tu ada ngorat kau? atau ko layan aku macam tu sebab kau jeles aku lagi cantek dari kau?? ( adalah harus memuji diri sendiri sebab takkan ada orang nak puji aku ) ahahahahaha


ps : gelak-gelak aku sudah tidak plastik. semua jujur dan ikhlas serta hidup dari hati. :))



jom joget-joget hilangkan bosan sambil kemas baju kemas rumah.


Tiada ulasan: