Jumaat, 25 Disember 2009

arrggghhhh!

sekarang aku dah ngantuk tahap gaban ok.
tapi tak boleh tido.
mata aku dah sangat penat letih. tapi still tak boleh tido jugak.
haih.
macam mana ni wey macam mana???
masalah dan masalah.

dan bila tak boleh tido macam ni,
dan aku baring dan cuba-cuba untuk tido tapi masih tak boleh tido,
maka macam-macam lah yang terkeluar terfikir dalam kepala hotak aku ni.
dan bila fikir macam-macam
dan macam-macam itu yang buat kau tiba-tiba emo rasa nak nangis semua bagai,
apa kau buat?

tadi aku fikir,
daripada aku duk fikir macam ni dan tak boleh tido,
lebih baik aku blog.
dan seperti sekarang, aku di depan lappy
dan lappy di depan aku,
mengadap blog ini. menguruskan jari menekan keyboard.

sebab, sekarang aku rasa,
dengan berbelog,
aku akan rasa sedikit lapang.
sebab apa yang tersumbat tersekat dalam hati aku sedikit terhambur.

hey,
sini aku mahu tanya

apa kau buat bila kau, hati kau sudah mula rasa kuat
tapi
tidak semena-mena goyah sampai hampir jatuh?
tidak semena-mena rasa hati hampir pecah?
tidak semena-mena kau rasa air mata yang kau tahan-tahan hampir terburai jatuh?
tidak semena-mena kau rasa apa semua ni, rimaslah bencilah.

parah ok. parah!!

tiba-tiba aku rasa macam ni.

ok.
ini jujur dari hati.
tiba-tiba aku teringat kenangan lama.
kenangan yang mula-mula datang waktu aku sedang bangun, dan kenangan itu juga yang pergi waktu aku sedang jatuh.
dan kenangan itu jugak yang jatuhkan aku sampai tersungkur.
terima kasih kepada pemberi kenangan. :')
sesungguhnya hal itu takkan terbalas oleh saya.
(kena cover macho wey, tak boleh leleh. ahahaha)
aku cuba untuk lupakan ok.
dan ini juga jujur.
kadang-kadang aku rasa aku berjaya untuk cubaan itu tapi kadang-kadang jugak aku rasa aku loser. aku gagal. tapi aku tetap kena bangun.
aku dah tak stalk. aku dah tak ambik tau.
apa yang penting,
jiwa aku. hati aku. diri aku.
dan sejak kebelakangan ni jugak,
aku kesalkan banyak-banyak perkara.
tapi aku tau kesalan itu takkan membawa sebarang makna selagi aku tak ambil iktibar pengajaran daripada semua yang berlaku.

sekarang aku sedang jatuh. paham?
ah. sangat kompleks. sangat rumit.
ini soal hati.
ini soal diri.
ini soal jiwa.
ini soal fizikal.

sangat pedih bila
mulut kata lain,
tapi hati kata lain

sangat sakit bila
luaran tunjuk lain,
tapi jiwa hati rasa lain

jadi, macam mana?

sangat penat.
penat.


tadi aku baca remaja (dah seminggu beli, baru nak baca sebab dah tak tau nak buat apa).
ada satu artikel ni. dan perenggan ni SALAH SATUNYA sebab buat aku fikir dan fikir.

ini bukan lagi janjiku padanya, sebaliknya ini adalah janjiku pada Tuhan.

jujur dari aku.
itu yang ada dalam hati aku.
maksud aku, kalau selama ni aku pernah janji,
itu yang aku pegang. serius.
tapi sekarang?



i wish i could forget everything like he did.


ok.
sekarang aku dah rasa normal balik.
tak emo-emo nak tangkap leleh dah.
taknak fikir dah.
sebab ada yang lebih penting.

tapi yang lebih penting tu pulak yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku sekarang.
apa mau bikin????


ahahahahahahaha.

ok jom layan video aku main pingpong petang-petang.
tengok video yang pendek ni je.
tak boleh tengok video yang panjang-panjang. nanti semua kagum tengok aku main pingpong.
aku bukan apa. takut nanti bongkak pulak. ahahaha

video

oh. meja pingpong ini hadiah hari lahir saya waktu darjah3 ke darjah 4. aku tak berapa ingat the exact year lah kan.
waktu tu kan aku sekolah cina. baru start berjinak-jinak main pingpong.
ayah aku pulak macam support lah jugak aku berjinak-jinak dalam sukan.
lalu aku dapat meja tu waktu bday dulu.
dan kekal sampai sekarang.
meja tu tetap ada dan terjaga tersimpan rapi kat rumah jiran aku.
ni lah kawasan aku main masa kecik-kecik dulu.
sekarang pun aku main kat situ jugak.
petang-petang sanggup drive semata-mata nak bermain-main dengan jiran-jiran lama.
dah macam keluarga, rumah sendiri ok. huah huah huah
bayangkan dari umur 5tahun sampai la aku umur 19 tahun sekarang. huhu

ok.
nak tido dan kena paksa tido jugak.
pagi esok aku nak basuh kereta bakar lemak dalam badan.
pastu, nak buat kek resipi baru nak bawak balik hostel.
pastu petang tu aku yang kena drive. kalau tak cukup tido kang, tak dapat den nak drive 140km/j. ahaha
aku rasa alive bila drive laju-laju ok.
dulu-dulu kalau aku bawak sampai 90km/j puun ibu dah start bersuara,

ibu : eh..lajunye....
aku : laju ape...ibu pu bawak macam ni jugak..
ibu : ibu lain.. ibu takpe..
aku : *diam sahaja*

tapi sekarang sejak ibu sakit hari tu (since aku start cuti lagi)
ibu tak drive sampai la hari ni.
dan dalam tempoh tu jugak, aku yang drive memanjang dan haruslah aku yang menghabiskan minyak kereta. keji di situ.
dan sekarang jugak, even aku bawak sampai 120 140km/j pun,
bila aku dah toleh kiri,
aik. ibu dah tido.

pernah sekali dua je ibu sound,

ibu : lajunya.. nak kejar apa..
aku : tak boleh la bawak pelan-pelan.. mengantuk.. (haruslah ibu paham sebab aku penah dengar ayat yang sama sebelum aku ada lesen dulu kala)
ibu : *diam*
aku : *gelak dalam hati, senyum di bibir*

ibu pun dah tak kuase nak tegur aku yang tak dengar kata.
ni semua pengaruh abang aku jugak.
dia suka bawak laju-laju.
dan haruslah aku ikut.

huah huah huah.

pernah sekali waktu jalan-jalan cuti-cuti dengan makcik aku
dia naik kereta dia dan aku naik kereta aku
balik rumah eskot sama-sama. cuma aku di depan sikit dan makcik aku di belakang sikit.
tapi, dalam perjalanan, aku singgah kedai beli barang ( dalam10-15minit gitu) dan mereka makcik aku meneruskan perjalanan pulang.
tapi aku yang sampai rumah dulu.
bila dah sampai...

aku : aik. mok ni baru sampai ke? kan acik singgah beli barang dulu tadi...
mok ni : kami mengutamakan keselamatan.. ( nada dia baik punya perli )

dush dush dush.
hamek kau kena sebijik. terus aku terdiam tersengih-sengih.

eh eh.
tadi kata nak tido.
dah melencong lebih... ini tak boleh jadi..
ye laa... nak tido lah ni.

zzzzzzzzzz.

4 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

sekejap emo sekejap ok.. biasalah kan kehidupan....

FatinSyahirah berkata...

:)
macam tu lah.

dancing queen♥ berkata...

hah, biasa la tu kalau emo cari blog :) blog memang bagi silent treatment. HAHA. pingpong wehhh. i sampai skarang tak tahu pegang kayu pingpong tu. isk T__T

FatinSyahirah berkata...

zatiey : betul2. setuju. bila dah blog, rasa legaaa... :')

pingpong itu, u pegang saja macam mana pun, asalkan boleh pukul bola. ngaaaa


jemput datang join main skali. :)